BANGKOK - Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin kini dalam sesi lawatan rasmi ke Thailand selama 3 hari. Lawatan kali ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi persefahaman dan perhubungan dua hala dalam isu-isu berkaitan keselamatan dan pertahanan di antara dua buah negara.
Ketibaan PTD di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok disambut oleh Jeneral Wilas Aroonsri, Asisten Ketua Staf Perisikan Tentera Darat Diraja Thailand dan Penasihat Pertahanan Malaysia di Thailand, Brig Jen Dato’ Azmy bin Hj Yahya.
Semasa sesi lawatan ke Royal Thai Army Command and Staff College (RTA C & SC), PTD telah dianugerahkan sijil Distinguish Alumnus oleh Panglima Tentera Darat Diraja Thailand, Jeneral Prayut Chan-O-Cha dan nama PTD telah dipahat di Hall Of Fame kolej itu.
Pengiktirafan ini merupakan pengiktirafan kedua yang diterima oleh PTD selepas pengiktirafan Hall of Fame dari United States of America.
Terdahulu, PTD membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Tentera Darat Diraja Thailand, Jeneral Prayut Chan-O-Cha di Markas Tentera Darat Diraja Thailand.
0 ulasan: on "Pengiktirafan Kedua Hall of Fame Kepada PTD"
Catat Ulasan