KATA pepatah Melayu “sayang anak tangan-tangankan, sayang
isteri tinggal-tinggalkan”, tetapi sayang sekali ramai para suami
yang salah faham dengan pepatah ini.
Tinggalkan
isteri yang dimaksudkan, apabila semakin jauh semakin rindu dan semakin kuat
kasih sayang, bukannya meninggalkan anak isteri tanpa sebarang nafkah atas
alasan sayang.
Kisah yang saya ingin kongsi di
ruangan Pengakuan minggu ini adalah kisah, Faizah, 24, yang ditinggalkan suami
tanpa khabar berita.
Kisah ibu muda ini yang
diceritakan oleh ibu saudaranya, Saadah yang kebetulan memberikan perlindungan
kepada Faizah setelah suami menghilang diri.
Faizah sebenarnya seorang
wanita yang sangat cantik paras rupanya dan ketika anak dara menjadi perhatian
ramai anak muda.
Namun dia memilih untuk
mendirikan rumah tangga dengan Amri, kekasih yang dikenalinya menerusi seorang
rakan pada sebuah sambutan majlis hari jadi sahabat lain.
Kata Faizah, Amri memiliki
ciri-ciri lelaki yang menjadi idamannya sejak remaja, kacak, tinggi lampai dan
kerjaya yang sangat menjamin kewangan mereka suami isteri selepas
berkahwin," kata Saadah membuka cerita.
Tidak mengambil masa yang lama,
Faizah akhirnya disatukan dengan Amri pada satu majlis yang tidak kurang
meriahnya. Kebetulan juga mereka berasal dari satu negeri, maka proses
perkahwinan juga dipermudahkan.
Selepas selesai semua acara,
dia akhirnya mengikut suaminya yang bekerja di Singapura. Di tempat dan suasana
baru, Faizah cuba membiasakan diri membawa status sebagai isteri pegawai yang
bertugas di sebuah syarikat korporat yang berpangkalan di United Kingdom,"
cerita Saadah lagi.
Selepas hampir dua bulan
bernikah, Faizah disahkan mengandung dan berita itu cukup menggembirakan
pasangan suami isteri tersebut.
Boleh dikatakan rezeki anak,
Amri pula mendapat tawaran naik pangkat dan menjadi pengurus serantau yang
menuntut dia berulang-alik ke beberapa negara di Asia, sekurang-kurangnya dua
minggu dalam sebulan.
Walau perjanjian asal
mengatakan dua minggu, tetapi adakalanya Amri langsung tidak pulang lebih
sebulan, lepas satu destinasi dia ke destinasi lain. Tinggallah Faizah
menguruskan diri berseorangan dengan kandungan pertama dan tempat baru.
Faizah tidak menafikan
mengalami tekanan kerana tidak mempunyai sahabat handai atau saudara mara untuk
jadi tempat mengadu nasib.
Sebenarnya kami ada mencadangkan
agar dia ikut kami duduk di Malaysia, tetapi dia sendiri yang tidak
mahu.Katanya dia telah mengahwini suami atas pilihan sendiri dan apa yang
terjadi semuanya akan ditanggung. Lagipun suaminya pergi bekerja mencari rezeki
dan bukan sengaja meninggalkan dirinya kontang-kanting di Singapura,"
jelas Saadah.
Hampir cukup tempoh kandungan
Faizah, Amri masih menerima tugasan di luar negara. Walau puas dipujuk, lelaki
itu sedikit pun tidak menunjukkan rasa teruja seperti di awal berita kehamilan
tersebut.
Ketika itu saya masih ingat
lagi, Faizah menangis teresak-esak menelefon saya. Faizah sudah tidak mempunyai
ibu lagi, jadi segala masalahnya diceritakan kepada saya. Bagaimanapun Faizah
bukanlah jenis yang suka bercerita masalah peribadi, dia memang seorang yang
berdikari kerana sejak usianya 10 tahun lagi dia telah menjadi anak yatim.
Setelah mengemukakan pelbagai
cadangan, akhirnya Faizah setuju untuk bersalin di Kuala Lumpur dan ditemani
saya. Kami sempat membeli keperluan bayi serba sederhana dan mendaftarkan diri
di sebuah hospital swasta di ibu kota," tambahnya.
