Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 10 Mei 2011

WWII : Pendaratan Jepun di Tanah Melayu




(Royal Engineers) bersedia bagi memusnahkan jambatan semasa berundur.

Tempoh antara waktu konvoi Jepun berlepas dari Saigon, Indochina Perancis menuju ke arah selatan pada 6 Disember 1941 sehingga pendaratannya di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Disember 1941 cuma mengambil masa tiga hari. Mitos keunggulan ketenteraan British di Timur Jauh dimusnahkan dalam tempoh 69 hari sewaktu Singapura, yang merupakan pusat pangkalan Tentera British di Timur Jauh, melutut kepada kekuatan pihak Jepun pada 15 Februari 1942.

6 Disember 1941

Sabtu, 6 Disember 1941, pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat, yang membawa perutusan penting, masuk ke persidangan di Manila, Filipina antara Laksamana Thomas C. Hart, pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic Fleet), dan Laksamana Sir Thomas Phillips, pemerintah Tentera Laut British, Timur Jauh.

Sebuah pesawat peninjau Lockheed Hudson Australia yang berpangkalan di lapangan terbang Tanah Melayu terjumpa konvoi Jepun yang berlepas dari Saigon, Indochina Perancis. Komander pesawat tersebut, Pegawai Penerbangan Ramshaw, melaporkan pada mulanya hanya tiga buah kapal belayar, diikuti selepas itu oleh sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut lain. Angkatan itu diiringi oleh sebuah kapal tempur, lima buah penjajap dan tujuh buah kapal pembinasa (Ramshaw tersilap melaporkan kapal penjajap berat sebagai kapal tempur). Pada pendapatnya, kapal-kapal tersebut tengah menuju ke arah Thailand yang berkecuali, atau ke Tanah Melayu.

Ini merupakan isyarat yang amat jelas kepada kedua-dua laksamana bahawa perang akan meletus. Kedua-dua laksamana itu bertindak dengan segera. Empat buah kapal pembinasa Amerika Syarikat di Balikpapan menerima arahan agar belayar ke laut lepas, sementara Laksamana Muda Arthur E.F. Palliser dan Panglima Besar Phillips menerima arahan agar memerintah HMS Repulse untuk membatalkan pelayarannya ke Darwin, Australia, dan kembali ke Singapura secepat mungkin. Lebih banyak perutusan mengenai konvoi Jepun tiba. Pesawat British diperintahkan agar melakukan lebih banyak penerbangan peninjauan lanjut, tetapi pihak Jepun bernasib baik pada hari itu kerana cuaca buruk menghalang pesawat British daripada berlepas. Pada pukul 7 petang, angkatan penjajahan Jepun bertukar arah dan belayar ke utara menujui Teluk Siam.

7 Disember 1941

Pasukan penyerang utama Jepun bagi penjajahan Tanah Melayu, Tentera Ke-25 di bawah pimpinan Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita, telah belayar daripada Pelabuhan Samah di Pulau Hainan pada 4 Disember 1941. Kapal tambahan yang membawa lebih banyak tentera bergabung dengan konvoi dari Saigon, Indochina Perancis. Pada kedua-dua hari 6 dan 7 Disember, pesawat Lockheed Hudson yang diterbangkan oleh Skuadron No.1 RAAF, Kota Bharu, dan Skuadron No.8 RAAF, Kuantan, menjumpai dan cuba mengekori kapal-kapal ini.

Pada 7 Disember, bot terbang PBY Catalina dari Skuadron No. 205 RAF yang diketuai oleh Pegawai Penerbangan Bedell, ditembak jatuh oleh pesawat Jepun semasa cuba memantau kemajuan angkatan Jepun. Pegawai Penerbangan Bedell dan anak-anak kapalnya menjadi korban Pihak Berikat pertama dalam peperangan menentangi Empayar Jepun. Pada pukul 10.00 malam., konvoi penjajahan Jepun berpecah ke arah kedudukan pendaratan yang telah diatur sebelumnya. Peperangan di Pasifik hampir bermula.

