SETIAP daripada kita selalu berharap agar Ramadan tahun ini lebih baik
dari sebelumnya. Namun kita sering lupa bahawa kesempurnaan ibadah Ramadan
bermula daripada kepandaian kita menggunakan bulan Syaaban.
Syaaban ialah masa yang paling tepat mempersiapkan pelan terbaik untuk
meraih ibadah Ramadan yang sempurna. Persiapkanlah mental, set minda (mindset)
dan kewangan sejak dari sekarang.
Bagi sesiapa yang perlu berbelanja untuk persiapan raya, lakukanlah pada
bulan ini. Jangan sampai melakukannya pada bulan Ramadan. Sebab setiap saat
dalam Ramadan terlalu mahal dan berharga untuk digunakan berbelanja
barang-barang raya di pasar. Apalagi bagi kaum perempuan yang terpaksa
berdesak-desakan dengan kaum lelaki di tengah suasana panas dan penuh dengan
bebauan yang tidak sedap.
Oleh itu, apabila berbelanja pakaian, alangkah baiknya jika hukum-hakam
fiqh yang berkaitan dengannya selalu berada dalam minda kita. Pastikan
baju-baju yang kita beli untuk kita dan anak-anak tidak termasuk dalam kategori
yang haram dipakai.
Berikut ini ialah sebahagian prinsip-prinsip hukum dan adab Islami
berkaitan dengan pakaian yang mesti diketahui setiap Muslim.
1. Hukum asal
Hukum asal pakaian adalah halal dan harus. Begitu juga perhiasan yang
diletakkan di badan, pakaian ataupun tempat tinggal. Semuanya boleh digunakan
melainkan beberapa perkara yang telah ditetapkan haram oleh hukum Islam.
Antaranya haram bagi laki-laki memakai baju yang terbuat daripada sutera
asli juga perhiasan daripada emas. Sutera dan emas turut haram dibuat menjadi
perhiasan rumah seperti langsir dan pinggan emas.
2. Awas tabarruj
Islam tidak melarang wanita untuk tampil cantik, namun Islam melarang tabarruj.
Cantik tidak semestinya tabarruj dan tabarruj tidak semestinya
cantik.
Tabarruj adalah perbuatan perempuan yang menampakkan keindahan tubuh,
pakaian dan perhiasannya di hadapan laki-laki asing. Perkara ini diharamkan
sebagaimana larangan Allah kepada kaum wanita : “Dan janganlah kamu bertabaruj sepertimana tabarruj jahiliah terdahulu”. (al-Ahzab: 33)
Adapun menampakkan kecantikan kepada orang yang halal iaitu suami, maka
perbuatan itu bukan tabarruj. Hukum perbuatan ini bukan hanya harus,
bahkan sunat.
Seorang isteri boleh bersolek, membentuk rambut, berminyak wangi,
memakai baju yang mendedahkan aurat atau apa-apa sahaja yang dapat memuaskan
naluri kewanitaannya selagi mana ditujukan hanya untuk suami.
3. Haram meniru lawan jenis
Perbuatan ini disebut juga dengan istilah tasyabbuh. Haram bagi
seorang laki-laki memakai pakaian perempuan dan seorang perempuan memakai
pakaian laki-laki. Lagi pula, perbuatan tersebut menunjukkan masalah mental
yang cukup serius.
Ibnu Abbas meriwayatkan: Rasulullah melaknat perempuan yang
meniru laki-laki dan laki-laki yang meniru perempuan. (riwayat
al-Bukhari)
Dalam Kitab al-Fiqh al-Manhaji dijelaskan bahawa hukum tasyabuh
ini meliputi aspek pakaian, perhiasan, gaya bicara dan cara berjalan.
Masing-masing jantina ada cara dan gaya tersendiri dalam kesemua aspek
ini. Maka siapa yang meniru cara dan gaya lawan jenisnya, maka dikira telah
melakukan tasyabuh. Dan hukumnya haram.
4. Jangan membazir
Selain itu, salah satu prinsip perbelanjaan terpenting dalam Islam
adalah berpada-pada dan jangan membazir. Jika tiada keperluan untuk menukarkan
segala kelengkapan rumah menjadi baru, maka tidak perlulah memaksa diri untuk
melakukannya.
Hiasi rumah mengikut keperluan dan kemampuan. Selagi mana sesuatu
perabot masih boleh digunakan, gunakanlah sebaiknya. Tidak perlu berbelanja
besar menukar langsir, sarung kusyen, televisyen baru, sofa baru dan
sebagainya.
Islam amat membenci pembaziran dan sangat menggalakkan sedekah. Jika
kita memiliki kemampuan yang lebih, eloklah kelebihan dikongsikan dengan
golongan yang memerlukan.
Firman Allah: Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya mereka yang membazir itu saudara
syaitan dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya. (al-Isra': 27)
Wallahu a'lam.
Oleh UMAR MUHAMMAD NOOR
------------------------------------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL
UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 300
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan
sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
|
Ibu Pejabat
|
|
No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
|
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com /
www.badalhaji2u.blogspot.com
Email :
raudhah.umrahajj@gmail.com
|
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
|
Pengurus HQ
|
H/P : 013-212 7799
|
0 ulasan: on "Persiapkan diri sambut Ramadan"
Catat Ulasan