Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 29 Julai 2011

TDM : 23 lagi kompeni AW bakal dilancar


BEBERAPA anggota tentera menaiki motosikal klasik sambil membawa bendera pasukan Askar Wataniah pada majlis pelancaran Kompeni Askar Wataniah Parlimen Permatang Pauh, Bagan, Kepala Batas, Tasik Gelugor, Jelutong dan Bukit Gelugor di Butterworth Pulau Pinang, semalam.


BUTTERWORTH 28 Julai - Sebanyak 23 lagi Kompeni Askar Wataniah (AW) bagi kawasan Parlimen akan dilancarkan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahim Mohd. Yusuff berkata, ia selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu ia dilancarkan sebelum penghujung 2011.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 199 kawasan di seluruh negara memiliki Kompeni AW mereka sendiri dan hanya Kedah, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur belum dilancarkan sepenuhnya.

"Pelancaran kompeni ini adalah bagi memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan remaja di samping mempersiapkan diri bagi mempertahankan negara jika berlaku sebarang ancaman yang tidak boleh diramalkan.

"Penubuhan kompeni ini juga telah memberikan impak yang positif kepada rakyat termasuk penglibatan pelbagai lapisan masyarakat seperti selebriti, ahli sukan dan pemimpin setempat," katanya ketika berucap merasmikan pelancaran enam Kompeni AW di sini, hari ini.

Pelancaran enam Kompeni AW itu meliputi kawasan Tanjung, Jelutong, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Bagan dan Tasek Gelugor melibatkan 600 anggota.

Tambah Abdul Rahim, penyertaan tokoh dan selebriti dalam AW secara tidak langsung boleh mempromosikan pasukan tersebut kepada orang ramai serta meningkatkan kesedaran orang awam tentang fungsi dan tugas tentera melalui latihan, aktiviti dan program yang sama seperti anggota tetap.

Jelasnya, AW juga berupaya meniup semangat generasi baru untuk mencurahkan khidmat murni kepada negara serta menjadi penghubung antara tentera dengan rakyat jelata.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "TDM : 23 lagi kompeni AW bakal dilancar"

Catat Ulasan