Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 14 Jun 2011

Zulkifeli Panglima ATM Ke-18

Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dilantik secara rasmi sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu berkuat kuasa Khamis ini, menggantikan Jeneral Tan Sri Azizan Arifin yang bersara wajib hari Rabu.

KUALA LUMPUR 14 Jun - Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dilantik secara rasmi sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu berkuat kuasa Khamis ini.

Ketika mengesahkan perkara itu, beliau memberitahu, pelantikannya telah disokong oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah disyorkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

"Insya-Allah, saya akan mengambil-alih tampuk kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada Jeneral Tan Sri Azizan Arifin lusa sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-18.

"Saya mengucap setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas penghijrahan ini dan saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana telah merestui jawatan baharu saya ini," katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia pada majlis perpisahannya sebagai Panglima Tentera Darat di Kem Sungai Besi, di sini hari ini.

Zulkifeli kemudiannya turut menghadiri acara pemakaian pangkat timbalannya, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin yang dinaikkan kepada Jeneral, sekali gus mengambil-alih tampuk pemerintahan Tentera Darat sebagai ketumbukan yang mempunyai paling ramai anggota dalam ATM.

Zulkifeli yang dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 14 Jun 1954, mula menyertai Tentera Darat pada 1974 dengan memakai pangkat Leftenan Muda setelah menamatkan pengajian di Akademi Tentera Diraja (RMA) Sandhurst di Surrey, England.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam memimpin ketiga-ketiga cabang pasukan tentera iaitu darat, udara serta laut termasuk ketika menjadi Komander Tim Pemantau Antarabangsa ATM di Mindanao, Filipina dari Oktober 2004 hingga Ogos 2005.

read more...

Janji laksana tanggungjawab

Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan Zulkifeli Mohd. Zin (kiri) membetulkan pemakaian pangkat kepada Zulkifli Zainal Abidin pada Majlis Serah Tugas Panglima Tentera Darat di Kementerian Pertahanan, semalam.

KUALA LUMPUR 14 Jun - Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Zulkifli Zainal Abidin dinaikkan pangkat sebagai Jeneral sekali gus dilantik sebagai Panglima Tentera Darat yang baharu menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkuat kuasa hari ini.

Dalam ucapan sulungnya selaku Panglima, Zulkifli berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan kepercayaan yang diamanahkan untuk memimpin Tentera Darat sebaik-baiknya demi mempertahankan kedaulatan negara.

"Saya menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kerana memperkenankan penganugerahan pangkat. Terima kasih juga kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana memberi kepercayaan.

"Saya memperbaharui komitmen Tentera Darat dengan melafazkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Kami juga akan terus mendukung pelan transformasi kerajaan melalui penglibatan pragmatik dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)," katanya.

Upacara pemakaian pangkat itu disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang turut menyaksikan beliau menerima dokumen penyerahan tugas daripada Zulkifeli yang bakal dilantik sebagai Panglima ATM yang baru menggantikan Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Zulkifli merupakan anak kelahiran Taiping yang dibesarkan di Lenggong, Perak. Bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu pernah mengikuti lebih 25 kursus ketenteraan dan awam termasuk di Australia, Amerika Syarikat, England dan New Zealand.

Mengenai tugas baharunya itu, beliau mengakui ia dipenuhi cabaran berliku yang memerlukan integriti, pengorbanan serta kesatuan seluruh anggota bagi membawa Tentera Darat menjadi lebih berwibawa dan unggul.

"Sebagai perkhidmatan terbesar dalam ATM, Tentera Darat perlu menggembleng usaha bagi bertindak sebagai ejen perubahan untuk kerajaan," katanya.

"Ia juga memerlukan kepimpinan jitu serta angkatan yang berwibawa serta versatil bagi menangani ancaman tradisional dan moden. Itu merupakan iltizam saya selain mahu merakyatkan Tentera Darat bagi memenuhi aspirasi masyarakat," ujarnya.

Sementara itu, Ahmad Zahid ketika mengulas pelantikan tersebut awal-awal lagi memberi ingatan betapa tugas dipikul Zulkifli merupakan amanah yang memerlukan sifat tanggungjawab yang tinggi.

"Ia bukan mudah kerana tugas Tentera Darat hari ini bukan setakat mempertahankan kedaulatan negara malah perlu pertahanan menyeluruh (hanruh) dengan memberi komitmen kepada pembangunan negara melalui bantuan kemudahan kepada rakyat keseluruhannya," katanya.

read more...

