Puasa Oh Puasa
Setahun sekali semua umat Islam kat dunia ni akan menyambut bulan Ramadhan yang teramat mulia... Waktu bulan ni semua umat Islam wajib puasa... Budak-budak pun tau... Tapi paham-paham sajalah, puasa budak-budak camna...puasa "yangyok" ja... Semua orang mesti pernah puasa "yangyok" la... Termasuk la diriku ini... Diriku yang tak seberapa sempurna... HakHakHak....
Tapi hari ini bukan nak cerita pasal kisah puasa "yangyok" ni.... Hari ini nak share dengan semua orang pasal SMS yang kawan-kawanku hantar untuk wish sambut bulan Ramdhan..... Dulu-dulu orang just ucap "Selamat Berpuasa"..."Puasa penuh yer tahun ni...jangan tinggal"..(Kaum Hawa boleh ke nak puasa penuh)...
Tapi sekarang ni semuanya dah berubah...Bak kata budak-budak sekarang, "Zaman dah berubah, dunia makin maju.." Betul la tu kan??....Okey.. Sekarang kita start dengan mesej ucapan Ramadhan yang menyentuh dan menusuk jiwa kalbuku...
Nama saya Syaa'ban.. Saya ingin mengingatkan bahawa jiran saya Ramadhan akan datang mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya iaitu Rezeki dan kedua-dua anaknya iaitu Sahur dan Iftaar....
Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakat dan Keampunan...
Mereka akan pulang menaiki pesawat penerbangan Eid-Airlines...
Hargailah mereka...
Ucapan yang selamba badak....
2, 3 kucing berlari,
Kucing berlari using their kaki,
Tomorrow fasting start already,
Don't eat di siang hari...Selamat berpuasa...
Ucapan yang berbunyi pantun zaman moden...
Anak Ketam Belajar Berjalan,
Matanya Tanggal Digigit Lipan,
Selamat Datang Bulan Ramadhan,
Selamat Tinggal Hantu dan Setan...Salam Ramadhan al-Mubarak...
Ucapan yang unik....
KHAMIS cari JUMAAT,
nak tanya nampak tak SABTU,
agar ingatkan ISNIN bagitau,
ISNIN supaya jangan lupa,
mesej kat SELASA yang,
RABU dah puasa...Selamat Menyambut Ramadhan...
Aduhhh...macam-macam kan???.... Jadi sekarang ni "Macam-Macam Adaaaaaaaaaaaa".....
Sumber : Halaqah.Net
Sumber : Halaqah.Net
0 ulasan: on "Seloka Puasa"
Catat Ulasan