Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 21 Januari 2011

PDRM guna dua kem ATM latih anggota baru


Robiah Abdul Ghani memperkatakan sesuatu kepada pelatih polis ketika mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Asas Tentera Darat di Port Dickson, semalam.

TELOK KEMANG 18 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan dua kem latihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membolehkan pengambilan pelatih polis ditingkatkan lagi jumlahnya.

Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Robiah Abdul Ghani berkata, kem tersebut ialah Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini dan KD Sultan Ismail Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Tanjung Pengelih, Johor.

Menurutnya, kerjasama yang pertama kali diadakan itu dijangka membolehkan pengambilan sebanyak 6,600 pelatih pada satu-satu masa.

Malah kata beliau, pengambilan pelatih polis akan ditingkatkan sebanyak 150,000 orang menjelang 2015.

''Ini merupakan salah satu kerjasama antara ATM dan PDRM yang disarankan oleh kerajaan dalam memastikan sasaran PDRM tercapai dan ia akan diteruskan pada pengambilan pelatih polis pada masa depan.

''Kita akan meletakkan 1,000 pelatih di Pusasda, manakala di Johor pula, seramai 600 orang akan ditempatkan di Pangkalan TLDM Tanjung Pengelih selama enam bulan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja sempena Siri Pendaftaran Pelatih Konstabel, Siri 1/ 2011 di Pusasda di sini hari ini.

Katanya, antara kemudahan yang diberikan oleh ATM meliputi dewan makan, kelas, blok penginapan, padang kawad serta serta kelengkapan lain bagi membolehkan latihan diberikan kepada pelatih.

Robiah juga menjelaskan, dengan pengunaan secara optimum kemudahan yang ada di kedua- dua kem tentera itu, perbelanjaan kerajaan juga dapat dijimatkan.

''Walaupun kita menggunakan kemudahan ATM, dari segi latihan asas ia tidak ada bezanya kerana PDRM mempunyai modul latihan serta tenaga pengajar tersendiri.

''Malah kita juga akan membahagi-bahagikan masa dan tempat untuk tujuan latihan akademik dan jasmani mengikut jadual yang telah ditetapkan. Jadi soal pertembungan antara latihan ATM dan PDRM tidak akan wujud,'' katanya.

Ditanya mengenai penyertaan golongan bukan bumiputera dalam pasukan PDRM, Robiah menjelaskan, pihaknya sendiri telah menjalankan pelbagai inisiatif untuk membolehkan mereka menyertainya namun ia dilihat masih rendah.

''Kita akan teruskan walaupun penyertaan mereka masih rendah dan kita harapkan jumlah mereka akan bertambah pada masa akan datang dengan penglibatan pelbagai pihak termasuklah parti-parti politik," katanya.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "PDRM guna dua kem ATM latih anggota baru"

Catat Ulasan