|
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perolehan dan penggunaan aset yang dibangunkan secara bersama di rantau ini boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan berbanding pembelian produk tersebut dari luar.
"Ini sudah dilakukan di Eropah dan Korea dan kita juga akan menggunakan pendekatan serupa supaya dapat bersaing dengan syarikat yang lebih kuat di peringkat antarabangsa.
"Menteri-menteri pertahanan ASEAN secara dasarnya bersetuju dengan ketetapan ini supaya produk pertahanan dapat dipiawaikan mengikut standard ASEAN dan kita tidak perlu bersaing dengan standard Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia serta melancarkan trak taktikal tentera 2.5 tan dinamakan 'Adiwira' yang dikeluarkan oleh syarikat Pesaka Astana (M) Sdn. Bhd., di sini hari ini.
Ahmad Zahid memberitahu, Kementerian Pertahanan berhasrat mendapatkan trak itu untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) namun jumlahnya belum dapat ditentukan.
Tambahnya, Adiwira telah diuji selama empat tahun oleh ATM dan pihaknya berpuas hati dengan prestasi kenderaan itu.
0 ulasan: on "Agensi penguatkuasaan guna aset pertahanan tempatan"
Catat Ulasan