Zahirkan kecintaan dengan mengambil sirah, sunnah sebagai panduan
Perutusan Rasulullah SAW sebagai menyambung tradisi perjuangan Nabi dan Rasul
terdahulu menegakkan kalimah Allah SWT seterusnya mengakhiri salasilah kerasulan
yang memikul amanah menyampaikan risalah Islam kepada sekalian alam.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk
mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.” (Surah al-Anbia, ayat 107)
“ Islam yang diutuskan Allah SWT
melalui Rasulullah SAW sudah menyediakan jalan terbaik ke arah kesejahteraan
dan kebahagiaan hidup. Islam sarat dengan hukum hakam dan ajaran suci yang
mampu menjamin manusia menyelesaikan segala masalah yang melanda serta menjadi penawar
semua penyakit kehidupan ”
Rasulullah SAW juga dikurniakan kitab suci al-Quran sebagai sumber
rujukan dan pedoman berkekalan buat umat manusia menelusuri titian hidup penuh
cabaran.
Justeru, sambutan Maulidur Rasul penting dengan harapan untuk menebalkan
kecintaan kepada Baginda SAW. Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah insan paling
dicintai memandangkan Baginda insan contoh atau manusia mithali dalam serba
serbinya.
Umat Islam diperintahkan Allah SWT supaya meneladani dan mencontohi kehidupan
Rasulullah SAW selaras dengan firman-Nya yang bermaksud: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri
Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa
mengharapkan (keredaan Allah) dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula
menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab,
ayat 21)
Zahir kecintaan terhadap Rasulullah
Menyatakan kecintaan kepada Rasulullah SAW, ia tidak cukup sekadar dizahirkan
melalui kata-kata pujian dan sambutan, tetapi akan menjadi lebih bermakna jika
dizahirkan dengan meneladani sirah Baginda sebagai pemimpin, panglima angkatan
perang, sahabat, suami, bapa dan manusia biasa.
Pendek kata, Rasulullah SAW memiliki banyak dimensi dan sudut patut dicontohi
umat Islam sejagat. Disebabkan itu, sirah serta sunnah Baginda tetap relevan
kepada umat Islam dari dulu, kini dan selamanya.
Kehidupan Rasulullah SAW menyediakan jawapan ampuh yang berupaya memecahkan
segala persoalan dan masalah dihadapi manusia moden dewasa ini kerana ia sebenarnya
manifestasi menyeluruh dari inti pati al-Quran.
Saidatina Aisyah apabila ditanya mengenai akhlak Baginda SAW menjawab: “Sesungguhnya akhlak Rasulullah SAW adalah akhlak
al-Quran.” (Riwayat Muslim)
Dunia kini sedang menyaksikan ramai umat manusia semakin tersasar daripada
landasan yang lurus. Natijahnya, ramai manusia tertipu dengan godaan dunia yang
mempesona, indeks keruntuhan akhlak semakin merudum dan kesejahteraan hidup
mulai pupus.
Dalam erti kata lain, hidup ini seolah-olah ketiadaan bimbingan dan panduan,
dada umat manusia pula dipenuhi penyakit jiwa serta hilangnya petunjuk serta
rahmat dalam kehidupan.
Sebenarnya konsep untuk manusia hidup bahagia itu ada, namun ia ditinggalkan.
Begitu juga jalan menuju kesejahteraan hidup sudah jelas termaktub dalam kitab
suci al-Quran, tetapi diingkari.
Islam yang diutuskan Allah SWT melalui Rasulullah SAW sudah menyediakan jalan
terbaik ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Islam sarat dengan hukum
hakam dan ajaran suci yang mampu menjamin manusia menyelesaikan segala masalah
yang melanda serta menjadi penawar semua penyakit kehidupan.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai umat
manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat
pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit batin yang
ada dalam dada kamu dan menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta
membawa rahmat bagi orang beriman.” (Surah Yunus, ayat 57)
Al-Quran penyuluh hidup
Al-Quran juga adalah hidayah petunjuk ke jalan diredai Allah yang memimpin
manusia mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Al-Quran secara khusus menjadi
sinaran rahmat yang menyuluhi setiap detik kehidupan orang yang beriman.
Ini adalah seruan suci Allah SWT kepada umat manusia supaya mereka dapat hidup
bahagia di dunia dan akhirat dengan syarat berpegang teguh dengan ajaran dan
hukum hakam yang telah ditetapkan-Nya.
Risalah Islam diturunkan sebagai satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh
buat mengatur kehidupan manusia sejagat ke arah kebahagiaan abadi di bawah
keredaan Ilahi. Ini bermakna jalan keluar sudah sedia ada, penawar di depan
mata, maka terserahlah kepada umat manusia memilih sama ada hendak hidup
berbahagia atau sebaliknya.
Akhirnya, umat Islam wajib bermuhasabah dan merenungi diri nasib mereka yang
sudah sekian lama tercalar. Maka, inilah masanya untuk kembali kepada al-Quran
dan sunnah Rasulullah SAW, mudah-mudahan dapat memartabatkan kembali imej
sebagai umat terbaik dan umat contoh.
Setiap Muslim seharusnya bersama mencontohi kehidupan Rasulullah SAW dalam
setiap aspek supaya keadilan Islam dapat menghiasi kembali kemakmuran bumi
Allah SWT dan Islam menerajui kepimpinan manusia ke arah keharmonian,
kesaksamaan dan kesejahteraan.
Oleh DR. ENGKU AHMAD ZAKI ENGKU ALWI
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL
UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 300
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan
sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke
Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang
melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air,
urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
|
Ibu Pejabat
|
|
No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
|
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com /
www.badalhaji2u.blogspot.com
Email :
raudhah.umrahajj@gmail.com
|
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
|
Pengurus HQ
|
H/P : 013-212 7799
|