Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 21 Januari 2011

Gathering Halaqah.net di Kuala Terengganu

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sesiapa yang ingin hadir perjumpaan ini, sila tuliskan nama di ruangan ini. Program ini terbuka kepada semua halaqian Halaqahnet tidak kira orang baru atau orang lama.

Tujuan untuk memudahkan pengurusan penginapan, pengangkutan (mungkin boleh kongsi kenderaan) dan makanan.

Kalau tak mahu tulis di sini sila pm pada ummi email : munaliza_smtun@yahoo.com. Nama sebenar, username halaqah dan nombor telefon untuk mudah dihubungi.

Bayaran pendaftaran program adalah sebanyak RM 50.00 (makanan dan penginapan)

Rasa- rasa kalau murah, boleh sumbangkan lebih, kalau tak mampu bayaran pendaftaran sebanyak itu,sila PM maklumkan pada ummi untuk pengecualian.

Untuk Tindakan Segera...tujuan pengurusan...

Maklumat Gathering

Tempat pertemuan dan aktiviti : Ma'ahd Tahfiz Darus Syifa,Kg.Kolam, Kuala Ibai,Kuala Terengganu.

Tarikh : 13.03.2011 - 14.03.2011 (2 hari 1 malam)

Penginapan :

1. Muslimin ~ Asrama Maahd Tahfiz Darus Syifa
2. Muslimat ~ Banglo Teratai Home stay,Kg.Kolam
(http://www.terataihomestay.com/contact.htm )

Aktiviti :

1. Sessi Taaruf/Ice breaking
2. Tazkirah
3. Qiamulail
4. Permainan futsal
5. Bola sepak pantai
6. Membersihkan kubur
7. Gotong royong kebersihan

Tantatif Program : Akan disusun kemudian

AJK :

Penaung : Ustaz Alhaudhie
Pengarah Program : Ummi Munaliza
S/U : Duratul_Mujahidah
Bendahari : Anazahra
Urusetia : msa

AJK lain-lain : mohon sukarelawan (sila maklumkan sesiapa yang sudi menyumbang tenaga, sila PM saya)

Semoga pertemuan ini mendapat redha, rahmat dari Allah. Jual dunia,beli akhirat, bukan kemewahan yang dicari tetapi keeratan ukhuwwah yang kita rasai.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Gathering Halaqah.net di Kuala Terengganu"

Catat Ulasan