MELIHAT Demonstrasi Keupayaan
bersempena sambutan Hari Tentera Darat Ke-81 baru-baru ini mampu menimbulkan
perasaan bangga dan teruja melihat kesegakan dan kekemasan perbarisan anggota
Tentera Darat Malaysia (TDM).
Port Dickson yang mendapat
status Bandar Tentera Darat menjadi saksi peristiwa bersejarah itu. 81 tahun
yang lalu di tempat keramat inilah 25 orang anak muda Melayu dengan semangat
yang membara telah menyahut seruan ibu pertiwi mempertahankan kedaulatan bumi
bertuah ini. Di sinilah lahirnya sejarah kelahiran Briged Pertama Tentera Darat
pada 1 Mac 1933.
Sepanjang tempoh ini, Tentera
Darat telah mencurahkan bakti dalam pelbagai misi dan gerakan bagi
mempertahankan kedaulatan dan memartabatkan maruah negara. Daripada Perang
Dunia Kedua, konfrontasi, darurat, ancaman anasir komunis mahupun pencerobohan
di Lahad Datu telah mendewasakan Tentera Darat.
Nikmat keamanan dan kemakmuran
yang dikecapi kini tidak datang bergolek. Semuanya dibina oleh pengorbanan yang
tidak terhitung nilainya. Banyak roh bercerai jasad gugur sebagai bunga bangsa,
isteri pula menjadi balu dan anak menjadi yatim piatu. Tidak kurang juga yang
cedera kekal hilang upaya. Mereka ini gadaikan jiwa raga demi maruah, demi
negara.
Kesungguhan mereka
mempertahankan negara serta mengorbankan jiwa dan raga dapat dilihat semasa
sesi Demonstrasi Keupayaan, tanpa sebarang perasaan takut dan gentar serta
penuh kesungguhan. Melihat gabungan dua pasukan elit, 21 Grup Gerak Khas (GGK)
dan 10 Briged Para ketika demonstrasi Amphibious Landing Force amat
mendebarkan.
Terpegun apabila menyaksikan
suasana seakan-akan di medan peperangan sebenar. Jika apa yang ditonton
pengunjung sudah terasa risikonya, inikan pula ketika suasana medan
pertempuran.
Letupan demi letupan yang
kedengaran membuatkan jantung pengunjung berdebar sepanjang berlangsungnya
Demonstrasi Keupayaan yang membuatkan pengunjung menyedari betapa tingginya
risiko yang perlu digalas oleh anggota Tentera Darat.
Demonstrasi Keupayaan TDM yang
berlangsung selama sejam itu melibatkan seramai 57 pegawai dan 599 anggota
lain-lain pangkat TDM. Ia turut dibantu oleh anggota dan aset Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Negara ini dibina oleh keringat
dan darah perwira dan pahlawan Tentera Darat. Sebagai pewaris, anggota Tentera
Darat kini memikul tanggungjawab menentukan negara terus berdaulat. Mereka
telah menzahirkan sumpah dan lafaz keramat untuk memelihara, menjaga dan
mempertahankan negara ini dengan darah dan mempertarungkan jiwa raga. Inilah
sumpah dan ikrar Tentera Darat.
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL
UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 300
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan
sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
(NS0103441-W)
|
IBU PEJABAT
|
|
No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
|
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com /
www.badalhaji2u.blogspot.com
Email :
raudhah.umrahajj@gmail.com
|
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
|
Pengurus HQ
|
H/P : 013-212 7799
|
|
CAWANGAN WP (SELANGOR, K. LUMPUR, PUTRAJAYA)
|
|
A-3-32, Apt
Teratai,
Jalan Bunga Raya
3,
Taman Bunga Raya,
Bukit Beruntung,
48300 Rawang,
Selangor.
|
Abdul Rahim Ghazali
|
Pengurus Cawangan
|
H/P : 013-212 5577
|
|
CAWANGAN UTARA (KEDAH, PERLIS,
PULAU PINANG)
|
|
No. 35, Lorong Baiduri 1/2,
Taman Teluk Baiduri,
Teluk Wang Kecil,
08000 Sungai Petani, Kedah.
|
Pn. Hazriza Binti Harun
|
Pengurus Cawangan
|
H/P : 019-593 6046
|
|
CAWANGAN JOHOR
|
|
No. 10, Felda Redong 1,
85000 Segamat, Johor.
|
Pn. Aisha Binti Rahmat
|
Pengurus Cawangan
|
H/P : 012-740 6045
|
1 ulasan: on "Dedikasi TDM"
Dear Sir/Madam,
We got your contact detail from the web search.
You would be pleased to hear it that we are professional in manufacture
and Exporters for all kinds of Army Uniform Accessories.
We also ensure you that it would be beneficial for the progress of your
business because we are trying our best to deliver the required products
on your demanded time and we are working like a team and it is the main
reason of our progress and our professionalism. Everyone in the company
trying his best to make more professional than before.
For our design and detail you can visit our website
www.garkint.com
look forward to receive your positive response Best Compliments.Am waiting for your kind reply.
Yours truly,
Mr Muhammad Ahmed Raza
Skype: garkint
Catat Ulasan