Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 21 Januari 2011

Misi keamanan Malbatt 3

Oleh Farabi Sheikh Said al Jabri


Rodzali Daud memeriksa barisan pada Majlis Perbarisan Penyerahan Bendera Malaysia dan Pemakaian Beret PBB kepada Malbatt 3 di Port Dickson baru-baru ini.

KEUPAYAAN Batalion Malaysia (Malbatt) dalam melaksanakan misi keamanan sememangnya telah terbukti dan keyakinan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu diperlihatkan dengan kesinambungan tugas pasukan itu di bumi Lebanon.

Jika dilihat dari segi geografi dan kecanggihan senjatanya, Malaysia bukanlah sehebat negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara lain yang mempunyai kekuatan dari segi peralatan yang canggih serta berteknologi tinggi.

Namun dari segi sumbangan terhadap dunia, Malbatt dilihat mempunyai kebolehan yang luar biasa malah disanjungi oleh semua pihak termasuk di bumi Lebanon itu sendiri.

Malah misi Mallbatt 3 bukan sekadar meneruskan misi menjaga keamanan, tetapi menjadi penerus kecemerlangan yang telah diperlihatkan oleh pasukan terdahulu.

Untuk menjayakan misi kali ini, seramai 62 pegawai dan 588 anggota daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan menyertai Malbatt 3 yang akan meneruskan misi keamanan di Lebanon mulai bulan ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, bagi menjayakan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil), pasukan itu akan disusun melalui tiga kumpulan.

Jelasnya, kumpulan pertama akan memulakan misi mereka pada 20 Januari melibatkan 300 anggota manakala kumpulan kedua pada 27 Januari membabitkan 140 anggota manakala selebihnya akan tiba pada bulan Mac.

"ATM telah memberi persetujuan kepada Unifil untuk meningkatkan lagi kekuatan pasukan Malaysia di Lebanon dengan penambahan sebanyak 210 termasuk 110 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

"Penambahan ini dibuat berdasarkan permohonan kerajaan Lebanon yang masih memerlukan sokongan PBB bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran di negara itu," katanya pada Majlis Perbarisan Penyerahan Bendera Malaysia dan Pemakaian Beret PBB kepada Malbatt 3 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson baru-baru ini.

Panglima Tentera Udara, Tan Sri Rodzali Daud mewakili beliau pada majlis itu.

Batalion tersebut yang akan dibahagikan kepada tiga kumpulan bakal ditempatkan di tiga lokasi iaitu Harris, Tibnin dan Brasit.

Kesemua anggota Malbatt 3 telah menjalani latihan integrasi pasukan atau dikenali dengan Force Intergration Training (FIT) selama tiga bulan di Pusasda.

Azizan berkata, dengan latihan yang diberikan itu, ia sekali gus memberi ruang persediaan bagi menghadapi cabaran semasa melaksanakan tugas termasuklah iklim yang sentiasa berubah di Lebanon.

"Antara cabaran lain yang perlu dipertimbangkan adalah dari segi keselamatan memandangkan bentuk muka bumi di sana adalah berbeza dengan Malaysia selain amalan hidup dan perbezaan budaya.

" Saya berharap supaya semua anggota dapat membina tali silaturahim serta permuafakatan dengan masyarakat setempat supaya kehadiran pasukan nanti diiktiraf dan disenangi semua," katanya.

Azizan juga mahu setiap yang berkhidmat di bawah panji PBB menghayati konsep berkecuali iaitu dengan matlamat dan objektif utama adalah untuk membantu memulihkan keamanan.

Justeru katanya, setiap anggota Malbatt hendaklah menetapkan fokus untuk bersama-sama dengan Angkatan Tentera Lebanon bagi membawa keamanan di negara itu.

"Oleh itu fahamilah matlamat tugas dan hendaklah sentiasa merujuk pada dasar serta prosedur yang digariskan oleh PBB apabila menghadapi keadaan yang mendesak.

"Kebijaksanaan menghadapi pelbagai situasi bakal membawa manfaat kepada semua," kata beliau.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Misi keamanan Malbatt 3"

Catat Ulasan