Bangkok, 11 Mei 11 – Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin mengunjungi Menteri Pertahanan Thailand, Jen Prawit Wongsun di Kementerian Pertahanan di sini semasa dalam sesi lawatan rasmi beliau ke Thailand.
Acara kunjungan hormat ini merupakan salah satu acara bersempena Lawatan Rasmi PTD ke Thailand untuk menerima Anugerah ‘Distinguish Alumnus’ dari Royal Thai Army Command and General Staff College. Pertemuan PTD bersama Menteri Pertahanan Thailand yang berlangsung selama 30 minit adalah sebagai platform untuk meningkatkan lagi hubungan mesra antara tentera kedua-dua negara. Turut hadir ialah Penasihat Pertahanan Kedutaan Malaysia di Thailand, Brig Jen Dato’ Azmy bin Hj Yahya.
0 ulasan: on "Kunjungan Hormat Kepada Menteri Pertahanan Thailand"
Catat Ulasan