Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 29 Julai 2011

Lafaz Niat Sebulan Ramadhan

Bulan Sya’ban dah hampir tiba ke penghujungnya dan 3 hari lagi umat Islam bakal menyambut kehadiran Ramadhan Al – Mubarak. Tahun ini juga tahun kedua kami sekeluarga tidak menyambut Ramadhann bersama bonda tercinta Kalsom Binti Daud, Allahyarhamah meninggal dunia pada 14hb September 2009 / 24 Ramadhan 1430 Hijrah, Hari Isnin Jam 5.00 pagi seminggu sebelum Hari Raya Puasa. Jadi sama-sama ingat kembali lafaz niat puasa ramadhan jika terlupa dan kelebihan-kelebihan yang bakal diperolehi oleh kita umat Islam di bulan Ramadhan nanti.

Lafaz niat untuk sebulan :

niat puasa sebulan

Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

Lafaz niat untuk harian :

niat harian puasa ramadhan

Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Lafaz doa ketika hendak berbuka :

lafaz doa berbuka di bulan ramadhan

Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Lafaz doa selepas berbuka puasa :

doa selepas berbuka puasa

Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Ramadhan merupakan bulan yang diberikan begitu banyak ganjaran dan nikmat oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya.Setiap tahun hampir ketibaan bulan Ramadhan di perantauan memang aku perhatikan suasananya berlainan dan disambut meriah, serupa macam nak hari raya Aidilfitri. Biasanya setiap tahun aku sambut Ramadhan di rumah bujang bertiga, tahun ni sedikit berbeza sebab salah seorang geng bujang aku dah menikah 2 Julai 2011 lepas, setiap tahun jugalah aku beli makanan di Bazaar Ramadhan di Ampangan Seremban / Perkarangan Stadium Paroi dan waktu bersahur sekadar makan buah kurma dengan minum air kosong, pastu sambung tidur balik. Beginilah kehidupan bujangku setiap tahun, tengok kiri kanan jeles plak orang lain bawa isteri dan anak2. Apalah nasib badan JODOH belum sampai, jika ada pasangan pun macam2 dugaan yang ada sampai terputus tengah jalan.

Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :

  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

Terdapat banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.

Jadi sama-sama kita saling ingat-mengingati, memohon keampunan Ilahi atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Jangan leka sangat dengan persiapan hari raya, raikan juga ramadhan ini sebaiknya.

Selamat menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. :)


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Lafaz Niat Sebulan Ramadhan"

Catat Ulasan