KATA nenek kami budak-budak
jangan campur urusan orang tua, biarlah ibu bapa kita nak bergaduh selagi
mereka larat, asalkan tak bercerai-berai. Tetapi nenek tak tahu perbuatan
mereka bergaduh banyak mengganggu fikiran kami dan membuatkan hidup kami adik
beradik tak tenteram.
Sebenarnya isu emak ayah saya
bergaduh berlaku sejak saya kecil lagi, tapi saya tak ambil pusing. Bila mak
menjerit-jerit dan ayah tengkeng emak, kami masuk bilik saya tarik selimut
tidur. Bila tersedar dunia dah aman. Adik pun saya suruh tidur. Tetapi bila
kami semakin membesar kami malu pada jiran tetangga terutama kepada kawan-kawan
yang bertanya peristiwa yang berlaku dalam rumah semalam. Semua mereka suka
ambil tahu, tak ada simpati langsung. Mereka macam mulut joyah suka gosip.
Bila saya meningkat remaja saya
jadi lebih malu. Dulu pernah juga lepas bergaduh setahun dua, kami pindah rumah
tempat lain. Pernah kami empat kali pindah selama 10 tahun. Tetapi sejak emak
beli apartmen dan tak pindah lagi, itu yang membuat saya tambah malu. Mengadu
dengan nenek, nenek suruh sabar jangan campur urusan orang tua. Bila tanya
emak, tiada jawapan selain menangis.
Dulu memang saya tak faham
punca mereka bergaduh. Tetapi setelah dewasa saya mula mengerti mengapa emak
suka bertengkar dengan ayah. Boleh saya katakan semuanya berpunca daripada
tabiat lama ayah yang suka balik lewat malam. Alasan ayah banyak kerja, kerja
lebih masa dan terpaksa habiskan kerja dengan kadar segera oleh pejabatnya.
Emak pula bawa cerita lain. Tak
habis-habis tuduh ayah simpan perempuan, ada teman wanita dan macam-macam lagi.
Terasa macam budak- budak bila mereka bergaduh. Emak mulanya cakap perlahan,
nak bertanya, tapi ayah akan tengking. Bila kena tengking, emak balas. Sama-sama
bertegang leher tegakkan kebenaran atau tegakkan benang basah.
Pernah saya tanya emak apakah
emak ada bukti ayah ada teman wanita. Sambil menangis emak kata dia tidak
tuduh, semuanya benar. Lepas tu emak mulalah bercerita lepas satu satu cerita
ayah dengan kekasihnya. Ayah pula kata dia tak terfikir nak kahwin lagi sebab
dia tak mampu dan dia tak mahu pikul biawak hidup.
Tanggung
Kata ayah kahwin anak dara
banyak demand, kahwin janda pula dia tak mampu nak tanggung anak orang. Jadi
dia tak pernah terfikir nak berkahwin lagi. Tentang tuduhan emak dia ada
kekasih, ayah kata mereka tu teman pejabat dan teman kawannya.
Bila diri semakin dewasa, saya
dapat merasakan memang ayah ada ramai teman wanita, agaknya inilah hobi ayah
nombor satu. Kalau di rumah ayah memang baik, tak bertelefon apa lagi
menghantar sms. Malah telefon ayah tak berbunyi, kalau berbunyi pun cuma
panggilan dari kawannya ajak minum di gerai. Walaupun emak tak suka ayah keluar
malam, tetapi ayah tak peduli. Ayah memang nantikan panggilan mereka.
Mungkin inilah antara punca
emak tuduh ayah ada teman wanita. Dan kawan ayah jadi tali barut. Kata emak
kawan ayah ajar ayah jadi jahat, tapi saya nafikan, kalau dah memang ayah suka
keluar malam tak payah diajar.
Sebenarnya saya suka ajak emak
berbual, maka keluarlah cerita tentang perangai buruk ayah sejak muda lagi.
Memang ayah kata dia tak minat kahwin lagi, tetapi siapa tahu satu hari nanti
ayah diuji jumpa dengan wanita yang ayah tak boleh lepaskan diri, dan terpaksa
kahwin. Emak memang tak mahu bermadu, tapi tak sanggup bercerai.
