ANTARA nikmat Allah SWT yang paling besar ialah diberi kurniaan kepada
hambanya untuk beribadat kepada Allah SWT. Menurut buku Khasais Jazirah
al-Arab, karya Syeikh Bakar Bin Abdullah Abu Zaid menyebut, keistimewaan
Semenanjung Tanah Arab antaranya ialah, Kota Suci Mekah al-Mukarramah atau
Tanah Haram Mekah ialah:
1. Ibnu Qayyim berkata: Allah SWTmemilih tempat dan negeri yang terbaik,
iaitu Balad al-Haram. Begitu juga untuk nabi-Nya SAW dijadikan sebagai manasik
sehingga mereka datang ke Kota Suci Mekah.
2. Siapa yang datang ke Kaabah bertujuan melakukan ibadat dan tidak membuat
perkara yang tidak baik, nescaya dia pulang seolah-olah baru dilahirkan oleh
ibunya.
3. Masjid al-Haram adalah sebaik-baik tempat di muka bumi, di mana kita
digalakkan bersungguh-sungguh musafir kepadanya sama ada menunaikan ibadat haji
atau umrah.
4. Kaabah menjadi kiblat penduduk bumi, di mana ia terletak di kota Mekah.
5.
Antara keistimewaannya, haram mengadap atau membelakangkan kiblat ketika
qada' hajat.
6.
Masjid al-Haram merupakan masjid yang pertama di muka bumi ini, seperti
yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.
7. Tidak boleh memasuki Mekah bagi bukan yang mempunyai hajat secara
berulang kecuali dengan ihram.
8. Dihukum berdosa kepada yang bercita-cita melakukan kejahatan, sekalipun
belum melaksanakannya seperti mana firman Allah SWT di dalam surah al-Hajj pada
ayat 25 yang bermaksud: Sesungguhnya (amatlah zalim)
orang-orang yang kafir serta menghalangi manusia dari jalan Allah (agama Islam)
dan daripada memasuki Masjid Al-Haram (Mekah) yang Kami jadikan Dia tempat
beribadat untuk seluruh umat manusia (yang beriman) - sama ada yang tinggal menetap
di situ atau yang datang berziarah dan sesiapa yang berazam melakukan di situ
sebarang perbuatan yang dilarang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya
azab yang tidak terperi sakitnya.
9.
Ibadat yang digandakan kepada-Nya.
10. Tempat lahir
Rasulullah SAW.
11. Terdapatnya Kaabah,
Hajar al-Aswad, Maqam nabi Ibrahim dan lain-lain.
12. Amat mudah
dimustajabkan doa dan doa dimakbulkan.
Berdasarkan kepada kenyataan dan nas di atas, alangkah beruntungnya bagi
sesiapa yang menjadi tetamu Allah untuk meraih pahala Allah SWT dengan sebanyak
mungkin di Kota Suci Mekah yang mempunyai 1001 macam keberkatan dan
kelebihannya.
Oleh itu, kepada tetamu Allah SWT dan bakal jemaah haji, saya syorkan
agar sentiasa menggunakan peluang yang ada semasa di Kota Suci Mekah dan juga
di Kota Madinah untuk menambahkan aktiviti ibadat seperti qiamullail, bacaan
al-Quran, zikrullah, iktikaf dalam masjid, melakukan ibadat tawaf dan juga
ziarah makam Rasulullah SAW.
Begitu juga beribadat kepada Allah SWT perlu dipertingkatkan khususnya
ketika seseorang berada di sana kerana ada masa-masa tertentu doa dimustajabkan
dan juga tempat-tempat tertentu.
Lebih istimewa daripada itu, apabila gabungan masa dan tempat yang
disekalikan untuk diajukan munajat serta doa kepada Tuhan Rab al-Alamin sudah
pasti amat mudah dimakbulkan.
Hal ini bagi orang yang berwukuf di Arafah pada hari yang ke-9 Zulhijjah
selepas Zuhur maka waktu tersebut hingga mereka berangkat dari Arafah adalah
amat mustajab doa.
Terdapat segelintir manusia yang tidak peka berkenaan kelebihan Kota
Suci Mekah sehingga mereka membawa sifat negatif dan tidak baik dari tanah
watan mereka bersama-sama ke Kota Suci Mekah akibatnya mereka lesu dan kurang
bersemangat ketika melaksanakan ibadat, bahkan mereka banyak menghabiskan masa
dengan berbual kosong berdebat pada perkara yang remah-temah dan juga melakukan
beli-belah sebagai acara keutamaan.
Malanglah golongan seperti ini tambahan pula untuk mendapatkan tempat
menuju ke kota suci pada musim haji berdasarkan kouta yang telah ditetapkan.
Buanglah sifat negatif, malas dan juga kelesuan dalam beribadat dengan
menggantikan sifat-sifat mahmudah dan bermujahadah dalam
melaksanakan ibadat dengan bersungguh-sungguh.
Marilah sama-sama kita mengambil peluang untuk muhasabah diri sebelum
menuju ke Kota Suci Mekah, bertaubat dan belajar ilmu berkaitan manasik
haji agar para jemaah haji yang menjadi tetamu Allah digelar sebagai Duyuf
al-Rahman mendapat haji yang mabrur. Amin.
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
------------------------------------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL
UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 300
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan
sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
|
Ibu Pejabat
|
|
No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
|
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com /
www.badalhaji2u.blogspot.com
Email :
raudhah.umrahajj@gmail.com
|
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
|
Pengurus HQ
|
H/P : 013-212 7799
|
0 ulasan: on "Raudhah Umrahajj : Kelebihan Musim Haji"
Catat Ulasan