ATM terus unggul, syabas Jeneral Azizan

PENCAPAIAN yang dipamerkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pelbagai misi sama ada di dalam negara mahu pun peringkat antarabangsa sepanjang dua tahun ini harus diakui adalah kerana usaha serta kebijaksanaan Panglimanya, Tan Sri Azizan Ariffin (gambar).

Pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh ATM sepanjang di bawah pemerintahannya. Bagaimanapun, hari ini akan menjadi detik bersejarah kepada Azizan serta seluruh warga ATM apabila secara rasminya beliau menamatkan perkhidmatan bersama organisasi tersebut setelah hampir 41 tahun menabur bakti.

Azizan yang merupakan anak kelahiran Negeri Jelapang Padi, Kedah, memulakan kerjayanya bersama ATM apabila menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 15 Oktober 1970.

Beliau menamatkan latihan sebagai Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja (MTD) dengan jayanya sebelum ditauliahkan menjadi Pilot Officer pada 1971 dan diserapkan ke Cawangan Kawalan Trafik Udara TUDM.

Jawatan pertama yang disandang dalam perkhidmatan adalah sebagai Pegawai Kawalan Lalu Lintas Udara di Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Pada 8 Julai 1977, beliau telah dianugerahkan Sayap Penerbangan dan sejak itu kerjayanya bersama TUDM terus berkembang. Beliau telah dilantik sebagai juruterbang TUDM dan telah menerbangkan pelbagai jenis pesawat TUDM antaranya CT 4s, Aermacchi MB 326H, Bulldog B100, Cessna 402B, BAe 125, Fokker 28, Pilatus PC 7, Falcon 900, C130 serta BBJ.

Sepanjang kariernya bersama ATM, Azizan telah diberi kepercayaan untuk memegang pelbagai jawatan penting pada peringkat staf dan pemerintahan.

Antara jawatan yang pernah disandangnya ialah Ketua Skuadron Orang Kenamaan (VIP), jurulatih penerbangan di Pusat Latihan Penerbangan TUDM. Beliau juga merupakan salah seorang ahli pasukan penerbangan akrobatik TUDM iaitu Pasukan Taming Sari.

Selain itu, jawatan penting yang pernah disandang oleh beliau ialah sebagai Penasihat Pertahanan di Islamabad (Pakistan), Pengarah Latihan di Markas Tentera Udara dan Ketua Staf No. 2 Divisyen Udara.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Panglima 2 Divisyen Udara dan Komandan Kolej Tentera Udara. Sikap ketokohan yang dimilikinya telah melayakkan beliau dilantik sebagai Komandan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) (kini dikenali sebagai Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)) dan sekali gus mencatat sejarah sebagai Komandan ATMA yang pertama daripada TUDM.

Sebelum dilantik mengetuai TUDM, beliau pernah menyandang jawatan Panglima Operasi Udara dan kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Panglima Tentera Udara pada 5 April 2004.

Kredibiliti serta ciri-ciri kepimpinan yang dimilikinya membolehkan beliau dilantik menerajui TUDM sebagai Panglima Tentera Udara bermula 30 Oktober 2006.

Tanggal 1 September 2009 pula merupakan tarikh keramat kepada Azizan dan juga TUDM apabila secara rasminya dilantik sebagai Panglima ATM ke-17. Dalam erti kata lain, beliau telah melakar sejarah kerana menerima mandat sebagai Panglima ATM yang pertama daripada TUDM.

Sepanjang hampir dua tahun menerajui ATM, banyak pencapaian yang telah dikecapi oleh organisasi berkenaan. Kejayaan dalam misi-misi pengaman tentera di peringkat antarabangsa telah mengangkat nama Malaysia sebaris dengan negara-negara kuasa ketenteraan lain.

Malah di bawah kepimpinan Azizan, operasi menyelamat seperti Ops Piramid iaitu operasi membawa rakyat Malaysia keluar dari Mesir akibat pergolakan di negara itu dapat berjalan dengan lancar tanpa berlaku pertumpahan darah.

Banyak lagi sumbangan serta jasa yang telah disumbangkan oleh Azizan sepanjang menjadi Panglima ATM. Boleh dikatakan pencapaiannya dalam tempoh dua tahun memimpin ATM menjadi penanda aras kepada bakal penggantinya dalam usaha mengangkat nama ATM di persada antarabangsa.

read more...

Najib terima kunjungan perpisahan Panglima Angkatan Tentera

KUALA LUMPUR 13 Jun — Datuk Seri Najib tun Razak hari ini menerima kunjungan perpisahan Panglima Angkatan Tentera, Jen. Tan Sri Azizan Ariffin yang akan bersara Rabu ini selepas berkhidmat dalam angkatan tentera selama 41 tahun.

