Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 7 Jun 2011

TD Tingkatkan Tahap Kesiagaan

Tentera Darat (TD) menjangkau usia 78 tahun. Ini menunjukkan kematangan TD berjaya menempuhi cabaran dan pahit getir perjuangan sehingga berjaya menjadi ketumbukan yang disegani di rantau ini.


Darah dan keringat yang ditaburkan oleh TD dicurahkan semasa peperangan dunia kedua menentang pendudukan Tentera Jepun, menentang pengganas komunis dan juga ketika konfrontasi. Kejayaan ini seharusnya menjadi kebanggaan warga TD kerana kemakmuran dan kesejahteraan negara yang dinikmati kini merupakan sebahagian hasil keringat dan pengorbanan yang dicurahkan oleh warga TD.

Sejarah perjuangan yang luhur dan murni ini sewajarnya terpahat di hati setiap warga TD serta menjadi pedoman untuk perjuangan di masa hadapan.

TD akan terus menyumbang khidmat bakti kepada negara dengan mempertahankan perbatasan dan sempadan negara daripada ancaman dan pencerobohan luar.

Ketua Platun Rejimen Sempadan sedang memberi taklimat penugasan.


Amanah dan tanggungjawab ini sentiasa dilaksanakan secara profesional dan dengan penuh komitmen hasil daripada tahap kesiagaan yang tinggi, latihan yang mantap dan berkesan serta peralatan dan persenjataan canggih yang memenuhi keperluan pertahanan semasa.

Di samping itu juga, TD sentiasa bersedia membantu agensi-agensi keselamatan lain dan Pihak Berkuasa Awam dalam memelihara ketenteraman awam serta memberi bantuan semasa bencana alam.

TD akan menumpukan kepada strategi dan konsep operasi yang mampu melaksanakan semua misi semasa aman mahupun perang dengan mengambiI kira aspek joint, combined arms dan interoperability.

TD sentiasa berusaha meningkatkan tahap kesiagaannya dengan melengkapkan ketumbukan ke arah ketumbukan tempur yang mampu mengendalikan peralatan sofistikated dan berteknologi tinggi di samping mempunyai modal insan profesional yang mampu menghadapi pelbagai bentuk ancaman demi mempertahankan kedaulatan negara.

Sehingga kini dari aspek pelaksanaan operasi secara keseluruhannya TD telah berjaya memastikan tahap keselamatan daratan negara sentiasa terkawal tanpa sebarang ancaman luaran yang menggangu-gugat kedaulatannya.

Operas-ioperasi yang dilaksanakan oleh TD dengan dibantu perkhidmatan lain telah berjaya mengekang sebarang ancaman keseIamatan yang serius.

Kejayaan ini tidak mungkin akan dapat dikecapi tanpa komitmen dan dedikasi dari seluruh warga TD. Dari segi latihan, Panglima Tentera Darat berpuas hati dengan pencapaian latihan individu dan kelompok yang dilaksanakan oleh TD.

Begitu juga melalui latihan dua hala dengan negara asing telah dapat mencapai objektifnya.

Selain itu, latihan dalam aspek operasi Ketenteraman Awam, operasi anti keganasan dan bantuan malapetaka hendaklah turut dititikberatkan.

Di persada antarabangsa pula, TD telah banyak menyumbang dalam pelbagai misi pengaman/tim pemantau di bawah PBB, NATO dan OIC.

Penglibatan TD dalam membantu mengekalkan keamanan sejagat telah mendapat pengiktirafan dan sanjungan dunia khasnya dari PBB.

Ini secara tidak langsung menyokong agenda negara dalam menjaga hubungan baik dan menghulurkan bantuan kepada masyarakat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan dunia.

Fokus utama pembangunan TD adalah pembangunan keupayaan konvensional untuk mempertahankan perbatasan daratan negara dari ancaman luar.

Justeru, perubahanperubahan doktrin dan perolehan aset-aset adalah sejajar dengan keperluan peperangan konvensional masa kini.

