Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 29 Julai 2011

PDRM : Arman berbakti 25 tahun dalam PGA


KETIKA menjalani latihan di Pusat Latihan Polis Jalan Semarak.


"Saya memilih kerjaya polis bukan kerana minat. Sebaliknya, saya menganggap bidang polis ini sebagai pilihan utama atas dasar tanggungjawab untuk menjaga keamanan negara dan ketenteraman rakyat."

Begitulah kata-kata Sarjan Arman Isa, 52, semasa ditemui Gaya Polis sebaik sahaja selesai menjalankan tugas hariannya sebagai Penolong Pegawai Penyiasat di Balai Polis Trafik Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Walaupun bertugas lebih 13 jam namun beliau masih bertenaga dan tetap bersemangat untuk berkongsi pengalamannya sejak mula berkhidmat sebagai polis.

Anak kelahiran Kampung Gebok, Mantin di Negeri Sembilan itu berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak tahun 1980.

Sepanjang bertugas dalam pasukan itu, pengalamannya banyak diperolehi sewaktu berkhidmat di Pasukan Polis Hutan yang kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am (PGA).

Oleh sebab itu, beliau lebih banyak dan gemar menceritakan pengalamannya semasa bertugas di dalam PGA.

"Saya telah berkhidmat di dalam pasukan tersebut dalam tempoh 25 tahun sebelum bertukar ke bahagian trafik," katanya.

Beliau memberitahu, peranan utama PGA adalah membanteras semua jenis ancaman ke atas ketenteraman awam, keganasan dan pemberontakan bersenjata yang dilakukan oleh sesuatu pergerakan di negara ini.

"Pada dasarnya pasukan ini dibentuk untuk menjalankan peranan sebagai anggota keselamatan yang bertugas di hutan rimba, pantai, pulau-pulau, kawasan terpencil, luar bandar dan sempadan negara.

"Bagaimanapun kami turut membantu di bahagian penguatkuasaan lain sekiranya bantuan anggota PGA diperlukan," katanya.

Mereka akan ditugaskan untuk mengepung dan membanteras penjenayah yang bersembunyi di kawasan-kawasan seperti hutan belantara.

"Kami juga bertindak menghalang kemasukan secara haram ke negara ini bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin," ujarnya lagi.

Beliau memberitahu, dia bertugas di Kompeni Infantri selama 12 tahun sejak tahun 1984 sebelum bertukar di cawangan unit risikan selama 13 tahun.

Menurut Arman, semasa berada di Kompeni Infantri, dia banyak menjalankan tugasan di kawasan hutan.

"Di hutan, saya bersama anggota yang lain berkhemah di dalam hutan tidak lebih tiga bulan bagi mengawasi keadaan, menjejaki dan mencari sekiranya terdapat unsur-unsur bahaya yang di bawa oleh anasir luar," katanya.

Selepas ditukarkan bahagian risikan, peranan Arman di PGA semakin mencabar apabila dia mula melakukan aktiviti penyamaran bagi menyiasat sesuatu kes yang melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) mahupun sebarang aktiviti penyeludupan.

"Tugasan saya banyak kepada siasatan mengenai kemasukan PATI, penyeludupan dan sindiket pemalsuan dokumen," katanya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "PDRM : Arman berbakti 25 tahun dalam PGA"

Catat Ulasan