Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 10 Mei 2011

Kempen Perang South West Pacific diketuai Gen. Douglas MacArthur

Misi utama adalah untuk menghapuskan base utama tentera jepun di Rabaul, New Britain Island di kepulauan New guinea yang mengandungi kekuatan 100 000 tentera jepun drp 8th Area Army of Southern Expeditionary Army Group.

Plannya adalah menyerang dr dua arah. Dimana MacArthur akan mengetuai pasukan yang akan menyerang dr timur laut perairan New Guinea dan Admiral William 'bull' Halsey akan mengetuai serangan dr Guadalcanal menerusi Solomon Islands dan terus ke Rabaul. Plan ini dinamakan Operation Cartwheel.

Pd 30 Jun 1943, serangan bermula dengan US 43rd infantry divisyen mendarat di kepulauan Solomon selepas 2 hari pengeboman ke atas pulau New Georgia. Objektinya ialah airfield di Munda. Untuk menawan airfield ni, US terpaksa menghadapi tentangan sengit drp pihak Jepun. Tembakan demi tembakan drp artileri hinggakan 150mm Howitzer pon tak mampu nak memaksa Jepun utk mengalah. Sebulan perang disini berlansung hingga ditamatkan dengan pengeboman airforce dr pihak berikat, barulah objektif complete.


Lieutenant Gen. Harukichi Hyakutake

Dah dapat Munda, kempen diteruskan di 2 post tentera Jepun di Kolobangara dan Bouganville. Bouganville adalah HQ 17th Army yg dipimpin oleh Lieutenant Gen. Harukichi Hyakutake. Adm. Bull Halsey bypass serangan ke atas Kolobangara (Dia kata Kolobangara takdak apa,ngabihkan boreh anak buah den yo) tapi dia memilih Bouganville. Nak masuk Bouganville, dia perlu neutralised kan pertahanan Jepun yg agak kejap jugak la di Pulau Vella Lavella. Lalu Adm. Halsey menghantar pasukannya yang terdiri drp tentera New Zealand dan US utk menyerang pertahanan Vella Lavella.


Fleet Admiral William Frederick Halsey, Jr.

2 bulan lepas tu pada awal november 1943, Adm. Halsey menghantar tenteranya menyerang Bouganville dr arah barat. Bouganville jatuh ke tangan US pada 26 November 1943, dan objektif timur utk operation Cartwheel telah pun complete di bawah arahan Adm. bull Halsey. Nanti kita tgk plak kempen pasukan Gen. MacArthur dr arah kepulauan New Guinea.

Kali ni pasukan yg diketuai sendiri oleh Gen. MacArthur dalam operasi Cartwheel dari arah kepulauan New Guinea.

Waktu yang sama operasi Cartwheel di sebelah timur yg diketuai oleh Adm. Bull Halsey, berlansung juga pergerakan pasukan Gen. MacArthur di New Guinea.


Peta New Guinea

Pd. awal 1943, tentera Australia 3rd Division yg punyai base di Wau, telah bertembung dgn tentera Jepun. Pertempuran sengit menjadikan tentera Australia hampir nak kecundang, namun diselamatkan oleh reinforcement airborne Australia yg drop pd saat2 akhir. Pertembungan dlm hutan ini memakan korban lebih kurang 200 tentera Australia. 3rd Division ni kemudiannya join dengan tentera US dlm operation Cartwheel pd April 1943.

Pd 26 April 1943, tentera australia meninggalkan base Wau dan bergerak sejauh 55km ke arah timur Wau. Objektifnya, menawan base Jepun di pantai Salamua. Dari tanah tinggi di Wau hingga ke Salamua, tentera Australia terpaksa mengambil masa 2 bulan akibat drp hutan hujan yg tebal dan juga bertembung dgn outpost Jepun di dalam hutan.

29 Jun, tentera australia sampai di pantai Salamua dr dataran tinggi,menyerang base tersebut.di masa yg sama,dr arah laut,serangan amfibia oleh tentera US yg mendarat di pantai Salamua bergabung menyerang base tersebut serta base di Lae.


Kemaraan Australia dan Amerika di Salamaua

Ini memaksa tentera Jepun berundur ke arah dataran tinggi pd 11 september 1943.
Pd 22 september, tentera Australia mara ke base Jepun di Finschhafen, namun mendapati ia telah ditinggalkan. Jepun dh hidu kemaraan tentera berikat, lalu berundur selangkah ke resource base di Sattelburg.Pd 25 november 1943, tentera australia berjaya menawan base di Sattelburg sehari awal drp kempen Adm. Halsey di timur.

Kejayaan ini menandakan objektif utk menawan Rabaul hampir pasti krn tentera berikat berjaya mengepung base Rabaul dr ke dua-dua arah.Tapi..ha..ada tapi lg....Gen. MacArthur buat keputusan utk tidak menawan base di Rabaul yg mengandungi 100 000 tentera jepun dr 8th area Army. Dia mengasingkan base Rabaul drp peperangan di Pasifik dgn occupy pulau2 kecil di sekeliling New Britain oleh tentera US dan New Zealand menjadikan base di Rabaul sudah deactivate,mati kutu tak mampu bergerak kemana-mana.keliling New Britain adalah tentera berikat yg punya.Base besar di Rabaul dah di deactivatekan, maka perarakan ke Filipina boleh la diteruskan.

Pd 22 April 1944, pendaratan amfibia oleh 80 000 tentera berikat berlaku di pantai berdekatan kubu kuat Jepun di Hollandia (kini Jayapura), New Guinea.Namun,di dapati kubu tersebut sudah ditinggalkan.Lalu pd 15 September 1944 tentera berikat telah sampai ke Pulau Morotai, kepulauan Maluku(battle of morotai:hanya mengambil masa 2 minggu sahaja oleh berikat utk menawan pulau ini), yang semakin hampir dgn kepulauan Filipina. Kini, Gen. MacArthur boleh tersenyum lebar kerana objektifnya di West Pacific Campaign sudah hampir ke penghujungnya,sehampir dirinya dgn Filipina yg beliau terpaksa tinggalkan dahulu.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Kempen Perang South West Pacific diketuai Gen. Douglas MacArthur"

Catat Ulasan