|
KUALA LUMPUR 16 Jun - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Ke-224 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini.
Seri Paduka Baginda tiba di Istana Negara pada 11.30 pagi dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mesyuarat yang bermula semalam dipengerusikan Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang gering.
Terengganu diwakili Tengku Seri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel dan Kedah oleh Tunku Bendahara Datuk Seri Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Kecuali Kelantan, Raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka oleh Ketua Menteri masing-masing. — BERNAMA
0 ulasan: on "Yang di-Pertuan Agong hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-224"
Catat Ulasan