Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 7 Jun 2011

Revolusi Teknologi Maklumat dalam ATM

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjp1jDLRs4AoE9A43ClaQ3G_vUBHTq4esDxZnoQ3e_e3C9Q_FHmL3HO6vox1jJSaH9cdtLXUmrknqXUII4TBc9Iv667qCkWOd-_C4j996xuAUBg6EjFtKPd36EjV8nfXAfMihUztpp0bKXI/s1600/bendera+ATM.PNG

Penggunaan teknologi maklumat hari ini adalah merupakan salah satu aspek yang amat diutamakan dalam kehidupan.

Dua perkara utama yang telah merevolusikan aplikasi teknologi maklumat adalah teknologi perkomputeran dan juga telekomunikasi. Gabungan antara keduanya telah meledakkan revolusi informasi maklumat yang masih pun belum mencapai kemuncaknya.

Sebagai satu teknologi baru dan perkembangannya bergerak begitu pantas, revolusi yang sama turut melanda Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ini adalah amat penting kerana sekiranya anggota-anggota dan pegawai ATM tertinggal ke belakang dalam ilmu pengetahuan berkaitan teknologi maklumat, maka kita akan tertinggal ke belakang dan lebih buruk lagi ianya akan mempunyai kesan terhadap kemampuan operasi yang akan atau mahu dilaksanakan.

Dengan memahami dan memahirkan diri dalam teknologi informasi, anggota dan pegawai akan lebih peka kepada bagaimana revolusi tersebut bakal membentuk ciri-ciri peperangan di masa hadapan dan tidak akan merasa kekok untuk menyesuaikan diri atau mengasimilasikan kehendak dengan kemampuan peperangan moden selain dari menghindarkan diri dari menjadi sebuah organisasi yang jumud atau mempunyai kemampuan peralihan kepakaran teknologinya yang bergerak seperti seekor kura-kura.

Dalam era medan tempur digital perkara ini menjadi bertambah kritikal, malah menurut sesetengah pendapat berkaitan peperangan masa hadapan, menarik tetikus di atas meja di hadapan skrin dan menekan papan kekunci sistem komputer adalah sama pentingnya dengan menarik picu raifal atau menekan tombol pelancar sistem roket.

Kedua-dua kemahiran tersebut perlu wujud dalam diri anggota ATM agar beliau dapat merealisasikan visi sebagai seorang anggota ATM yang benar-benar berkaliber dan berkemampuan tinggi.

Era seorang anggota atau rekrut hanya bermandi peluh dan bergelumang dengan raifal dan benet ketika latihan telah lama berlalu, kini beliau perlu turut sama mengerutkan dahi dan berfikir untuk melaksanakan tugas di hadapan kekunci dan skrin komputer.

Ia diakui bukanlah satu perkara yang mudah, malah memerlukan kesungguhan dan keazaman yang tinggi untuk berjaya dalam kedua-dua cabaran. Namun apakah ada pilihan lain?

Apakah perlu meninggalkan salah satu atau memikul kedua-dua cabaran bersama. Seharusnya untuk kekal sebagai sebuah angkatan tentera yang releven di peperangan masa hadapan, anggota dan pegawai ATM harus berani menyahut dan menggalas kedua cabaran tersebut walaupun terpaksa menanggung beban yang berat.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Revolusi Teknologi Maklumat dalam ATM"

Catat Ulasan