Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 7 Jun 2011

Majlis Angkat Sumpah Perajurit Muda Siri 44/2011

Kapt Lazim TUDM


IPOH – Perajurit Muda TUDM Siri 44/2011 telah menjalani Majlis Angkat Sumpah Ikrar Taat Setia di perkarangan Padang Kawad Skn Latihan Perajurit Muda, Institut Latihan Tentera Udara. Jumlah Perajurit Muda yang mengangkat sumpah seterusnya mengikuti latihan di sini ialah seramai 391 anggota. Majlis telah berlangsung dengan jayanya dan telah disaksikan oleh Komandan Institut Latihan Tentera Udara, Kol Ahmad Tarmizi bin Elias TUDM, para Pegawai dan para Jurulatih Skn Latihan Perajurit Muda. Selain itu, turut diadakan Majlis Serah Terima Perajurit Muda di antara Bahagian Pengambilan yang diketuai oleh Mej Madon bin Warno TUDM dan Bahagian Latihan yang diketuai oleh Ketua Jurulatih, Lt. Kol Ahmad bin Abd Rahman TUDM. Diharapkan seramai 391 anggota ini dapat menjalani latihan dengan jayanya disamping dapat merealisasikan impian seluruh warga TUDM untuk merealisasikan “AIRFORCE NEXT GENERATION” yang berkualiti.

Perajurit Muda TUDM sedia sahut cabaran

RUTIN kehidupan di kem tentera yang penuh disiplin dengan pergerakan terbatas mungkin bukan pilihan utama kebanyakan anak muda yang kini lebih menggemari gaya hidup santai.

Kekangan daripada melakukan aktiviti kegemaran dan perlu menghadapi jadual latihan yang padat menyebabkan ada antara mereka segera menggelengkan kepala apabila diaju pertanyaan untuk menyertai badan beruniform itu.

Namun bagi 390 pelatih Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Siri 44/2011 di Institut Latihan Tentera Udara (ILTU) di Ipoh, ia bukan alasan untuk mereka menolak berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

Bagi mereka yang kebanyakannya berusia antara 18 hingga 23 tahun itu, menjalani kehidupan tentera merupakan satu cabaran yang perlu diharungi dan kesukaran yang dilalui sudah seperti 'alah bisa tegal biasa'.

Bagi pemegang gelaran Perajurit Muda Terbaik Keseluruhan di ILTU, Perajurit Muda Muhammed Tarmizi Hashim, 23, cabaran yang ditawarkan dalam bidang ketenteraan telah menarik minatnya untuk menyertai latihan tersebut.

Justeru itu katanya, persediaan yang cukup dari aspek mental dan fizikal amat penting untuk menceburi bidang tersebut kerana ia merupakan penentu kejayaan dalam menempuhi sebarang cabaran yang mendatang.

"Memang sukar apabila kita perlu melatih semula diri yang biasa melakukan perkara rutin bagi disesuaikan dengan transformasi baru sebagai anggota tentera.

"Bagaimanapun saya tidak melihat ia sebagai satu beban bahkan menjadi cabaran yang wajib digalas dalam memastikan perajurit muda yang dilahirkan TUDM merupakan individu yang berdisiplin dan unggul keperibadiannya," katanya yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan.

Pendapat itu disokong Perajurit Muda Akademik Terbaik Keseluruhan, Perajurit Muda Mohamed Syahrizal Shatri, 21, apabila menyifatkan penyertaannya dalam latihan perajurit muda sebagai medan untuknya mencabar keupayaan diri.

Selain sukakan cabaran, katanya, dia ingin bersama-sama anggota TUDM yang lain bagi menggalas tanggungjawab menjaga keutuhan serta kepentingan negara melalui penggunaan kuasa udara yang tepat dan efektif.

"Sebagai generasi muda, saya terpanggil untuk menyahut cabaran dalam melindungi dan menjaga keselamatan negara ini daripada ancaman musuh.

"Saya percaya pelatih-pelatih yang dilahirkan pada setiap sesi latihan merupakan pelatih yang cemerlang dengan adanya tunjuk ajar dan penekanan yang diberikan barisan jurulatih skuadron Latihan Perajurit Muda," katanya.

Sementara itu, Perajurit Muda Penembak Terbaik, Perajurit Muda Mohd. Hisyam Sabri, 20, berkata, disiplin yang telah diterapkan kepada setiap pelatih merupakan satu tanggungjawab yang berat untuk dipikul.

Katanya, tanggungjawab tersebut merupakan satu amanah bagi memastikan nama baik anggota tentera tidak tercemar dengan perlakuan anggotanya.

"Sebelum ini tiada sekatan dan halangan untuk kami melakukan apa sahaja namun dengan perubahan ini ia sebenarnya memberikan satu semangat bagi memelihara nama baik anggota tentera agar tidak tercemar dengan perkara yang tidak baik," katanya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Majlis Angkat Sumpah Perajurit Muda Siri 44/2011"

Catat Ulasan