Azizan ketika ditemui pemberita selepas pertemuan itu berkata, Perdana Menteri telah melahirkan penghargaan di atas tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh beliau demi menjaga keselamatan dan keselesaan rakyat Malaysia.

"Sebagai seorang pegawai tentera yang telah berkhidmat selama 41 tahun, apa yang boleh saya katakan, Perdana Menteri rasanya berpuas hati di atas segala yang telah dilaksanakan hasil daripada arahan yang diterima sejak dari beliau (Najib) menjadi Menteri Pertahanan dulu dan juga Perdana Menteri sekarang,” katanya. — Bernama

read more...

Majlis perbarisan persaraan Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin

read more...

Rabu, 8 Jun 2011

Mengenali MBT PT-91 Malaysia


PT-91M Pendekar

PT-91M sedang beraksi

Pada Mac 2002 Malaysia telah mengumumkan untuk membeli 48 buah PT-91M yang dimodenkan berserta 15 buah kenderaan sokongan buatan Poland, dan ianya menelan belanja lebih kurang USD 370 juta. Kesemua kereta kebal tersebut telah dihantar sepenuhnya pada tahun 2009.

Penggunaan Main Battle Tank atau Kereta Kebal Utama adalah masih baru di Malaysia sebelum ini Malaysia hanya pernah mengoperasikan light tank jenis Scorpion. PT-91 Pendekar adalah kereta kebal buatan Poland hasil daripada variasi PT-91 Twardy berasaskan kepada tank jenis T-72, dan ianya dibina dan dikeluarkan oleh FTE Bumar Labedy.

PT-91M Pendekar akan melengkapkan sebahagian permodenan Rejimen ke-11 Kor Armor Diraja yang telah mencecah usia 51 tahun penubuhannya didalam mengukuhkan pertahanan negara. Pemilikan PT-91 Pendekar ini akan memberikan kelebihan kepada Tentera Darat dari segi mobiliti, pencegahan, sokongan dan kuasa tembakan yang menggerunkan didalam menghadapi era pertempuran konvensional disamping sokongan dari kenderaan-kenderaan perisai yang telah dimiliki oleh ATM.

Sebelum Pt-91M Pendekar beroperasi sepenuhnya didalam negara, ianya terlebih dahulu telah menjalani ujian dan penilaian awal yang dijalankan oleh Tentera Darat pada tahun 2000 dibeberapa lokasi. Tentera Darat telah mencadangkan beberapa perubahan dan penambahbaikan kepada PT-91 supaya ianya lebih bersesuaian dengan persekitaran dan rupa bentuk muka bumi negara dan keperluan Tentera Darat. Diantara perubahan yang dilakukan adalah penukaran enjin daripada 850HP kepada enjin diesel PZL-Wola S-1000 yang berkuasa 1000HP, serta beberapa penambahkan seperti keupayaan elektronik juga telah ditambah dan ini menjadikan PT-91M Pendekar antara kereta kebal generasi ke 3 yang lebih moden dan lebih sesuai bagi menghadapi perperagan dalam abad ke 21.

Spesifikasi PT-91M Pendekar

Ciri-ciri umum

* Krew: 3 orang
* Dimensi: 10.03 x 3.7 x 2.19 meter
* Berat tempur: 45.5 tan

Prestasi

* Enjin: S-1000R (diesel), 1,000 hp
* Transmisi: Renk/SESM ESM 350
* Kelajuan
o Jalan raya: 60km/j
o Jalan desa: 45km/j

Persenjataan

* Meriam utama: 125mm Konstrukta 2A46-MS
* Mesingan sepaksi: 1x 7.62 x 51mm FN MAG 57T
* Mesingan anti udara: 1x 12.7mm FN Browning M2 HB di turet
* Sistem pengurusan pertempuran: Sagem Epsilon
* Sistem kawalan tembakan: Sagem SAVAN-15, giro cincin laser Sagem SIGMA 30
* Pembidik panaromik: Sagem VIGY 15
* Perlindungan: Erawa-2 ERA, 4x sistem amaran laser PCO SSP-1 Obra-3, 24x pelancar bom asap Wegmann

read more...

Kereta kebal gagah beraksi

SebAhAGiAN anggota Rejimen ke-11 Kor Armor Diraja pada majlis ulang tahun ke-58 di Kem Tuanku Syed Sirajuddin Gemas.
Sebahagian anggota Rejimen ke-11 Kor Armor Diraja pada majlis ulang tahun ke-58 di Kem Tuanku Syed Sirajuddin Gemas.

