Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 17 Jun 2011

50,000 bekas polis terima imbuhan

MELAKA 17 Jun - Seramai 50,000 bekas anggota polis di seluruh negara yang berkhidmat di zaman darurat bakal menerima imbuhan daripada kerajaan.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri berkata, imbuhan itu merupakan usaha bagi menjaga kebajikan bekas polis yang berkhidmat semasa darurat dari tahun 1948 hingga 1960 di Tanah Melayu dan 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak.

"Perjanjian persefahaman telah dibuat bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kami mencadangkan beberapa imbuhan buat bekas anggota polis ini," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Perwakilan Ke-35 Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Melaka di Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah di sini, hari ini.

Shafie berkata, antara cadangan yang diberikan adalah sumbangan ihsan untuk bekas anggota polis itu.

"Bekas anggota polis ini tidak memiliki pencen ataupun sebarang imbuhan disebabkan pada zaman pelantikan mereka, ia diadakan secara adhock atau beramai-ramai dan syarat pelantikan pada ketika itu tidak diterangkan," katanya.

Shafie berkata, cadangan lain seperti Pingat Jasa Pasukan Polis bagi bekas anggota polis dan juga anggota polis yang masih berkhidmat.

"Pingat ini bertujuan mengenang jasa baik bekas anggota polis yang berkhidmat di zaman darurat dan juga anggota polis yang masih lagi berkhidmat yang telah banyak berkorban demi mempertahankan negara," katanya.

Selain itu, Persatuan Bekas Polis Malaysia turut mencadangkan agar bahagian hal ehwal bekas polis dinaik taraf menjadi jabatan hal ehwal veteran bekas polis bagi menjaga kebajikan bekas anggota polis.

"Harapan kami dengan adanya jabatan ini, ia akan membuat bajet sama seperti peranan Jabatan Hal Ehwal Bekas Tentera dalam membela kebajikan bekas polis di seluruh negara," katanya. - BERNAMA


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "50,000 bekas polis terima imbuhan"

Catat Ulasan