Disahkan meroyan
Akhirnya sampailah saat yang
dinantikan, Faizah bertarung nyawa hampir empat jam untuk mengeluarkan bayi
sulungnya. Hampir putus nyawa ibu muda tersebut kerana kedudukan kepala bayi
yang tidak memasuki saluran peranakan.
Komplikasi memang berlaku
apabila salur darah utama putus dan pendarahan berlaku dengan banyak selepas
bersalin. Dia ditahan di wad hampir dua minggu kerana komplikasi tersebut dan
lebih menyedihkan, keadaan dirinya tidak lagi sama dengan Faizah yang sebelum
ini.
Saya tidak pasti mengapa, tapi
menurut kata doktor dia mengalami sindrom trauma selepas bersalin atau dalam
bahasa yang sering digunakan masyarakat Melayu ialah meroyan.
Siapa tidak sedih melihat
keadaan Faizah yang dulunya cantik kini langsung tidak pedulikan dirinya dan
bayi yang baru lahir. Menyusukan anaknya juga Faizah tidak mahu.
Puas saya cuba menghubungi
suami Faizah, Amri, namun tidak berjawab, hanya setelah tiga minggu selepas
Fawwaz (nama bayi yang dilahirkan) lahir barulah Amri menelefon saya,"
imbas Saadah lagi.
Seperti yang sudah dijangka,
Amri memang langsung tidak hiraukan keadaan isterinya, malah tindakan yang lagi
tidak boleh diterima ialah dia mengambil Fawwaz begitu sahaja daripada jagaan
Saadah.
Memang saya tidak ada kuasa
menghalang, Fawwaz anaknya dan Faizah pula sudah boleh dikatakan tidak begitu
waras lagi. Mahu tak mahu saya terpaksa merelakan Fawwaz dibawa pergi kerana
saya juga perlu berikhtiar untuk Faizah supaya dapat pulih seperti dahulu.
Kini sudah hampir setahun
Faizah tinggal dengan saya dan keadaan dirinya tidak banyak berubah. Adakalanya
Faizah ingat bayinya dan menangis merindui Fawwaz. Adakalanya dia merasakan
seperti tidak pernah berkahwin.
Saya sedar, bukan mudah proses
memulihkan Faizah kerana emosinya begitu terganggu. Menurut pakar psikologi,
harapan untuk Faizah pulih 100 peratus memang sukar, cuma dirinya sendiri yang
boleh dibantu dari segi mengawal tekanan perasaan yang dialami.
Memang saya sukar menyelami
jiwa Faizah kerana sikapnya yang lebih memendam perasaan. Setiap hari saya
tidak putus berdoa moga Allah bukakan pintu hati suaminya untuk menerima Faizah
dalam keluarganya kembali.
Saya yakin itu satu ubat yang
terbaik untuk masalah Faizah, tapi saya tidak tahu perancangan Allah SWT pasti
lebih baik untuk dirinya," kata Saadah penuh pengharapan.
Semua nama dalam kisah ini
telah ditukar kepada nama samaran untuk melindungi identiti sebenar pencerita
dan kisah yang diceritakan.
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL
UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 300
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan
sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
(NS0103441-W)
|
IBU PEJABAT
|
|
No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
|
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com /
www.badalhaji2u.blogspot.com
Email :
raudhah.umrahajj@gmail.com
|
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
|
Pengurus HQ
|
H/P : 013-212 7799
|
|
CAWANGAN WP (SELANGOR, K. LUMPUR, PUTRAJAYA)
|
|
A-3-32, Apt
Teratai,
Jalan Bunga Raya
3,
Taman Bunga Raya,
Bukit Beruntung,
48300 Rawang,
Selangor.
|
Abdul Rahim Ghazali
|
Pengurus Cawangan
|
H/P : 013-212 5577
|
|
CAWANGAN UTARA (KEDAH, PERLIS,
PULAU PINANG)
|
|
No. 35, Lorong Baiduri 1/2,
Taman Teluk Baiduri,
Teluk Wang Kecil,
08000 Sungai Petani, Kedah.
|
Pn. Hazriza Binti Harun
|
Pengurus Cawangan
|
H/P : 019-593 6046
|
|
CAWANGAN JOHOR
|
|
No. 10, Felda Redong 1,
85000 Segamat, Johor.
|
Pn. Aisha Binti Rahmat
|
Pengurus Cawangan
|
H/P : 012-740 6045
|
0 ulasan: on "Meroyan ditinggal suami"
Catat Ulasan