RAMAI yang berpuasa mengetahui
bahawa berpuasa sebulan di bulan Ramadan adalah wajib, malah tidak ramai yang
berani untuk tidak berpuasa secara terangan-terangan, sebagaimana ramai yang
sanggup tidak menunaikan sembahyang tanpa memerhatikan susunan kedudukan puasa
dalam susunan Rukun Islam dan hikmah di sebalik susunan tersebut.
Antara faktor tidak ramai yang
menzahirkan diri tidak berpuasa adalah kerana mereka terdedah kepada
kemungkinan ditangkap oleh pihak berwajib dan akan diarak mengelilingi bandar
menggunakan kenderaan jenazah. Sedangkan, tindakan yang sama tidak dilakukan
kepada mereka yang tidak bersembahyang lima waktu, meskipun kedua-duanya adalah
Rukun Islam.
Seharusnya, apabila bernama
rukun, maka ia wajib disempurnakan. Jika tidak disempurnakan maka akan berlaku
kecacatan. Walaupun berpuasa tetapi jika tidak sembahyang, maka dengan sendiri
keislaman seseorang akan cacat.
Demikian juga jika sembahyang
tetapi tidak berpuasa wajib di bulan Ramadan, maka ia turut mencacatkan
keislaman seseorang itu.
Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud, Sesungguhnya di dalam
syurga terdapat satu pintu yang dinamakan pintu Ar-Rayyan yang hanya dimasuki
oleh orang-orang yang berpuasa. Ditanya (oleh pintu tersebut): "Di manakah
orang-orang yang berpuasa?" Maka mereka pun masuk dari pintu tersebut.
Setelah semua orang yang berpuasa memasukinya, pintu itu pun ditutup dan tak
ada lagi yang masuk melaluinya. (riwayat Muslim, daripada Sahl
Ibnu Saad)
Lailatulqadar
Iman Bukhari turut
meriwayatkan, telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim telah
menceritkan kepada kami Hisyam, telah menceritakan kepada kami Yahya daripada
Abu Salamah daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang menegakkan Lailatulqadar
(mengisi dengan ibadah) kerana iman kepada Allah dan mengharapkan pahala (hanya
daripada-Nya), maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dikerjakannya dan
sesiapa yang melaksanakan puasa Ramadan kerana iman kepada Allah dan
mengharapkan pahala (hanya daripada-Nya), maka akan diampuni dosa-doa yang
telah dikerjakan.
Demikian nilai puasa yang
menduduki tangga ketiga selepas mengucap dua kalimah syahadah dan sembahyang
lima waktu sehari semalam dalam Rukun Islam. Dua lagi ialah mengeluarkan zakat,
seterusnya menunaikan haji di Mekah sekiranya berkemampuan.
Yang menduduki tangga pertama
secara automatik menandakan ia adalah yang terpenting dan merupakan keutamaan
yang perlu diutamakan. Melihat kepada susunan Rukun Islam, puasa sebulan di
bulan Ramadan adalah yang ketiga terpenting. Maknanya sebelum menunaikan
kewajipan berpuasa, kena pastikan dahulu sempurna dua kalimah syahadah dan
sembahyang lima waktu.
Mengucap dua kalimah syahadah
adalah tanda Islamnya seseorang yang mana amal ibadat yang akan diterima oleh
Allah SWT bagi umat Nabi Muhammad SAW adalah yang beragama Islam. Segala amal
yang dibuat, termasuk puasa daripada kalangan yang bukan Islam yang menolak dua
kalimah syahadah tidak akan diterima oleh-Nya. Sebelum berpuasa, Rukun Islam
yang kedua, iaitu sembahyang lima waktu kenalah disempurnakan terlebih dahulu.
Kesempurnaan
Ertinya puasa hanya akan
diterima kesempurnaan apabila sembahyang lima waktu disempurnakan. Berpuasa
tetapi tidak sembahyang, apatah kalau puasa kerana takut ditangkap dan diarak
di khalayak ramai dengan van jenazah kalau tidak menunaikan sembahyang fardu,
akan berlaku kecanggungan dan kesumbangan bagi kesempurnaan keislaman.
Orang yang mengucap dua kalimah
syahadah, sembahyang lima waktu dan berpuasa wajib sebulan di bulan Ramadan,
mestilah menyempurnakan keislaman dengan menunaikan kewajipan membayar zakat
dan menunaikan fardu haji di Mekah jika berkemampuan bagi memaktubkan
kesempurnaan keislaman bersandarkan kepada Rukun Islam.
Apabila telah sempurnanya Rukun
Islam, maka akan sempurnalah keislaman dan keimanan seseorang. Bagaimanapun
keimanan kena ditakwakan dengan berpegang kepada Rukun Iman iaitu; Percayakan
Allah, Rasul, Kitab, Malaikat, Hari Kiamat dan qada dan qadar. Dengan itu akan
terbentuklah iman dan takwa seseorang yang merupakan suatu tuntutan ke atas
setiap umat Nabi Muahmmad SAW yang mukalaf.