Pembangunan keupayaan TD berasaskan pelan pembangunan strategik angkatan Army 2 10 Plus 10 yang menetapkan tahun 2020 sebagai sasaran untuk menjadikan TD sebuah angkatan darat dunia pertama (first world army) dengan mencapai status full spectrum force.

Keupayaan yang dibangunkan menekankan elemen-elemen mobiliti, kuasa tembakan, perisikan dan logistik secara seimbang bersesuaian dengan keperluan peperangan masa hadapan.


TD sentiasa menstrukturkan organisasi bagi memastikannya berada di landasan yang betul dan kekal relevan.

Beberapa perjawatan baru telah pun diluluskan bagi memantapkan struktur organisasi dan modal insan TD yang juga memberi peluang peningkatan kerjaya kepada anggota.

TD telah dan akan terus melaksanakan penyelenggaraan kem-kem dalam program ‘Army Care’, membina kem-kem serta rumah keluarga baru.

TD yakin melalui insentif dan program pembangunan ini berupaya meningkatkan kualiti hidup yang lebih seIesa dan seterusnya meningkatkan moral warga TD.

Justeru, segala usaha ini dihargai dengan memberikan yang terbaik kepada perkhidmatan dan negara.

TD juga sentiasa memberi tumpuan dalam menentukan kualiti hidup dan kebajikan anggota serta keluarga sentiasa ditingkatkan.

Penambahbaikan sentiasa dibuat antaranya dari aspek skim perkhidmatan, kenaikan pangkat, gaji dan elaun, kemudahan pengajian tinggi, kemudahan perumahan dan perubatan serta emolumen/ faedah persaraan/perberhentian.

TD sentiasa berusaha mewujudkan komuniti tentera yang positif, muafakat, penyayang dan harmoni. Semua usaha ini adalah untuk memberikan kualiti hidup yang Iebih baik kepada warga TD.

TD sentiasa berusaha meningkatkan kualiti kerjanya dengan menentukan semua usaha yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi serta memenuhi keperluan semasa.

PTD menyeru kepada semua peringkat dan lapisan pemerintahan agar memantapkan lagi tahap kualiti kepimpinan masing-masing.

Peluang juga perlu diberi kepada semua anggota bawahan untuk menyumbangkan bakat dan idea yang inovatif dan berkualiti dalam pelbagai bidang agar TD terus dapat meningkatkan kualitinya.

Dalam perintah ulung PTD, kepimpinan melalui konsep spot visits dan walk-the-talk telah diutarakan.

Begitu juga dengan aspek pengurusan melalui maintenance culture, balance scorecard dan prudent financial management yang seharusya diaplikasikan.

Dari aspek latihan, PTD juga menekankan kepada pembangunan doktrin mengikut peredaran semasa, mengembangkan latihan individu dan kerohanian serta melaksanakan latihan yang teliti dan berobjektif.

Dalam pada itu, beliau berkehendakkan agar usaha-usaha diteruskan bagi menentukan hasrat dicapai dengan berkesan serta menegaskan tentang perhubungan dan imej yang diperlukan dalam TD yang antara lainnya ialah melalui konsep Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada.

Ianya bersesuaian dengan tema Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-78 pada tahun ini iaitu ‘Merakyatkan Tentera Darat’ "YOUR ARMY".

Wujudnya TD sebagai sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia adalah daripada keperluan rakyat Malaysia dan aspirasi mereka.

Sebagai warga TD, kita perIu membuktikan kepada masyarakat umum bahawa TD adalah organisasi yapg berdisiplin, bersemangat dan profesional.

Setiap warga TD memainkan peranan yang penting dalam menentukan imej dan kredibiliti TD sentiasa di tahap yang membanggakan.

PTD juga menyeru kepada seluruh warga TD untuk menjadikan kematangan usia yang mencapai 78 tahun ini disertai dengan azam, tekad dan semangat untuk menggembleng tenaga ke arah menjadikan TD sebagai Teras Utama Kedaulatan Negara dan seterusnya Mendukung Aspirasi Rakyat dan Kedaulatan Negara.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "TD Tingkatkan Tahap Kesiagaan"

Catat Ulasan