Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 26 Julai 2011

ATM : Bakal pesara tentera dijadikan 'modal insan panas'

KUALA LUMPUR 25 Julai - Kementerian Pertahanan bercadang mahu menjadikan anggota tentera yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai 'modal insan panas' sehingga kepakaran mereka ditempah tiga tahun lebih awal oleh pihak swasta sebelum bersara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sehubungan itu, berkata, pihaknya bercadang untuk memanjangkan tempoh latihan bagi memastikan bakal pesara tentera memperoleh kelayakan serta kepakaran sewajarnya untuk memulakan kerjaya baru.

"Kita mahu menjadi seperti Amerika Syarikat, tentera mereka yang bakal bersara ditempah tiga tahun lebih awal sebelum tamat perkhidmatan. Kita mahu anggota tentera kita pun mendapat layanan yang sama daripada syarikat-syarikat swasta," katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) antara Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat) dengan enam syarikat swasta bagi tujuan latihan kepada bakal pesara tentera.

Turut hadir Pengerusi Perhebat, Tan Sri Ilyas Din.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, buat masa ini bakal pesara tentera diberi latihan selama enam hingga 18 bulan sebelum tamat perkhidmatan, tetapi perkembangan semasa menuntut mereka diberi latihan lebih lama bagi mendapat peluang pekerjaan lebih baik.

Ditanya mengenai kejayaan program latihan yang dianjurkan Perhebat sebelum ini, beliau berkata, penerimaan pihak swasta untuk menyerap pesara tentera ke dalam syarikat mereka, khususnya yang berkaitan industri pertahanan meningkat dengan mendadak.

Umpamanya jelas beliau, syarikat pertahanan tempatan, Boustead Naval Shipyard sahaja memerlukan sekurang-kurangnya 3,000 pengimpal kapal berkepakaran tinggi tetapi buat masa ini, Perhebat hanya mampu menyediakan 300 pesara tentera sahaja.

"Ertinya permintaan terhadap tenaga bakal pesara tentera itu tinggi cuma kita yang tidak mampu mengeluarkan sejumlah ramai tenaga mahir pada satu-satu masa. Maka melalui perjanjian hari ini kita berharap Perhebat mampu memenuhi keperluan pasaran," katanya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "ATM : Bakal pesara tentera dijadikan 'modal insan panas'"

Catat Ulasan