Ujian dan dugaan tidak akan putus-putus datang sebagai ujian kepada orang beriman. Adakah redha dan ikhlas dalam menerima ujian yang diberikan. Memang sudah ketentuannya datang sebagai ujian orang beriman.
Selepas solat isya' , 29 Januari 2011,pelajar asrama pondok Maahad Ash-Syifa' di Kg Kolam, Kuala Ibai, Terengganu dikejutkan dengan musibah apabila sebuah bangunan asrama yang menempatkan pakaian dan barang-barang keperluan peribadi pelajar termasuk tilam bantal terbakar.
Bangunan ini merupakan sebuah bangunan kayu 2 tingkat yang terletak di hadapan bangunan kelas dan pengajian bangunan batu 3 tingkat Maahad Tahfiz tersebut. Punca kebakaran belum diketahui. Pihak bomba masih menjalankan siasatan. Anggaran kerugian juga belum dapat ditaksirkan.

Bangunan lain yang berhampiran asrama ini ialah rumah mudir Maahad Ash-Syifa' itu ustaz Ahmad Syarifuddin atau dikenali sebagai ustaz Din al-hafiz.

Masjid Kg. Kolam...Kejadian berlaku semasa para pelajar sedang solat isya' berjemaah di masjid ini yang terletak di depan tempat kejadian....
* Maaflah...gambar diambil menggunakan handphone..lupa bawa kamera....
* Bersama kita menyumbang untuk meringankan beban...semoga diberkati dan dirahmati Allah...
Allah berfirman dalam al-Quran :“Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al-Baqarah: 261)
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki." (Saba': 39)
“Ketika anak cucu Adam meninggal, maka amalnya akan terputus kecuali tiga perkara; sedekah jariyah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya." (HR. Muslim, dari riwayat Abu Hurairah).
Kepada sesiapa yang sudi menyumbang untuk meringankan beban untuk pondok dan pelajar-pelajar yang tinggal sehelai sepinggang boleh menyalurkan sumbangan dan bantuan melalui akaun ini :
Ma'had Tahfiz Darus Syifaa'
Ahmad Syarifuddin Bin Ibrahim @ Muda
CIMB : 13010004944202
No H/P : 0139870870
Ini adalah komitmen kita sendiri di dalam usaha membantu kesukaran dan musibah yang menimpa ke atas Maahad Ash-Syifa' .

1 ulasan: on "Sumbangan Derma Kebakaran Pondok Maahad Ash-Syifa'"
salam sdr naim. mohon share di laman fb kawe. 10q.
Catat Ulasan