Pengakuan emak buat saya tambah
pening, emak tak sanggup bercerai sebab sayangkan ayah. Tetapi apa akan jadi
jika ayah kahwin lagi? Adakah emak akan jadi sasau? Lebih menakutkan jika emak
gila atau nak bunuh diri. Bila memikirkan masalah inilah hidup saya jadi tak
tenteram dan stres.
Saya pernah berusaha tenangkan
hati emak dengan kenalkan emak pada kawan sekolah saya yang emaknya seorang ibu
tunggal. Kawan saya cerita dia gembira emaknya bercerai sebab emaknya dapat
tumpukan sepenuh masa kepada dia tiga beradik. Dan emaknya masih ada duit untuk
memenuhi perbelanjaan persekolahannya. Berbanding dulu, emaknya sering tak ada
duit sebab menguruskan perbelanjaan keluarga dan hutang ayahnya.
Bila kawan saya balik, emak segera
beritahu dia tak boleh hidup tanpa ayah. Pertama tak ada seorang pun
adik-beradiknya bercerai, kedua, dia malu jadi janda sebab emaknya sering
menasihati biarlah susah asalkan ada suami daripada hidup susah tak ada suami,
kerana hidup janda sentiasa jadi cacian orang sebab janda tak tahu jaga laki.
Singkat sungguh fikiran emak,
agaknya emak kurang bercampur. Untuk menyedarkan emak saya beritahu emak kalau
itu pemahamannya, biarlah ayah kahwin lagi, kerana emak tak boleh hidup
sendirian. Tapi emak tak mahu berpoligami. Saya beritahu emak satu ketika nanti
emak kena buat pilihan, jika perangai ayah tak berubah.
Kini saya dalam tingkatan lima
saya ingatkan emak jangan salahkan saya jika saya gagal nanti. Sebab saya tak
tenang jika emak dengan ayah sentiasa bergaduh. Walaupun baru awal tahun sudah
dua kali mereka bertengkar, tapi saya dah ingatkan jangan bergaduh lagi ketika
saya menghadapi peperiksaan.
Saya juga pernah nasihatkan
emak dengan kerja dan pendapatannya rasanya emak boleh hidup sendiri tanpa
ayah. Tapi adik-beradik akan tinggal dengan ayah supaya hidup emak tak tersiksa
kerana ayah tak akan beri nafkah.
Malangnya emak tak mahu
berpisah dengan kami, dia sanggup hidup susah. Janji saya, kami tiga beradik
akan pulang rumah emak setiap hujung minggu.
Tetapi ibu tetap ibu, dia lebih
sanggup susah daripada berpisah dengan anak-anak. Namun saya berjanji pada diri
akan cuba ubah cara pemikiran emak supaya hidupnya tidak menderita." Itu
cerita Mas Ellyna tentang rancangannya supaya pemikiran emaknya berubah.
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL
UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 300
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan
sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
(NS0103441-W)
|
IBU PEJABAT
|
|
No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
|
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com /
www.badalhaji2u.blogspot.com
Email :
raudhah.umrahajj@gmail.com
|
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
|
Pengurus HQ
|
H/P : 013-212 7799
|
|
CAWANGAN WP (SELANGOR, K. LUMPUR, PUTRAJAYA)
|
|
A-3-32, Apt
Teratai,
Jalan Bunga Raya
3,
Taman Bunga Raya,
Bukit Beruntung,
48300 Rawang,
Selangor.
|
Abdul Rahim Ghazali
|
Pengurus Cawangan
|
H/P : 013-212 5577
|
|
CAWANGAN UTARA (KEDAH, PERLIS,
PULAU PINANG)
|
|
No. 35, Lorong Baiduri 1/2,
Taman Teluk Baiduri,
Teluk Wang Kecil,
08000 Sungai Petani, Kedah.
|
Pn. Hazriza Binti Harun
|
Pengurus Cawangan
|
H/P : 019-593 6046
|
|
CAWANGAN JOHOR
|
|
No. 10, Felda Redong 1,
85000 Segamat, Johor.
|
Pn. Aisha Binti Rahmat
|
Pengurus Cawangan
|
H/P : 012-740 6045
|
0 ulasan: on "Anak zaman ini lebih pintar"
Catat Ulasan