Walaupun syurga dan neraka itu
adalah hak mutlak Allah SWT untuk menentukan siapakah di antara hamba-hamba-Nya
yang akan ke salah satu daripadanya, namun setelah tergabungnya Rukun Iman dan
Rukun Iman yang sekali gus akan terbinanya kemantapan iman dan takwa, maka
dengan sendiri ada kelayakan untuk ke syurga.
Apapun kena bersiap sedia reda
dengan segala ketentuan-Nya setelah dibina iman dan takwa tanpa mengharapkan
balasan mengikut kehendak kita, termasuk mengharapkan balasan syurga,
sebaliknya beramal dan iman serta takwa dimantapkan kerana ia adalah yang
dituntut oleh Allah dan rasul-Nya ke atas kita semua.
Semoga Ramadan kali ini
berkemungkinan yang terakhir buat kita, akan bertambah mantap iman dan takwa
dengan disempurnakan Rukun Islam dan Rukun Iman serta jangan beribadat kerana
mengharapkan syurga kerana ketentuan syurga-neraka itu adalah hak Allah.
Namun, beribadatlah, mengucap
dua kalimah syahadah, sembahyang lima waktu sehari semalam, puasa, membayar
zakat dan tunaikan haji serta percaya kepada Allah, Rasul, Kitab, Malaikat,
Qada dan Qadar dan Hari Kiamat kerana Allah SWT menilai atas sifat kita
sebagai hamba-Nya.
* PENULIS ialah murid tua
Madrasah Al-Balaghulmubin, Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan.
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL
UMRAH
Jom fikir sebentar …..
Sudahkah anda membuat Upah Haji / Badal Haji untuk ibubapa, datuk nenek, adik beradik, rakan, jiran, kenalan yang telah meninggal dunia atau sedang uzur ?
Tahukah kita? Pada setiap tahun beberapa ramai jemaah yang SEDANG menunggu panggilan Haji TELAH MENINGGAL DUNIA belum sempat menunaikannya?
Jika masih belum tunai rukun islam ke 5. Bagaimana pula amalan mereka di akhirat nanti?
Selama ini mereka sudah berkorban segalanya untuk kita, maka kita sebagai PEWARIS, marilah menolong mereka. Bagaimana?
Buatkanlah UPAH HAJI untuk mereka. Semoga roh mereka terasa ketenangan abadi serta ditempatkan di kalangan orang orang yang telah menyempurnakan ke semua rukun islam, Amin!
Maka kami menawarkan pakej harga yang tidak membebankan pewaris, yang penting urusan ibadah Badal Haji dapat disempurnakan sebaiknya.
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 300
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan
sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Sila hubungi 013-212 7799 atau whatsapp 012-777 7190 untuk tempahan.
Umat Islam yang berhajat untuk membuat tempahan UPAH HAJI dan UPAH UMRAH untuk arwah ahli keluarga anda, kami bersedia
membantu waris-waris yang berminat untuk melaksanakan Upah Haji dan Upah Umrah
untuk arwah ibubapa, saudara mara terdekat, warga emas yang sudah lanjut usia
yang tidak mampu lagi mengerjakan haji dan juga orang sakit yang sudah tiada
harapan untuk sembuh.
Kami bersedia untuk bertemu dengan anda sekiranya perlu atau anda masih
boleh berurusan dengan kami melalui atas talian (Online). Ini akan memudahkan
anda dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk bertemu dengan kami terutama
bagi mereka yang terikat dengan pelbagai aktiviti harian.
Bayaran pendaftaran Badal Haji ialah mengikut pilihan pakej Badal Haji
untuk satu permohonan. Raudhah Umrahajj Services akan
mengeluarkan resit rasmi syarikat bagi setiap amaun bayaran yang diterima dari
pemohon.
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
(NS0103441-W)
MOHAMMAD NAKHAIN BIN HJ MOHAMED ZAIN
PENGARAH
No. 41, Jalan Siantan 3
Taman Seri Paroi
70400 Seremban
Negeri Sembilan
Hotline : +6013-212 7799
Taman Seri Paroi
70400 Seremban
Negeri Sembilan
Hotline : +6013-212 7799
Whatsapp : +6012-777 7190
Tel/Faks : +606-7620817
Tel/Faks : +606-7620817
Web :
www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com / www.badalhaji2u.blogspot.com
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
CAWANGAN UTARA (KEDAH, PERLIS, PULAU
PINANG)
PN. HAZRIZA BINTI HARUN
PENGURUS CAWANGAN
No. 35, Lorong Baiduri 1/2,
Taman Teluk Baiduri,
Teluk Wang Kecil,
08000 Sungai Petani, Kedah.
H/P : 019-593 6046
CAWANGAN JOHOR
PN. AISHA BINTI RAHMAT
PENGURUS CAWANGAN
No. 10, Felda Redong 1,
85000 Segamat, Johor.
H/P : 012-740 6045
0 ulasan: on "Ramadhan : Beribadatlah kerana Allah"
Catat Ulasan