KUALA LUMPUR 15 Jun — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai peranan yang penting dalam mendokong pelan transformasi kerajaan, kata Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.
Beliau berkata langkah inovatif dengan sistem pengurusan yang mampan membolehkan ATM mengekalkan status organisasi lima bintang.
"Usaha kita di dalam mendokong pelan transformasi kerajaan ini bukanlah sesuatu yang asing, kerana misi dan tugas ATM di waktu aman termasuk membantu agensi-agensi kerajaan yang lain,” katanya ketika menghadiri perbarisan persaraan beliau di Pangkalan Udara Subang di sini hari ini.
Azizan berharap warga ATM akan memberi pendekatan kepada perkara-perkara seperti pembangunan keupayaan, peningkatan profesionalisme, penghayatan nilai teras dan peningkatan pengetahuan. — Bernama
0 ulasan: on "ATM penting transformasi kerajaan - Panglima ATM"
Catat Ulasan