Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 29 Julai 2011

Hadis 1 : Fadhilat Ramadhan



Hazrat Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'aban: ( Terjemahan )

'Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam ( Lailatul- Qadr ) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah s.w.t. telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya ( bertarawih ) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.

Ia adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dan neraka dan dia mendapat ganjara puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjarannya. Sahabat-sahabat r.a. lalu berkata : 'Tidaklah setiap dari kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka'. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : 'Allah s.w.t. memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka'.

Ia adalah satu bulan yang bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya ( pekerja-pekerjanya ) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan dari azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamnu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah s.w.t. dan kamu memohon istighfar daripada-Nya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah dan meminta perlindungan dari api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah s.w.t. akan memberinya minum dari telagaku ( pada hari kiamat ), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dlam syurga '.

Huraian ringkas :

Terdapat banyak perkara yang jika dihuraikan di sini, maka ia akan menjadi amat panjang sekali. Tetapi apa yang saya ingin huraikan satu perkara yang penting iaitu tentang ' sikap pengorbanan ' yang mesti ada dalam diri kita untuk membantu orang-orang Islam yang lain yang memerlukan pertolongan kita. Pertolongan dan pengorbanan ini mestilah kita berikan kepada masyarakat kita terutamanya yang menghadapi kesengsaraan hidup, sama ada si miskin, si fakir, anak yatim, balu-balu dan semua golongan yang tertindas. Mari kita mengambil ikhtibar dari kisah sahabat sebagai renungan dan panduan kita.

Abu Jahm r.a. berkata: ' Semasa peperangan Yarmuk, saya telah keluar untuk mencari saudara sepupu saya. Saya telah membawa bersama sebekas air kerana memikirkan kalau dia masih hidup, saya akan memberikannya air dan akan membasuh tangan dan mulutnya. Secara kebetulan saya telah menemuinya dalam keadaan terlantar. Saya telah bertanya jika beliau memerlukan air dan beliau telah memintanya dengan isyarat. Dalam pada itu seorang yang tercedera di sebelahnya telah mengerang kesakitan. Sepupu saya telah mengisyaratkan supaya saya pergi kepadanya sebelum beliau sendiri sempat minum. Saya telah pergi ke sisinya dan bertanya kepada beliau. Dalam pada waktu itu pula seorang yang berada di sebelahnya telah memberi isyarat. Sahabat yang kedua itu pun telah mengisyaratkan supaya saya pergi kepada sahabat yang ketiga sebelum beliau sendiri sempat minum air. Semasa saya tiba di sisinya, rohnya telah melayang. Saya kembali kepda sahabat yang kedua, beliau juga telah meninggal, lalu saya kembali kepada saudara sepupu saya dan mendapati beliau juga telah meninggal dunia'.

Semoga pengajaran dari kisah dan hadis ini dapat menjadikan kita seperti sifat ithar salafussolihin yang sanggup berkorban demi Islam dan muslim itu sendiri.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Hadis 1 : Fadhilat Ramadhan"

Catat Ulasan