Musim haji tiba lagi dan berjuta juta umat Islam yang bertuah berlumba lumba untuk berkunjung ke Tanah Suci Mekah. Masing masing punya kisah dan jalan cerita tersendiri sebelum dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam yang kelima dan juga untuk berada lebih dekat lagi dengan Yang Maha Berkuasa.
Setiap kali melihat gambar Kaabah dan orang yang berpusu pusu mengerjakan ibadah haji atau umrah, hati jadi sebak tiba tiba sambil berdoa agar giliranku cepat menjelma untuk menjejak kaki ke Tanah Suci walaupun diri ini sudah beberapa kali mengunjungi Baitullah tapi kerinduan di hati pada Baitullah Allah sahaja yang tau. Ya Allah aku amat merindui baitullahMu.
Doaku mengiringi pemergian setiap insan bertuah yang berpeluang berkunjung ke Tanah Suci tahun ini agar mendapat haji yang mabrur. Insya'Allah...Terima kasih Ya Allah menjemputku menjadi tetamuMu pada musim haji tahun ini.