Markas Tentera Darat telah menerima tetamu luar negara yang dianggap sebagai tetamu yang amat istimewa. Mereka merupakan sekumpulan 25 bekas pegawai tentera British dan ahli keluarga yang bertanggungjawab melatih kumpulan pertama anak watan Sarawak berbangsa Iban menyertai Rejimen Renjer DiRaja.
Kehadiran mereka ini dianjurkan oleh JK Bekas Renjer Sarawak (berpengkalan di Kuching) dan ditaja sepenuhnya oleh sebuah organisasi di mana yang pengerusinya merupakan salah seorang bekas pegawai RRD. Objektif penganjuran acara ini yang bermula mulai 28 Apr hingga 2 Mei 11 di antaranya adalah:
- Menghargai perintis-perintis yang berjaya menubuhkan Batalion Pertama Rejimen Renjer, di mana sehingga kini RRD berkembang kepada 10 batalion.
- Memberi peluang kepada semua bekas anggota 1 RRD berkhidmat di antara 1963 hingga 1967 berkumpul semula di suatu majlis yang dirancang khusus.
- Memberi peluang kepada pihak Tentera Darat untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai sejarah Rejimen Renjer DiRaja atau mendapatkan maklumat tambahan yang boleh memperkukuhkan asas sejarah.
- Menghargai pengorbanan wira Renjer yang terkorban sewaktu menjalankan tugas operasi.
- Memperlihatkan kepada perintis 1 RRD mengenai perkembangan RRD khususnya dan TD amnya. Seramai 25 bekas pegawai British yang terdiri dari 16 bekas pegawai manakala selebihnya adalah isteri atau saudara kepada bekas pegawai yang pernah berkhidmat dengan Batalion Pertama Rejimen Renjer seawal tahun 1963 sehinggalah kerajaan British menyerahkan secara rasmi Batalion Pertama Renjer sebagai sebuah batalion yang berkeupayaan beroperasi sepenuhnya serta mengambil alih tanggungjawab menjaga kedaulatan negara.
Selain itu, JK bekas pegawai dan anggota RRD Kawasan Sarawak juga turut mengkordinasikan pergerakan bekas pegawai Renjer dari Semenanjung dan kira-kira lebih kurang 600 bekas anggota yang pernah berkhidmat dengan Batalion Pertama Renjer pada tahun 1963/1964.
TD juga turut menganjurkan satu majlis jamuan makan malam WIsma Perwira 3 Bgd. Acara diserikan dengan sambutan ketibaan deligasi dengan tarian ngajat seterusnya mereka berpeluang menyaksikan pameran yang disediakan khusus untuk mereka oleh pasukan 1 RRD.
Saat yang mengujakan adalah di mana semua deligasi dari UK, Semananjung dan Sarawak dikumpulkan di Amphi Theater bagi acara bergambar.
Di antara peristiwa lain yang mengejutkan para hadirin adalah pengumuman Tan Sri Ahmad Johan yang berprihatin menubuhkan Yayasan 1 Renjer dengan menyumbangkan dana sebanyak Ringgit Malaysia Satu Juta bagi aktiviti kebajikan bekas anggota yang pernah berkhidmat mulai tahun 1963 sehingga 1971.
Acara kemuncak kepada reunion merupakan majlis makan malam yang diadakan di Sarawak Chamber, Riverside Majistic Hotel. Di antara tetamu yang hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Dato’ Wira Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Brig Jen (K) Tan Sri Ahmad Johan TUDM dan Pengerusi RRD Mej Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar.
0 ulasan: on "Reunion 1 RRD"
Catat Ulasan