KUALA LUMPUR 13 Jun — Datuk Seri Najib tun Razak hari ini menerima kunjungan perpisahan Panglima Angkatan Tentera, Jen. Tan Sri Azizan Ariffin yang akan bersara Rabu ini selepas berkhidmat dalam angkatan tentera selama 41 tahun.
Azizan ketika ditemui pemberita selepas pertemuan itu berkata, Perdana Menteri telah melahirkan penghargaan di atas tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh beliau demi menjaga keselamatan dan keselesaan rakyat Malaysia.
"Sebagai seorang pegawai tentera yang telah berkhidmat selama 41 tahun, apa yang boleh saya katakan, Perdana Menteri rasanya berpuas hati di atas segala yang telah dilaksanakan hasil daripada arahan yang diterima sejak dari beliau (Najib) menjadi Menteri Pertahanan dulu dan juga Perdana Menteri sekarang,” katanya. — Bernama
0 ulasan: on "Najib terima kunjungan perpisahan Panglima Angkatan Tentera"
Catat Ulasan