Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 26 Julai 2011

Platun Setangkas Harimau


BARISAN karyawan drama bersiri Platun Harimau yang kini sedang bersiaran setiap Khamis di RTM2.


MENJEJAK tanpa dijejak, membunuh tanpa dibunuh! Kejam bunyinya namun itu semangat sebenar perajurit tanah air yang tidak jemu berkhidmat di perbatasan demi mempertahankan negara tercinta. Merangkak, menyusup, menghidu dan merenung tajam pada setiap inci perubahan tanah, pokok, bukit dan sungai bagaikan Sang Belang memburu gerombolan mangsa sudah cukup menggambarkan sifat sebenar sepasukan tentera yang bertempur pengganas komunis sekitar tahun 1980-an. Diterjemah ke dalam sebuah naskhah baharu bercorak drama 13 episod, cerita sebenar unit komando khas Platun Harimau di bawah pimpinan Leftenan Fauzi menentang pengganas komunis Black Jacket kini sudah mula bersiaran di RTM2 bermula hari Khamis, 21 Julai lalu pukul 9 malam.

Drama yang diarahkan oleh Razali Mohd. Yussof itu sebenarnya direalisasikan daripada karya tulisan Leftenan Kolonel Mohd. Radzi Abdul Hamid dan turut mendapat kerjasama Tentera Darat Malaysia sepanjang pembikinannya selama sebulan. Platun Harimau antara lain turut membariskan pelakon hebat antaranya Zul Huzaimi, Norman Hakim, Yatt Hamzah, Yus Waisar, Safura Yaacob dan Zamarul Hisyam. Bagi pengarah drama itu, berdepan dengan jarak lokasi penggambaran yang jauh ke dalam hutan dan kerjasama dengan pasukan yang mengutamakan disiplin seperti tentera merupakan cabaran utama menghasilkan filem bercorak ketenteraan itu.

“Kos pembikinan drama ini lebih kurang RM500,000, tetapi hasil daripada bantuan logistik pasukan Tentera Darat Malaysia banyak perbelanjaan dapat dijimatkan,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis pratonton drama Platun Harimau di Wisma Transit Kuala Lumpur baru-baru ini. Memilih kawasan Tapah, Sungai Udang dan Hospital Kem Terendak, Melaka sebagai lokasi utama pembikinan drama itu, kisah yang penuh tragis dan patriotik itu turut mengetengahkan elemen kekeluargaan dan percintaan pada masa yang sama.


YATT HAMZAH menghidupkan karakter Dr. Bani dalam drama Platun Harimau.


Yatt Hamzah yang memegang watak Dr. Bani dan menjadi kekasih kepada Leftenan Fauzi yang dilakonkan oleh Zul Huzaimi berkata impian menyarung sut celoreng yang dipendamnya selama ini sudah terlaksana.

“Daripada kecil lagi saya bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang pesawat tentera, syukur Alhamdulillah menerusi drama ini saya dapat juga memakai seragam celoreng itu walau sekadar lakonan. Ia umpama satu penghargaan kepada saya,” bicaranya menyusun frasa.

Selain itu, muncul mendukung watak sebagai seorang wanita yang baik hati, lemah lembut tapi luarannya perlu tegas, Yatt mengakui itu pengalaman sulung yang dikutipnya. “Dalam drama ini saya akan berdepan dengan dilema antara memilih cinta atau keluarga dan saya akan melakonkan watak seorang wanita bertudung yang baik tapi cuba menyembunyikan sifat sebenar apabila sedang berkhidmat,” ceritanya mengenai watak yang dilakonkannya. Jadi, jangan lepaskan peluang menyaksikan drama penuh mendebarkan, tragis, tangis, tawa dan air mata itu setiap hari Khamis pukul 9 malam di saluran RTM2.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Platun Setangkas Harimau"

Catat Ulasan