Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 11 Mei 2011

Raifal tempur Colt M4 Carbine ATM

Colt M4
M4A1 ACOG.jpg
M4A1 dengan sistem SOPMOD, iaitu Rail Interface System (RIS) dan Trijicon ACOG 4x.
Jenis Raifal Tempur / Karbin
Asal Amerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan 1994 - Kini
Perang Perang Afghanistan (2001 - Kini), Perang Iraq (2003 - Kini)
Sejarah pengeluaran
Pereka Colt Firearms dan Armalite
Tarikh cipta 1994
Pengeluar Colt Firearms
Tarikh pengeluaran 1994
Variasi M4A1, (CQBR)
Spesifikasi
Berat 2.52 Kilogram (5.56 Paun (ukuran)) tanpa peluru;

3.0 kg (6.6 lb) 30 butir peluru

Panjang 757 mm (29.8 in) (Udi berlaras),
838 mm (33 in) (Udi Dibuka)
Panjang laras 368.3 mm (14.5 in)
Lebar 30 mm / 1.18 in
Krew Polis, Tentera dan Pasukan Elit

Jenis Peluru 5.56 mm x 45 mm NATO

5.56 mm (.223 Remington)
Tindakan Bolt berputar, sistem gas
Kadar tembakan 700-950 tembakan/min
Kederasan peluru 270 m/s (886 ft/s)
Jarak berkesan 150 m/s
Jarak maksimum 300 m/s
Sistem suapan Kelopak peluru 20 hingga 30 butir

Raifal tempur Colt M4 ini merupakan senjata raifal terkini buatan Amerika Syarikat. Secara asasnya, senjata versi karbin yang merupakan peningkatan daripada senjata raifal tempur Colt M16 dan CAR-15 dicipta di bawah agensi persenjataan yang sama, Colt Firearms dan Armalite.

Raifal Colt M4A1 tanpa kelengkapan sokongan.

Senjata ini paling ringan dan berukuran sederhana sepertimana versi yang ada pada raifal Colt M16A2, mempunyai 80% kelengkapan dengan M16A2. Karbin M4 ini mempunyai versi mod tembakan dwi pilihan, seperti separa automatik (semi) dan tembakan 3 semburan (burst), sebaliknya M4A1 mempunyai sistem tembakan semburan sepenuhnya (auto) yang diletakkan dibawah mod yang sama; Burst. Tidak sama dengan laras M16, laras M4 mempunyai ketebalan maksima bagi mengurangkan kepanasan semasa menjalankan tembakan semburan dalam jangkamasa yang lama.

Batalion Elit ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para) Angkatan Tentera Malaysia dengan karbin M4A1 dengan pejera optik Aimpoint CompM4.

Karbin M4 dan M4A1 berkaliber 5.56 mm menggunakan sistem tekanan gas, penyejukkan udara, menggunakan kelopak, versi tembakan pilihan, udi senjata dengan versi teleskopik terkini. Versi pendek raifal M16A2 dengan laras 36 cm, M4 boleh digunakan oleh perajurit dalam pertempuran jarak dekat berkemampuan menjatuhkan sasaran dengan pantas dan tepat. Karbin sebenar M4 mempunyai sistem tembakan separa-automatik dan tembakan semburan tiga butir, manakala M4A1 mempunyai sistem kekunci "Semi" dan "Full Auto", tanpa sistem tembakan semburan tiga butir. Karbin M4 melebihi 80% persamaan dengan raifal M16A2 dan menjadi faktor kepada penukaran senjata submesingan M3 .45 ACP dan pistol M9 serta raifal M16 untuk semua unit infantri. Karbin M4 turut dilengkapi dengan pelancar bom tangan M203.


M4 dengan pelancar bom tangan M203.

Sebarang peralatan yang boleh digabungkan ke atas raifal berukuran penuh M16A2 terdiri daripada:

  • Bersaiz kompak
  • Laras pendek
  • Udi Teleskopik
  • Sistem kekunci tembakan semburan automatik selain tembakan semburan 3-butir (khas kepadaM4A1)

Tetapi, terdapat beberapa kelemahan pada pengubahsuaian karbin ini, antaranya ialah kederasan peluru yang rendah dan bunyi yang sungguh kuat disebabkan laras yang pendek, hentian pada alat kerja yang disebabkan tekanan akibat sistem gas yang amat pendek, dan kepanasan yang maksima pada M16A2.

Peralatan Sokongan

Karbin M4 MWS (Modular Weapon System) diceraikan dengan pelbagai alatan sokongan tempur seperti M203, pemegang hadapan RIS, pemegang/pejera mudah tanggal, pejera laser AN/PEQ-2, dan pejera optik pilihan.

Sepertimana pelbagai peralatan yang boleh dikembarkan pada raifal tempur M16, karbin M4 dan M4A1 juga boleh dikembarkan dengan peralatan sokongan tempur, seperti pejera pandang malam, pejera laser, pejera teleskopik, bipod, pelancar M203 dan senapang patah XM26 LSS, serta pelbagai lagi peralatan termasuklah dengan landasan Picatinny MIL-STD-1913.

Selain itu, terdapat juga peralatan sokongan yang lain iaitu AN/PEQ-2, Advanced Combat Optical Gunsight (ACOG), dan Aimpoint CompM2. Pejera holografik EOTech adalah sebahagian kepada peralatan SOPMOD II.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

4 ulasan: on "Raifal tempur Colt M4 Carbine ATM"

Dr olivia Alexander berkata...

My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

nikhil berkata...

Fresh Raw chicken onlineHere at Giggsmeat.com, you can buy online chicken in Delhi from us as we provide fresh chicken home delivery in Delhi, the range of fresh chicken products in our online meat shop has something for almost every recipe. If you are stirring up tikka masala, kievs, casserole, as well as the barbecue, let us serve you to get the precise cut.


Digitalmarketinginstitutedelhi berkata...

Graphic designing course in DelhiAspirants who want to become successful graphic designers after completing their schooling or college can opt for this course.

Catat Ulasan