KUALA LUMPUR 15 Jun — Lukisan tatu pada badan tidak menjadi penghalang kepada mana-mana individu untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, ATM lebih mementingkan calon memenuhi kriteria seperti lulus pemeriksaan perubatan, lulus ujian fizikal, dan untuk pegawai, perlu memenuhi keupayaan memimpin dan merancang.
"Mereka yang mahu menyertai ATM juga perlu lulus beberapa ujian kecerdasan mental (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ).
“Kalau ada tatu banyak sekalipun, seseorang itu lulus semua ujian kelayakan, dia pasti akan diterima,” katanya ketika menjawab soalan Ahmad Lai Bujang (BN-Sibuti). — Bernama
0 ulasan: on "Tatu di badan bukan penghalang sertai ATM"
Catat Ulasan