Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 15 Jun 2011

MTUC Mahu Gaji Minimum Lebih RM900

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu kerajaan menetapkan gaji minimum melebihi RM900 bagi golongan berpendapatan rendah di negara ini menjelang akhir tahun ini.

Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan berkata, jumlah minimum RM900 kini tidak lagi relevan ekoran kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

"Gaji minimum itu sudah diperjuangkan 11 tahun lalu. Jika kerajaan beri lebih, ia petanda baik tetapi kalau RM700, jumlah itu tidak lagi praktikal pada masa sekarang," katanya kepada mStar Online, Rabu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan pelaksanaan gaji minimum untuk golongan pekerja berpendapatan rendah di negara ini dijangka dapat dibuat sebelum akhir tahun ini.

Jelas Najib, Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Negara akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung. Menurut Mohd Khalid, tuntutan itu dilakukan bagi membantu pekerja berpendapatan rendah keluar daripada kepompong kemiskinan sekaligus memacu negara mencapai status negara maju.

"Kami mencadangkan supaya gaji minimum ditetapkan sekurang-kurangnya RM900, melepasi garis kemiskinan iaitu RM720 sebulan di Semenanjung Malaysia, RM760 (Sarawak) dan RM780 (Sarawak)," ujarnya.

Jelas beliau, setakat ini sebanyak 35 peratus daripada pekerja menerima gaji rendah iaitu di bawah garis kemiskinan, pendapatan yang dilihat tidak praktikal bagi masyarakat di negara ini.

Begitupun, selepas rundingan demi rundingan dilakukan, Mohd Khalid berkata, kerajaan memberi petanda positif untuk memperhalusi cadangan ini demi menjaga kebajikan golongan pekerja di negara ini.

"Kami menyambut baik pelaksanaan dasar kadar gaji minimum pada akhir tahun ini. Kami anggap ia sebagai permulaan baik yang berupaya mendatangkan kebaikan kepada semua pihak," ujarnya.

Mohd Khalid berkata, andai cadangan itu diluluskan, dia mahu kadar gaji diselaraskan setiap tiga atau empat tahun sekali bersesuaian dengan kos sara hidup semasa.

"Kalau RM900...dalam tempoh 20 tahun, jumlah itu tidak relevan. Jadi satu jangka masa perlu ditetapkan untuk menyelaraskan kadar gaji baru nanti," katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan elaun sara hidup (COLA) kepada pekerja swasta sebagaimana yang dinikmati kakitangan sektor awam.

"Kita tidak cemburu kepada kakitangan awam. Sebaliknya kita mahu layanan sama rata untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat," ujarnya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "MTUC Mahu Gaji Minimum Lebih RM900"

Catat Ulasan