SARINA masih memikirkan apa yang patut dilakukan selepas ini. Setelah
selesai mendaftarkan persekolahan anak kedua dan ketiganya itu, dia termenung
panjang. Sampai bila dia harus begini? Nasibnya ibarat sudah jatuh ditimpa
tangga. Tambah merunsingkan, bagaimana suatu hari nanti, bila anak-anaknya
bertanya, apa status diri mereka terutama dua orang anak perempuannya itu?
Panjang lamunan Sarina. Dia tahu, dia telah melakukan kesilapan yang
amat besar dalam hidupnya. Untuk berpatah balik, mampukah dia melakukannya?
Hingga kini, dia masih bergantung hidup dengan Sazali sejak 15 tahun yang lalu.
Dia buntu. Fikirannya dibelenggu rasa resah akibat kesilapan yang diciptanya
sendiri.
Dia tidak mahu menyalahkan suaminya yang meninggalkannya tanpa khabar
berita. Dia digantung tidak bertali. Kehilangan suaminya sejak keluar dari
rumah sehingga kini, membuatkan Salina hilang arah. Mujur Sazali, pekerja
kontrak yang berjiran dengannya sedia membantu.
Sehingga akhirnya Sazali berpindah rumah. Duduk sebumbung dan tidur
sebantal tanpa ikatan yang sah. Anak-anaknya juga memanggilnya ayah kerana
lelaki itulah yang mengambil berat perihal keperluan anak-anak tersebut sejak
ditinggalkan oleh si ayah yang sebenar.
Anak sulungnya, Ikmal mati-matian percaya Sazali itulah ayahnya. Ikmal
ditinggalkan ketika usianya setahun. Dalam tempoh itulah Sarina menanggung
derita. Sazali muncul dalam hidup Sarina setelah kasihan melihat Sarina dan
anak-anaknya sering keputusan makanan. Dan sejak hari itu, Sazalilah tempat
Sarina mencurah resah di hati.
Namun Sarina dan Sazali juga manusia biasa. Daripada perhubungan yang
tercetus hasil perasaan simpati, kini lagak mereka ibarat suami isteri. Kini
termasuk Ikmal, anak yang sah daripada suami Sarina yang sah, Ikmal mempunyai
empat lagi adik-adiknya atas hubungan terlarang ibunya - dua lelaki dan dua
perempuan. Bagi Ikmal itulah adik-beradiknya tanpa dia mengetahui cerita di
sebalik itu.
Tapi entah kenapa, pagi itu Sarina merasakan terlalu banyak dosa yang
telah dia lakukan.
Dia mahu bertaubat. Dia tidak mahu lagi hidup bergelumang dosa. Dia
tahu, dia telah mengkhianati ikatan perkahwinannya yang sah bersama suaminya
sekalipun suaminya itu menghilangkan diri tanpa berita.
Sarina tahu, dia masih berstatus isteri orang. Dia tidak pernah meminta
fasakh di mahkamah syariah. Kerana itu jugalah, anak-anak luar nikahnya berbin
dan berbintikan suaminya yang sah.
Hati Sarina benar-benar runsing. Ada kala Sarina merasakan belum
bersedia untuk berpisah dengan Sazali kerana di situlah punca pendapatannya.
Tetapi dalam masa yang sama Sarina diburu rasa kesal dek dosa-dosa yang
dilakukan selama ini.
Jalan mana yang harus aku pilih," keluh Sarina dalam diam. Tanpa
disedari air matanya gugur satu persatu.
Ya Allah, terampunkah segala dosa-dosaku," soalan yang terpacul
dari lubuk hati Sarina.
------------------------------------------------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL
UMRAH
Haji diwajibkan ke atas manusia sekali seumur hidup
jika mampu. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud :
ÙˆَØ£َتِÙ…ُّواْ
ٱلۡØَجَّ ÙˆَٱلۡعُÙ…ۡرَØ©َ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah”
Dalil
Seorang wanita bertanya Nabi saw tentang
ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan Haji.
Nabi S.A.W berkata kepada wanita tersebut,
“Tunaikanlah Haji bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat An-Nasaie).
Syarat Orang Yang Mengerjakan Upah Haji
Orang yang melaksanakan haji badal / upah haji disyaratkan sudah
melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak.
Dalil
Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas
r.a., Bahawa Rasulullah S.A.W. mendengar seorang laki-laki berkata, "Aku penuhi
panggilan-Mu untuk Syabramah." Rasulullah saw. bertanya, "Apakah
engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?" Ia menjawab,
"Belum." Beliau bersabda, "Hajilah untuk dirimu kemudian
laksanakan haji untuk Syabramah."
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 300
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan
sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
(NS0103441-W)
|
IBU PEJABAT
|
|
No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
|
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com /
www.badalhaji2u.blogspot.com
Email :
raudhah.umrahajj@gmail.com
|
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
|
Pengurus HQ
|
H/P : 013-212 7799
|