8 Disember 1941

Leftenan-Jeneral Yamashita, Komander tentera Jepun ke-25
Leftenan-Jeneral Percival, Pegawai Jeneral Pemerintah Tanah Melayu pada masa penjajahan Jepun pada Disember 1941

Pada pukul 10.30 petang, persidangan ketua Pemerintah Tanah Melayu (Malaya Command) diadakan di Bilik Perang Pangkalan Tentera Laut di Singapura. Marsyal Udara Sir Robert Brooke-Popham, pegawai pemerintah kesemua pasukan British di Timur Jauh, teragak-agak untuk melancarkan Operasi Matador — penawanan Thailand Utara. Beliau memutuskan untuk melewatkan operasi tersebut, sekurang-kurangnya bagi malam itu. Ini kerana sekiranya beliau silap, ini akan mencetuskan perang dengan Thailand. Sebaliknya sekiranya beliau terbukti benar, tentera Thailand masih mungkin menentang kemaraan tentera British, dan persiapan logistik tentera British untuk bergerak masih belum bersedia sepenuhnya. Sejurus selepas tengah malam pada 7/8 Disember, sekumpulan pengawal India di Kota Bharu ternampak tiga bayangan besar, kapal pengangkut IJN: Awajisan Maru, Ayatosan Maru, dan Sakura Maru berlabuh sekitar 3 kilometer dari pantai Kota Bharu. Kapal-kapal tersebut membawa sekitar 5,200 orang askar daripada Detasmen Takumi, diketuai oleh Mejar Jeneral Hiroshi Takumi yang berada di atas kapal pengangkut IJN Awajisan Maru. Sebahagian besar daripada mereka merupakan bekas perajurit, yang pernah melalui beberapa bulan latihan lasak dan pertempuran di dalam hutan China. Tentera tersebut terdiri daripada:

* Rejimen Infantri Ke-56 (Kolonel Yoshio Nasu, di atas kapal pengangkut IJN Sakura Maru)
* sepasukan daripada Rejimen Meriam Gunung Ke-18 (Leftenan Kolonel Katsutoshi Takasu)
* Rejimen Kejuruteraan Ke-12 (Leftenan Kolonel Ichie Fujii)
* Divisyen Unit Isyarat Ke-18
* satu kompeni Rejimen Pengangkutan Ke-12
* satu kompeni Divisyen Unit Perubatan Ke-18
* Hospital Lapangan No. 2 daripada Divisyen Unit Perubatan Ke 18.

Mereka diiringi oleh angkatan pengiring yang kuat (Pasukan Penjajah Kota Bharu) di bawah pemerintahan Laksamana Muda Shintaro Hashimoto. Pasukan Penjajah Kota Bharu terdiri daripada penjajap ringan Sendai, kapal pembinasa Ayanami, Isonami, Shikinami, dan Uranami, kapal penyapu periuk api No. 2 dan No. 3, serta pemburu kapal selam No. 9.
Meriam yang digunakan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia II di Tanah Melayu.

Beberapa saat kemudian, pengawal pantai mendengar peluru meriam berterbangan di atas kepala mereka. Perang Dunia II di Pasifik telah bermula, semasa pesawat Jepun dari kapal induk Nagumo masih lagi dalam perjalanan bagi menyerang Pearl Harbor.

Pesawat pendarat mulai dilepaskan sebaik sahaja kapal pengangkut berlabuh. Angin yang kuat dan laut bergelora menyukarkan operasi dan beberapa kapal kecil terbalik dan menyebabkan beberapa tentera Jepun lemas.

Sungguhpun berhadapan dengan kesukaran sedemikian pada jam 12.45 pagi, gelombang pertama kapal pendarat yang mengangkut tentera di bawah pimpinan Kolonel Masu menghala ke pantai dalam empat baris.

Briged Infantri India Ke-8 yang diketuai oleh Brigadier B.W. Key, sebahagian Divisyen Infantri British-India Ke-9, merupakan pasukan pertahanan utama di Kota Bharu, disokong oleh Pasukan Meriam Gunung Ke-21 yang terdiri daripada empat laras meriam katak 3.7 inci (Mejar J.B. Soper).

Sebatalion Dogras Ke-3/17 bertanggungjawab mengawal sepuluh batu perbatasan Pantai Dasar Sabak yang termasuk dalam matlamat pendaratan Jepun. Tentera tersebut telah memasang periuk api dan kawat duri serta membina beberapa kubu kecil.

Mereka disokong oleh Pasukan Meriam Lapangan Ke-73 daripada Rejimen Lapangan Ke-5, bersebelahan dengan lapangan terbang. Inilah detik-detik permulaan bagi Penjajahan Jepun di Tanah Melayu.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "WWII : Pendaratan Jepun di Tanah Melayu"

Catat Ulasan