Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 11 Mei 2011

Mesingan ringan FN MINIMI PARA LMG

Pasukan elit 10 Briged Para Tentera Darat Malaysia menggunakan mesingan Minimi versi standard.

FN Minimi
M249mg.jpg
Mesingan FN Minimi
Jenis Mesingan ringan
Asal Belgium
Sejarah perkhidmatan
Digunakan oleh Australia, Amerika Syarikat, Belgium, Kanada, Itali, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Thailand, Sweden
Sejarah pengeluaran
Pereka Ernest Vervier
Tarikh cipta 1974
Pengeluar FN Herstal
Variasi See variants
Spesifikasi
Berat 6.85 kg (model Standard)
6.56 kg (model Para)
5.32 kg (model kenderaan)
Panjang 1040 mm (model Standard)
914 mm dengan udi berlipat / 766 mm dengan udi tetap (Para model)
793 mm tanpa udi (model kenderaan)
Panjang laras 465 mm
349 mm (Para model)

Jenis Peluru

Tindakan
5.56 x 45 mm NATO

Sistem gas, bolt berputar
Kadar tembakan 700-1000 butir/min
Kederasan peluru 925 m/s
866 m/s (model Para)
Jarak berkesan 300-1000 m pejera mudah alih
Sistem suapan 200-butir M27 rangkaian peluru, 20/30/40-butir kelopak STANAG
Pejera Rear aperture, front post

FN Minimi adalah selaras mesingan ringan buatan firma persenjataan Fabrique Nationale de HERSTAL dari Belgium yang paling prolifik pada ketika ini dan digunakan dengan meluas secara global. Sistem yang diperkenalkan oleh Ernest Vervier pada tahun 1974, kini telah digunakan secara meluas oleh angkatan-angkatan bersenjata seluruh dunia. Minimi mempunyai tiga versi, terdiri daripada model Standard (bagi kegunaan platun atau skuad senjata bantuan), model Para (untuk digunakan oleh krew kereta perisai, juruterbang helikopter dan unit payung terjun) dan model Vehicle (bagi kegunaan kenderaan tempur).

Rekabentuknya banyak mempunyai persamaan dengan sistem MGKA yang terbukti keberkesanannya, iaitu mesingan FN MAG berkaliber 7.62 x 51mm. Sistem kitaran mekanikalnya menggunakan piston yang ditolak ke belakang oleh tekanan gas melalui sistem pengatur gas yang mempunyai dua kedudukan. Sistem kuncian bolt adalah secara putaran. Apabila penembakan berlaku tendangan gas ke belakang akan memasuki tiub dan menolak piston ke belakang yang juga akan cuba menolak perumah bolt bersamanya. Walaupun demikian dalam keadaan ini bolt akan tetap terkunci pada pangkal laras, sehinggalah kuncian putaran antara bolt dan perumah terbuka. Senjata ini yang mempunyai pengubah manual ke atas pengatur gas ini memiliki dua posisi, iaitu posisi normal dan posisi yang kurang baik. Posisi kurang baik ini mempertingkatkan kadar kitaran dan mampu digunakan di dalam keadaan persekitaran extreme atau di mana halangan berat yang terdedah di dalam tiub gas senjata. Penolak spring berada di dalam bolt, semasa suis penanggal yang senget ini mengawal di dalam perumah receiver. MINIMI adalah senjata penyerang dan peranan bolt senjata itu bertindak sebagai mekanisma serangan.

Senjata menggunakan dwi pengisian yang terdiri daripada rangakaian amunisi M27, sama ada penggunaan bekas khas rangkaian amunisi atau tanpa bekas khas (dengan berkapasiti 200-butir, diperbuat daripada polimer sintetik), dipasangkan pada bahagian receiver atau bahagian kelopak STANAG, boleh digunakan dengan kelopak raifal 5.56 mm NATO seperti kelopak M16 dan FNC. Rangkaian amunisi boleh dimasukkan di dalam dulang suapan, iaitu kelopak khas yang dipasangkan di bahagian bawah perumah kelopak. Tambahan pula, kelopak yang dimasukkan di dalam perumah kelopak akan mengelakkan rangkaian peluru dimasukkan serentak. Mekanisme pada jenis dulang suapan adalah sistem yang ada pada mesingan berat FN MAG.

Laras yang digunakan pada senjata ini mempunyai kapasiti kepanasan yang kuat, bersifat chrome-lined rifled bore dan direka dalam dua versi: dengan kadar putaran berukuran 178 mm (digunakan secara stabil dengan katrij Belgian 5.56 x 45 mm SS109) dan putaran 305 mm (untuk kegunaan amunisi American M193). Laras senjata ini boleh ditukar dengan pantas; dilengkapi dengan slot pengadang cahaya dan mencantumkan tangkai pemegang, digunakan didalam kenderaan dan mampu menukar keluar laras yang panas.

Versi standard mesingan ringan mempunyai laras sepanjang 465 mm dan udi kerangka aluminium dengan tali sling yang boleh disangkutkan dengan bahu, versi Para – menggunakan laras 349 mm dan udi teleskop logam, manakala model Vehicle mampunyai laras 465 mm dan tidak mempunyai udi atau pejera logam.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Mesingan ringan FN MINIMI PARA LMG"

Catat Ulasan