Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 7 Jun 2011

TUDM miliki helikopter, sistem baru tangkis ancaman luar

Aeriel Defense System Improved
Helikopter EC 725


ISTIADAT perbarisan sempena Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ke-53 di Pangkalan Udara Butterworth, semalam.


BUTTERWORTH — Mulai tahun depan, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan memiliki helikopter, sistem persenjataan dan radar pertahanan udara baru bagi memantapkan peranannya sebagai peneraju unggul menangkis sebarang ancaman luar terhadap negara.

Panglima Tentera Udara (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, TUDM juga akan menggunakan perkhidmatan helikopter EC 725 mulai 2013 bagi meningkatkan keupayaan tugas-tugas mencari dan menyelamat.

Seterusnya, mulai tahun 2012 hingga 2014, sistem persenjataan dan radar pertahanan udara merupakan aset baru akan diperoleh bagi meningkatkan lagi keupayaan pesawat canggih TUDM dalam operasi pertahanan dan pertempuran di udara.

Perolehan pesawat pengangkut Airbus A400M pula dijadual diterima mulai 2015, kata Rodzali dalam ucapannya sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-53 di Pangkalan Udara TUDM Butterworth di sini hari ini.

Memandangkan perolehan aset- aset baru adalah bercirikan teknologi digital dan terkini, beliau berkata setiap warga TUDM hendaklah bersedia meningkatkan kualiti pengetahuan dan kemahiran ke tahap tinggi supaya aset-aset baru dapat dikendali dan disenggara dengan sempurna tanpa pergantungan kepada pihak luar.

Bagi menghadapi cabaran keselamatan dan pertahanan negara, beliau berkata TUDM akan sentiasa peka dengan isu-isu keselamatan di peringkat serantau seperti permasalahan tuntutan bertindih sempadan.

"Isu lain yang perlu diambil kira adalah persaingan kuasa ekonomi di Laut China Selatan, aktiviti pencerobohan kawasan maritim dan ruang angkasa," katanya.

Sambutan hari ulang tahun TUDM kali ini bertema 'The People: Engaging The Talent' yang berlandaskan visi strategik TUDM 'Air Force Next Generation'.

"Tema ini diketengahkan selaras dengan usaha TUDM menarik minat para belia menyertai TUDM bagi mencapai matlamat TUDM membentuk warga pasukan masa depan yang berwibawa dan berkualiti," kata Rodzali.

Perbarisan disaksikan seramai 200 anggota Palapes TUDM dari Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Mara (UiTM Shah Alam), UiTM Kota Samarahan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS KAL) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta 200 pelajar sekolah sekitar Butterworth.

Istiadat perbarisan oleh 12 pegawai dan 196 anggota lain-lain pangkat kali ini berbeza dengan perbarisan sebelum ini kerana ia julung-julung kali diadakan di Pangkalan Udara Butterworth dan melibatkan penggunaan senjata M4. - BERNAMA


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "TUDM miliki helikopter, sistem baru tangkis ancaman luar"

Catat Ulasan