Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Isnin, 13 Januari 2014

Pakej Haji PJH dan Tarikh Penerbangan Haji 1435H / 2014M



PAKEJ HAJI PJH 2014M / 1435H

PAKEJ
PENGINAPAN DAN JARAK DARI MASJID
MAKKAH
MADINAH
HARGA
JAWHARAT MISFALAH @ Setaraf
350 meter dari Masjidil Haram
AL-FAYROZ SEASON @ Setaraf
200 meter dari Masjid Nabawi
RM 29,500.00
6-7 Orang Sebilik
(Bilik air di dalam)
6-7 Orang Sebilik
(Bilik air di dalam)
RM 31,500.00
4-5 Orang Sebilik
(Bilik air di dalam)
4-5 Orang Sebilik
(Bilik air di dalam)
RM 36,500.00
3 Orang Sebilik
(Bilik air di dalam)
3 Orang Sebilik
(Bilik air di dalam)
RM 39,500.00
2 Orang Sebilik
(Bilik air di dalam)
2 Orang Sebilik
(Bilik air di dalam)

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN HAJI
Tarikh tutup pendaftaran bagi tahun ini adalah pada 26 Jun 2014. Sila daftar segera. Tempat adalah Terhad.

HARGA PAKEJ HAJI
Harga Pakej Haji di atas adalah TERMASUK Bayaran Haji sebanyak RM 7,760 (anggaran berdasarkan 2013 dan tertakluk kepada perubahan)

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN

1.  SAJIAN MAKANAN - Masakan Melayu (Buffet 3 kali sehari) disediakan di tempat penginapan Makkah dan Madinah.

2.  PEMBIMBING - Bimbingan berterusan oleh Guru Agama yang berpengalaman dan bertauliah.

3.  KURSUS HAJI - Kursus Haji di Tanah Air. Ulangkaji Haji  & Umrah di Tanah Suci.

4.  UMRAH - 7 kali percuma.

5.  CENDERAHATI - Beg Pakaian, Beg  Sandang, Beg Bimbit, Kain Ihram, Telekung, Buku Panduan Haji, Uncang Kasut.

6.  ZIARAH - Makkah dan Madinah

7.  PETUGAS - Berpengalaman luas dalam mengendali pengurusan Haji dari Malaysia dan tempatan.

8.  ARAFAH & MINA - Khemah, makanan/minuman dan kenderaan disediakan oleh pihak Muassasah Asia Tenggara.



IBADAH haji merupakan rukun Islam kelima. Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad s.a.w. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Ibrahim a.s. Ia mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah.

Haji adalah salah satu rukun Islam. Ia disenaraikan bersama dengan mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan. Kefarduannya jelas berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 97 bermaksud:
(Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar akan kewajipan ibadaht haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk).

Manakala sabda Baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Islam itu dibina atas lima perkara: Kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa (pada bulan) Ramadan). (Riwayat Muttafaq Alaih).

Lantaran itu, jelas di sini bahawa ibadah haji wajib ke atas setiap Muslim, baligh, berakal, merdeka, aman perjalanan dan berkemampuan. Satu syarat tambahan untuk wanita iaitu adanya mahram bersamanya.

TARIKH PENERBANGAN HAJI

Lazimnya penerbangan ke Tanah Suci akan bermula pada 1 Zulkaedah tahun semasa sehingga 3 Zulhijjah. Manakala penerbangan balik dijangka bermula pada 16 Zulhijjah sehingga 15 Muharram.

Maklumat Penerbangan Jemaah Haji Musim Tahun Semasa

Untuk mendapatkan maklumat penerbangan jemaah haji bagi musim haji semasa, sila hubungi TH Contact Center (THCC) di talian 03 - 6207 1919.

Lokasi Penerbangan

Kelompok keluarga berdasarkan peruntukan, penerbangan (KT) adalah berdasarkan kepada kumpulan keluarga (mahram) yang dinamakan semasa pendaftaran haji dan senarai yang menyusul jika ada.

Surat Jadual Penerbangan (SJP)

Setiap bakal haji yang terpilih dan pergi secara biasa (Muassasah) surat jadual penerbangan (SJP) akan di hantar oleh TH, manakala bakal haji yang memilih perkhidmatan anjuran Pakej THTS dan PJH, surat jadual penerbangan (SJP) akan dihantar oleh pihak penganjur.

Jadual penerbangan haji akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan surat jadual penerbangan (SJP) dan pengesahan kereta haji. Lazimnya SJP akan dapat dikeluarkan selewat-lewatnya 15 Syawal. Stesen-stesen perlepasan adalah seperti berikut:

BIL
 STESEN-STESEN PERLEPASAN
1.
 Kompleks Haji & TH Hotel Kelana Jaya
2.
 Kompleks Haji & TH Hotel Penang
3.
 Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai
4.
 TH Hotel Kota Kinabalu
5.
 Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching
6.
 TH Hotel & Convention Centre Terengganu
7.
 TH Hotel & Convention Centre Alor Setar


PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH

Haji diwajibkan ke atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud :

وَأَتِمُّواْ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِ

Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah

Dalil

Seorang wanita bertanya Nabi saw tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan Haji. Nabi S.A.W berkata kepada wanita tersebut,

“Tunaikanlah Haji bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat An-Nasaie).

Syarat Orang Yang Mengerjakan Upah Haji

Orang yang melaksanakan haji badal / upah haji disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak.

Dalil

Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., Bahawa Rasulullah S.A.W. mendengar seorang laki-laki berkata, "Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah." Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?" Ia menjawab, "Belum." Beliau bersabda, "Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah."

Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
IBU PEJABAT

No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline   : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog  : www.badalhaji1.blogspot.com /
                www.badalhaji2u.blogspot.com
Email      : raudhah.umrahajj@gmail.com

Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
Pengurus HQ                  
H/P : 013-212 7799


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 ulasan: on "Pakej Haji PJH dan Tarikh Penerbangan Haji 1435H / 2014M"

ABK HGC berkata...

Menawarkan Ground Haji VIP dan Umrah 2015 / 1436H

Untuk maklumat lanjut layari www.abkhgc.com

Catat Ulasan