DERUMAN enjin puluhan kereta kebal tempur utama (MBT) PT-91M atau lebih dikenali sebagai Pendekar yang menyertai perbarisan di Kem Tuanku Syed Sirajuddin, Gemas, menimbulkan perasaaan gerun kepada tetamu awam yang hadir.

Agak meremangkan bulu roma apabila barisan kereta kebal yang kelihatan sangat angkuh dan gagah melakukan formasi 'berjalan lalu' di depan khemah tetamu sambil kru berdiri di atasnya memberi tabik hormat kepada Panglima Tentera Darat (TD), Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zin serta pegawai kanan TD lain.

Lebih membanggakan apabila barisan puluhan kereta kebal pertama negara itu melakukan formasi 'mara menghadap'- bergerak ke hadapan dengan garang dan megah, seakan-akan memberitahu dunia supaya tidak memandang rendah keupayaan pertahanan darat negara.
Paling menarik apabila Pendekar melakukan demonstrasi kuasa tembakan yang mengegarkan kawasan sekitar dengan dentuman yang sangat kuat membuktikan keupayaan bedilannya yang hebat dan mampu menghancurkan apa saja sasaran dengan mudah.

Perbarisan 44 unit aset persenjataan berat darat terbaru TD itu dengan diiringi beberapa kereta perisai Adnan serta 21 pegawai dan 370 anggota pangkat lain dipamerkan pada Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Kor Armor Diraja ke-58 dan Pengisytiharan Pengoperasian Rejimen ke-11 Kor Armor Diraja, baru-baru ini.

Pengisytiharan Pengoperasian Rejimen ke-11 itu bermakna, rejiman yang ditubuhkan sejak 30 tahun lalu namun dilucutkan status operasi pada 2003 disebabkan rombakan TD, diisytiharkan beroperasi sepenuhnya semula, kali ini dengan kekuatan lebih mantap.

Panglima TD, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zin, berkata dengan pengoperasian sepenuh itu, rejimen berkenaan sudah bersedia menggerakkan seluruh aset persenjataan berat darat miliknya bagi tujuan operasi pada bila-bila masa.

"Sebelum ini, aset kita hanya kereta kebal ringan Scorpion 90 dan Stormer yang digunakan sejak lebih dua dekad lalu dengan keupayaan terhad untuk tujuan operasi serta taktikal dan penerimaan Pendekar melengkapkan kita sebagai sebuah rejimen mantap.

"Status operasi sepenuhnya bermakna segala aspek termasuk sistem, kelengkapan, kemahiran, latihan dan kecekapan berada pada tahap terbaik dan kita sudah bersedia digerakkan untuk sebarang keadaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis sambutan berkenaan yang turut dihadiri Timbalan Panglima TD, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin; Panglima Medan TD, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan Pengarah Kor Armor Diraja, Brigidier Jeneral Datuk Adnan Abu Bakar.

Mengulas lanjut, Zulkifeli berkata, TD sudah menerima hampir semua daripada 62 kereta kebal Pendekar yang disifatkan terbaik di rantau ini yang dibeli melalui kontrak kerajaan dari syarikat pengeluar kereta kebal Poland, FTE Bumar Labedy dengan kos RM1.4 bilion pada 11 April 2003.

Beliau berkata, sehingga kini, lebih 50 unit sudah tiba di negara ini dengan beberapa unit lagi masih berada di Poland untuk digunakan bagi tujuan latihan pegawai dan anggota TD yang dihantar ke negara itu.

Katanya, Pendekar seberat 45 tan mampu bergerak pada kelajuan maksimum 70 kilometer sejam dan berkeupayaan menembak sasaran yang berada sejauh 27 kilometer menggunakan meriam 125 milimeter.

Selain itu, ia mampu membedil dalam keadaan bergerak serta boleh mengesan ancaman tembakan yang dihalakan kereta kebal musuh kepadanya dan memusingkan meriamnya terhadap musuh secara automatik dalam beberapa saat saja.

Kereta kebal tempur pertama negara itu juga mampu bergerak dalam air dan dilengkapi sistem pertahanan dan perlindungan yang membolehkannya bertahan walaupun diserang dengan senjata berat musuh, katanya.

Mengenai latihan, Zulkifeli berkata, pihaknya mempunyai barisan jurulatih tempatan berkemampuan mengendalikan latihan di tempat sendiri selepas dihantar menjalani latihan dan kursus di Poland dan beberapa negara lain.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya kini sedang mengkaji untuk menaik taraf rejimen berkenaan kepada Briged pada masa depan selaras dengan kekuatan dan kelengkapannya ketika ini.
read more...