Kampar
'Tentera Jepun menggunakan askar-askar yang cukup berehat untuk melancarkan serangan baru ke arah perimeter pertahanan yang dikawal oleh Batalion British pada jam 7.00 p.m. Pertempuran sengit meletus dan berterusan, kadangkala menjadi cukup celaru. Tentera Jepun mempunyai kelebihan serangan bantuan rapat daripada pesawat-pesawat udara. Mereka juga mempunyai bantuan kereta kebal untuk menguatkan serangan mereka. Sekali lagi, bentuk rupa bumi dan juga penggunaan bedilan artileri yang tepat membolehkan pasukan British mempertahankan kedudukan mereka. Askar Jepun diserang dengan tembakan artileri semasa mereka berada di tanah lapang dan menyebabkan banyak korban.
Pasukan Argyll juga dapat mematahkan serangan demi serangan dari askar-askar Jepun. Menjelang malam, pertahanan Kampar masih dalam kawalan Tentera British.
2 Januari 1942
Hari keempat pertempuran melihatkan percubaan kegila-gilaan oleh Tentera Jepun untuk menawan kedudukan-kedudukan yang dipertahankan oleh Batalion British, tetapi percubaan ini sia-sia.
Sebuah Kompeni askar Sikh batalion 1/18 Rejimen Punjab menangkis serangan hebat askar-askar Jepun dengan cara membuat serbuan bayonet dengan bantuan dari tembakan meriam mortar dan tembakan mesingan . Hanya 30 orang anggota Kompeni askar Sikh itu terselamat tetapi kedudukan itu dapat dipertahankan.
Tetapi maklumat yang diterima oleh pemerintah pasukan British daripada Changkat Jong memberitahu bahawa Jepun sedang mengancam laluan utama pembekalan (Main Supply Route) dari arah selatan diancam oleh Tentera Jepun. Ini bermakna Tentera British perlu meninggalkan Kampar dan meninggalkan perkubuan-perkubuan yang telah menahan kemaraan Tentera Jepun selama 4 hari yang lepas. Menjelang tengah malam, pasukan British mula berundur ke kedudukan di belah selatan. Pasukan artileri British membuat bedilan hebat untuk menyembunyikan pengunduran askar-askar British.
Bedilan meriam ini disalah sangka oleh panglima-panglima Jepun yang menyangkakan bedilan meriam itu adalah selingan dan persiapan untuk suatu serangan balas oleh Tentera British. Selepas beberapa hari bertempur secara berterusan, Panglima Tentera Jepun buat pertama kali mempertimbangkan sama ada perlu untuk mereka berundur ataupun tidak memandangkan bilangan korban yang tinggi dialami oleh unit-unit tempur mereka. Kelegaan terasa apabila mereka mendapati bedilan itu sebenarnya helah British untuk mengaburi mata pihak Jepun mengenai pengunduran oleh Tentera British mulai tengah malam.
Singapura
Jen. Percival pulang ke Singapura dan disambut dengan berita bahawa Jepun telah membuat serangan dari arah laut di Kuala Selangor, 45 di selatan Sungai Bernam dengan menggunakan baj pendaratan (kebanyakan baj ini ditawan oleh pihak Jepun semasa menawan Pulau Pinang). Kuala Selangor hanyalah 60 batu jauhnya dari Kuala Lumpur, ibu negara Semenanjung Tanah Melayu dan Markas Gerakan III Kor India
Ipoh
Jen. Yamashita memindahkan markas medannya dari Taiping ke Ipoh .
Meriam 2 Pounder digunakan untuk memusnahkan kereta kebal Jepun
0 ulasan: on "WWII : Penaklukan Jepun di Tanah Melayu"
Catat Ulasan