Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 7 Jun 2011

Komando tonggak TDM


ANGGOTA Gerup Gerak Khas memeriksa senjata masing-masing sebelum memulakan perbarisan.

REJIMEN Gerup Gerak Khas (GGK) terus menjadi kebanggaan Tentera Darat (TD) khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara amnya, apabila kecemerlangannya diakui bukan sahaja di peringkat rantau ini bahkan seluruh dunia.

Rekod kejayaan pasukan komando pemegang beret hijau itu disanjung tinggi kerana namanya sentiasa harum terutama dalam tugasan-tugasan luar negara khususnya bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan misi antarabangsa lain.

Kejayaan demi kejayaan pasukan yang menjadi tonggak barisan hadapan pertahanan negara dengan kredibiliti, disegani dan sentiasa diyakini itu bukan lagi rahsia.

Bahkan Perdana Menteri turut memuji pasukan berkenaan kerana cukup terkenal dengan kebolehan dan keupayaannya yang setanding dengan tentera dari negara lain.

Menteri Pertahanan berkata, peranan cemerlang GGK telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa khususnya dalam misi bantuan di Bosnia dan Somalia, tidak lama dahulu.

Beliau mengimbas semula bagaimana keperwiraan pasukan itu menjadi bualan di bibir tentera-tentera negara lain.

"Apa yang dikatakan oleh pasukan tentera dari negara lain ialah pasukan dari Malaysia memainkan peranan amat baik dalam melaksanakan misi-misinya hingga ada tentera negara lain tidak boleh buat tetapi tentera kita boleh buat," katanya.

Perdana Menteri berkata, peranan GGK di persada antarabangsa adalah umpama duta kecil Malaysia yang cukup dikagumi hingga berjaya memastikan setiap misi disempurnakan dengan sebaik mungkin.

"Disebabkan itu, Malaysia adalah antara negara yang sentiasa diminta oleh PBB untuk berkhidmat menegakkan keamanan dan ketenteraman di peringkat antarabangsa dalam pelbagai peristiwa," katanya.

Justeru, beliau menyeru agar pasukan tersebut mengekalkan rekod kecemerlangan tersebut yang menjadi kebanggaan rakyat dan negara ini.

Selaku pasukan elit, GGK sentiasa terbukti berupaya memberi perkhidmatan secara bersepadu dengan memberi fokus kepada mengembangkan potensi kemampuan serba boleh setiap anggotanya.

Ini termasuk penekanan terhadap aspek integriti dan saling bekerjasama dalam melaksanakan perkhidmatan antara ketiga-tiga sayap pasukan tentera bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

GGK sentiasa relevan melalui proses transformasi seperti perolehan aset yang berasaskan teknologi terkini di samping pembangunan modal insan berkualiti.

Pembangunan berkenaan akan memastikan pasukan tersebut memiliki kekuatan unggul dalam menguasai semua aspek peperangan, bersedia untuk menempuh cabaran dalam seluruh spektrum konflik dan krisis secara berterusan.

Dengan cara itu, pasukan tersebut terus mampu mengekalkan keupayaan untuk diatur gerak dengan tangkas , sentiasa bersedia dan profesional bagi mematahkan kekuatan musuh dalam mempertahankan ancaman luar.

Selain itu, komitmen besar anggota tentera terhadap tugas-tugas sekunder tidak kurang hebatnya yang antaranya membantu polis dan pihak berkuasa awam memelihara ketenteraman awam dan operasi anti-keganasan dari semasa ke semasa.

Beret Hijau adalah lambang keagungan, keperwiraan dan mutu keberanian yang tinggi nilainya bagi melambangkan pengorbanan serta taraf profesionalisme tinggi sebagai seorang wira.

Hanya mereka yang benar-benar layak berhak dianugerahkan beret tersebut sebagai salah seorang ahli rejimen GGK iaitu sebuah pasukan diperakui sebagai pasukan elit dalam angkatan tentera dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri turut menyaksikan demonstrasi menarik unit melawan keganasan merangkumi basic shooting, agility shooting dan sniper.

Selain itu, GGK turut mengadakan demonstrasi 'room entry dan hostage rescue yang menampilkan aksi one room combat dan face to face shooting.

Selain itu, antara yang menarik ialah pameran statik menampilkan pelbagai senjata canggih dan peralatan survival komando serta demonstrasi amfibia yang mempamerkan aksi komando dalam air.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Komando tonggak TDM"

Catat Ulasan