Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 8 Jun 2011

Kereta kebal gagah beraksi

SebAhAGiAN anggota Rejimen ke-11 Kor Armor Diraja pada majlis ulang tahun ke-58 di Kem Tuanku Syed Sirajuddin Gemas.
Sebahagian anggota Rejimen ke-11 Kor Armor Diraja pada majlis ulang tahun ke-58 di Kem Tuanku Syed Sirajuddin Gemas.

DERUMAN enjin puluhan kereta kebal tempur utama (MBT) PT-91M atau lebih dikenali sebagai Pendekar yang menyertai perbarisan di Kem Tuanku Syed Sirajuddin, Gemas, menimbulkan perasaaan gerun kepada tetamu awam yang hadir.

Agak meremangkan bulu roma apabila barisan kereta kebal yang kelihatan sangat angkuh dan gagah melakukan formasi 'berjalan lalu' di depan khemah tetamu sambil kru berdiri di atasnya memberi tabik hormat kepada Panglima Tentera Darat (TD), Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zin serta pegawai kanan TD lain.

Lebih membanggakan apabila barisan puluhan kereta kebal pertama negara itu melakukan formasi 'mara menghadap'- bergerak ke hadapan dengan garang dan megah, seakan-akan memberitahu dunia supaya tidak memandang rendah keupayaan pertahanan darat negara.
Paling menarik apabila Pendekar melakukan demonstrasi kuasa tembakan yang mengegarkan kawasan sekitar dengan dentuman yang sangat kuat membuktikan keupayaan bedilannya yang hebat dan mampu menghancurkan apa saja sasaran dengan mudah.

Perbarisan 44 unit aset persenjataan berat darat terbaru TD itu dengan diiringi beberapa kereta perisai Adnan serta 21 pegawai dan 370 anggota pangkat lain dipamerkan pada Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Kor Armor Diraja ke-58 dan Pengisytiharan Pengoperasian Rejimen ke-11 Kor Armor Diraja, baru-baru ini.

Pengisytiharan Pengoperasian Rejimen ke-11 itu bermakna, rejiman yang ditubuhkan sejak 30 tahun lalu namun dilucutkan status operasi pada 2003 disebabkan rombakan TD, diisytiharkan beroperasi sepenuhnya semula, kali ini dengan kekuatan lebih mantap.

Panglima TD, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zin, berkata dengan pengoperasian sepenuh itu, rejimen berkenaan sudah bersedia menggerakkan seluruh aset persenjataan berat darat miliknya bagi tujuan operasi pada bila-bila masa.

"Sebelum ini, aset kita hanya kereta kebal ringan Scorpion 90 dan Stormer yang digunakan sejak lebih dua dekad lalu dengan keupayaan terhad untuk tujuan operasi serta taktikal dan penerimaan Pendekar melengkapkan kita sebagai sebuah rejimen mantap.

"Status operasi sepenuhnya bermakna segala aspek termasuk sistem, kelengkapan, kemahiran, latihan dan kecekapan berada pada tahap terbaik dan kita sudah bersedia digerakkan untuk sebarang keadaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis sambutan berkenaan yang turut dihadiri Timbalan Panglima TD, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin; Panglima Medan TD, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan Pengarah Kor Armor Diraja, Brigidier Jeneral Datuk Adnan Abu Bakar.

Mengulas lanjut, Zulkifeli berkata, TD sudah menerima hampir semua daripada 62 kereta kebal Pendekar yang disifatkan terbaik di rantau ini yang dibeli melalui kontrak kerajaan dari syarikat pengeluar kereta kebal Poland, FTE Bumar Labedy dengan kos RM1.4 bilion pada 11 April 2003.

Beliau berkata, sehingga kini, lebih 50 unit sudah tiba di negara ini dengan beberapa unit lagi masih berada di Poland untuk digunakan bagi tujuan latihan pegawai dan anggota TD yang dihantar ke negara itu.

Katanya, Pendekar seberat 45 tan mampu bergerak pada kelajuan maksimum 70 kilometer sejam dan berkeupayaan menembak sasaran yang berada sejauh 27 kilometer menggunakan meriam 125 milimeter.

Selain itu, ia mampu membedil dalam keadaan bergerak serta boleh mengesan ancaman tembakan yang dihalakan kereta kebal musuh kepadanya dan memusingkan meriamnya terhadap musuh secara automatik dalam beberapa saat saja.

Kereta kebal tempur pertama negara itu juga mampu bergerak dalam air dan dilengkapi sistem pertahanan dan perlindungan yang membolehkannya bertahan walaupun diserang dengan senjata berat musuh, katanya.

Mengenai latihan, Zulkifeli berkata, pihaknya mempunyai barisan jurulatih tempatan berkemampuan mengendalikan latihan di tempat sendiri selepas dihantar menjalani latihan dan kursus di Poland dan beberapa negara lain.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya kini sedang mengkaji untuk menaik taraf rejimen berkenaan kepada Briged pada masa depan selaras dengan kekuatan dan kelengkapannya ketika ini.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Kereta kebal gagah beraksi"

Catat Ulasan