Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 29 Julai 2011

ATM - PDRM : Latihan polis dan tentera kemuncak kejayaan


SEBAHAGIAN pelatih tentera dan polis yang tamat latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson.


TELUK KEMANG - Pemikiran Strategi Laut Biru bakal memperlihatkan kesannya apabila kursus bersama melibatkan anggota polis dan tentera yang diadakan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson di sini tamat pada Sabtu ini.

Malah, majlis tamat latihan melibatkan 2,107 orang perajurit muda Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 984 konstabel polis itu akan lebih bermakna apabila ia akan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beberapa pelatih yang ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini memberitahu, latihan bersama ini memberikan dimensi baru serta perakuan bahawa polis dan tentera boleh menjadi satu entiti dalam tugas menjaga keamanan negara.

Perajurit muda, Gim Kuei Hoong, 19, berkata, pada awal latihan dia merasa janggal kerana perlu berkawad dengan konstabel polis.

"Cara 'hukuman' dan arahan ketika berkawad berbeza antara polis dan tentera. Namun selepas perbincangan dan latihan bersama, ia akhirnya dapat diatasi dengan semangat cintakan negara," katanya ketika ditemui menjelang beberapa hari sebelum majlis tamat latihan itu baru-baru ini.

Latihan bersama antara anggota ATM dan PDRM adalah lanjutan daripada Pelan Strategik Lima Tahun PDRM pada tahun 2007 untuk menambah bilangan anggotanya sehingga mencapai kekuatan 150,000 pada awal tahun 2011.

Menerusi latihan pertama ini, seramai 3,091 pelatih melibatkan anggota polis dan tentera menjalani latihan secara bersama di beberapa pusat latihan polis dan tentera.

Kuei Hoong berkata, program ini sesuatu yang unik dan tidak pernah dilakukan di negara lain, malahan Malaysia mendahului program keselamatan, latihan dan kursus bersama ini.

Rakannya, R. Aswini, 19, pula memberitahu, hubungan antara tentera dan polis yang dahulunya renggang kerana faktor ego dan kerahsiaan sendiri, kini menjadi lebih akrab dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

"Kini kami lebih memahami kehendak tugas seorang anggota polis dan mereka juga lebih memahami tuntutan tugas seorang anggota tentera," katanya.

Seorang lagi perajurit muda, Mohd. Nur Amirul Muntil, 20, menjelaskan, dia gembira kerana terpilih menjalani latihan bersama pasukan polis.

"Sebelum ini, saya hanya melihat dari jauh anggota polis bertugas dan dengan tamat latihan bersama ini, kami dapat membina disiplin bersama, memahani tugas masing-masing dan paling utama, negara ini dijaga dari segala bentuk ancaman," ujarnya.

Dalam pada itu, konstabel polis, Chee Seong Khoon, 24, memberitahu, hubungan rapat sewaktu latihan pastinya berkekalan sampai bila-bila.

"Program ini memberi impak positif dan satu hubungan berpanjangan. Saya optimis, anggota yang menjalani latihan bersama ini akan menjadi sahabat akrab selepas ini," katanya.

Seorang lagi konstabel, Md. Khairul Razee Ramli, 25, berkata, program ini satu perubahan yang bagus kerana ia membina kematangan dan keperibadian polis dan tentera secara serentak.

"Elemen ini satu subjek yang tidak terlintas di fikiran kita, tetapi direalisasikan melalui Pemikiran Strategi Laut Biru. Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menjadikan ia realiti," katanya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "ATM - PDRM : Latihan polis dan tentera kemuncak kejayaan"

Catat Ulasan