DALAM dunia moden dan era globalisasi pelbagai ciptaan terbaharu dicipta
oleh ahli sains dan teknologi untuk memudahkan kerja-kerja yang dilakukan oleh
manusia.
Salah satunya adalah komputer dan telefon pintar yang ada kaitannya
dengan Teknologi Maklumat (IT). Semua alat ini sebenarnya adalah bertujuan
untuk kebaikan dan memudahkan manusia berkomunikasi dan juga beribadat
melaluinya.
Kepada anak remaja, jangan jadikan telefon pintar sebagai
"nyawa". Jadikan ia sebagai alat mendekatkan diri kepada-Nya bukan
melalaikan. Jauhkan segala sifat-sifat tercela seperti riak, lupa diri, lalai
dan terbuai dengan lagu-lagu membuai layu. Segalanya adalah alat yang menguji
keimanan kita.
Oleh itu, jadikan alat-alat ini iaitu komputer dan telefon pintar, gajet
dan sebagainya sebagai alat yang memudahkan kita, bukan mendatangkan masalah
dan melalaikan kehidupan kita di dunia serba canggih dan perlukan maklumat yang
cepat.
Ibu bapa juga memainkan peranan dengan menasihati anak-anak remaja yang
berusia antara 11 hingga 17 tahun tentang kepentingan alat-alat ini dalam
kehidupan masa kini. Jika tidak dipantau dan diberikan panduan, kemungkinan ia
akan mengganggu ke arah proses pembelajaran dan mengganggu tumpuan kepada
pelajaran.
Adalah lebih baik ibu bapa memberikan bimbingan dan nasihat iaitu
sewaktu belajar jangan menggunakan telefon dan mendengar lagu serta membuka
komputer riba. Jelaskan kepada mereka keutamaan ilmu pengetahuan dan kemahiran
lain adalah lebih penting dalam kehidupan masa depan.
Sesungguhnya, martabat ilmu itu sangat tinggi kedudukannya dalam Islam.
Bahkan iman dan amal tidak sah tanpa ilmu. Oleh sebab itu, Islam mewajibkan
umatnya yang mukalaf supaya belajar dan mengajar, paling tidak mengenai fardu
ain.
Konsep berilmu, beramal dan berakhlak mestilah diterapkan dalam jiwa
anak-anak. Nabi SAW bersabda: "Tuntutlah
ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah SWT dan
mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah.
Ilmu pengetahuan
Sesungguhnya ilmu pengetahuan
menempatkan orangnya dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi) ilmu
pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan akhirat." (riwayat ar-Rabii')
Berkaitan dengan fenomena ciptaan baharu ini, Nabi SAW bersabda yang
bermaksud: "Tiga perkara yang aku takuti
akan menimpa umatku setelah aku tiada iaitu kesesatan sesudah memperoleh
pengetahuan, fitnah-fitnah yang menyesatkan dan syahwat perut serta seks." (ar-Ridha)
Jika dilihat penggunaan telefon pintar, Internet banyak menjurus kepada
perkara-perkara seperti tohmahan, khabar angin, fitnah yang menyesatkan dan
paparan lucah yang disebutkan oleh Nabi SAW seperti mana dalam hadis di atas.
Seterusnya, berkaitan dengan bidaah Nabi SAW bersabda: "Barang siapa menipu umatku maka baginya
laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia. Ditanyakan, "Ya
Rasulullah, apakah pengertian tipuan umatmu itu?." Baginda menjawab:
Mengada-adakan amalan bidaah, lalu melibatkan orang kepadanya." (riwayat Dar
Alquthni daripada Anas).
Adalah menjadi kesalahan kepada ibu bapa apabila anak tidak melaksanakan
ibadah seperti solat dan sebagainya. Keruntuhan moral remaja banyak berpunca
daripada pengaruh Internet, telefon pintar, pergaulan bebas dan tiada kawalan
dan pemantauan daripada ibu bapa.
Apa yang penting adalah bukan untuk mencari kesalahan dan menghukum
pesalahnya tetapi membetulkan dan menangani kesilapan dan kekurangan itu sebaik
mungkin. Asas pendidikan itu bermula dan berakar dari rumah tangga dan menjadi
tanggungjawab ibu bapa.
Fungsi dan tanggungjawab ibu bapa sangat besar dalam menentukan hala
tuju anak-anak dalam kehidupan mereka bagi menjadikan mereka beriman, berakhlak,
berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam semua bidang kehidupan.
Silap didikan
Di sinilah asas utamanya, di mana kesilapan dan kesalahan didikan mampu
menyebabkan anak-anak menjadi hilang arah tujuan dan pedoman. Ibu bapa juga
mesti sentiasa memantau siapa kawan anak-anak mereka.
Lebih mengundang mimpi ngeri kepada ibu bapa dan juga anak-anak apabila
tidak dipantau ia menjerumuskan anak-anak ke lembah kehidupan yang penuh noda.
Sebagai ibu bapa pastikan anak-anak memilih kawan yang beriman dan soleh. Serta
pastikan anak-anak sentiasa keluar rumah dengan ibu bapa atau kalangan keluarga
yang boleh dipercayai.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW ditanya tentang peranan kedua-dua orang
tua. Baginda lalu menjawab, "Mereka adalah
(yang menyebabkan) syurgamu atau nerakamu." (riwayat Ibnu
Majah)
Apabila ibu bapa lalai terhadap bahan bacaan, tontonan dan pergaulan
anak-anak, tunggulah akibatnya yang akhirnya menjadi beban kepada ibu bapa
untuk menanggung akibatnya. .
Kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa terhadap
anak-anak remaja dapat mendorong mereka ke arah mencari kebebasan hak dan
keperluan mereka di luar rumah yang akhirnya menyebabkan mereka terjebak dengan
pelbagai gejala sosial.
Oleh DR. AMINUDIN MANSOR
------------------------------------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL
UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 300
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan
sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
|
Ibu Pejabat
|
|
No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
|
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com /
www.badalhaji2u.blogspot.com
Email :
raudhah.umrahajj@gmail.com
|
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
|
Pengurus HQ
|
H/P : 013-212 7799
|
0 ulasan: on "Silap didikan undang bencana"
Catat Ulasan