Kahwin? Boleh dikatakan semua
wanita ingin berkahwin. Malah mereka sanggup melalui pelbagai rintangan untuk
bergelar isteri.
Tahukah anda apa maknanya
perkahwinan? Bersediakah anda menjalani hidup sebagai isteri, ibu dan menantu?
Walaupun ramai yang ingin melangsungkan perkahwinan tetapi ada yang berjaya
mencapai impian itu dan ada pula yang sebaliknya.
Bagi yang berjaya melangkah ke
gerbang perkahwinan pula, bukan semuanya berakhir dengan cerita bahagia. Kalau
dilihat kepada senario hari ini banyak berlaku kes lelaki atau wanita
meninggalkan isteri atau suami yang baru dikahwininya. Ada kes di mana, pada
hari pertama lagi suami atau isteri telah lari meninggalkan pasangan
masing-masing.
Namun, mereka yang terlibat
dalam kes-kes seperti ini perlu ingat bahawa ada risiko yang perlu ditanggung
apabila pasangan bertindak lari seperti itu.
Ini dinamakan kemungkiran janji
berkahwin. Kemungkiran ini bukan sahaja mengakibatkan kerugian wang ringgit,
malah meninggalkan kesan negatif kepada pihak yang terlibat serta keluarganya.
Fokus kita kali ini bertujuan
memberi kesedaran dan pengetahuan terutamanya kepada wanita mengenai hak-hak
sebenar dalam kes kemungkiran janji berkahwin.
Juga untuk memberi kesedaran
bahawa lari dari perkahwinan sebenarnya boleh mengundang pelbagai masalah
terutama apabila pihak yang terjejas nekad mahu menutup malu mereka dengan
mengambil tindakan undang-undang.
Sedarkah kita bahawa
perkahwinan itu merupakan satu kontrak yang tersendiri. Di sebalik ikatan murni
ini, ia sebenarnya merupakan kontrak persetujuan atau perjanjian yang mengikat
pasangan suami isteri.
Ini termaktub melalui firman
Allah dalam Surah An-nisa ayat 21: "Dan mereka (isteri-isterimu) telah
mengambil dari kamu perjanjian yang kuat."
Dalam perkahwinan ada akad dan
akad itu adalah kontrak antara suami dan isteri kerana di dalamnya ada tawaran
iaitu ijab dan penerimaan iaitu kabul. Selain itu, sesuatu perkahwinan itu juga
disertai dengan syarat-syarat perjanjian lain.
Dari sudut undang-undang,
perjanjian antara suami dan isteri dikenali sebagai takliq. Perjanjian ini
boleh dikuatkuasakan di mahkamah kerana mengikat pihak-pihak yang terlibat.
Maknanya, pihak-pihak dalam
perjanjian ini berhak menuntut dan boleh dituntut jika dapat dibuktikan
bertanggungjawab membatalkan perkahwinan tanpa sebab yang munasabah.
Oleh itu, wanita terutamanya
jangan main-main dalam soal perkahwinan. Jangan bertindak lari sesuka hati.
Apabila akad sudah diangkat maka mereka sudah terikat dan tidak boleh lari
begitu sahaja kerana boleh berhadapan dengan pelbagai tindakan undang-undang.
Orang Islam di Malaysia boleh
menuntut ganti rugi mungkir janji perkahwinan atau pembatalan perkahwinannya di
Mahkamah Sivil kerana Common Law (undang-undang Inggeris) mengiktiraf
perkahwinan sebagai satu kontrak.
Ganti rugi juga boleh dikira
berdasarkan adat resam masyarakat, keadaan sosial serta kebiasaan di Malaysia
jika berlaku kemungkiran kontrak untuk berkahwin (breach of contract of
marriage).
Dalam undang-undang sivil,
peruntukannya jelas daripada aspek keperluan perjanjian untuk berkahwin yang
sah, hak-hak wanita dalam kes kemungkiran janji untuk berkahwin termasuk alasan
yang boleh dikemukakan oleh pihak yang memungkiri janji.
Ganti rugi yang akan
ditaksirkan oleh Mahkamah mengambil kira segala perbelanjaan dan persediaan
yang telah dilakukan bagi majlis perkahwinan tersebut.
Malah, pihak yang mungkir janji
juga bertanggungjawab memulangkan semula segala hadiah atau pemberian
pertunangan dan perkahwinan yang diterima, sekiranya ada.
Jika barang tersebut sudah
tiada atau lupus seperti makanan atau barang peribadi yang telah digunakan,
maka ia perlu ditaksirkan dan dibayar berdasarkan nilaian wang sebagai ganti
rugi.
Hakim Ajaib Singh dalam kes
Rodriques lawan Bala Krishnan (1982) telah memutuskan bahawa Akta Kontrak 1950
meliputi kontrak perkahwinan. Ini bermakna undang-undang sivil menetapkan
hak-hak wanita dalam kes kemungkiran janji untuk berkahwin.
Kes ini membuktikan mereka yang
mungkir dalam perkahwinan tidak akan terlepas begitu sahaja sekiranya perkara
itu dibawa ke mahkamah.
Bagi wanita pula, secara
umumnya mereka berhak untuk menuntut dua perkara dalam kes kemungkiran janji
untuk berkahwin iaitu bayaran ganti rugi dan tuntutan pemilikan hak pemberian
atau barangan perkahwinan. Tuntutan ini hendaklah dibuat melalui proses di
mahkamah sivil.
Tuntutan pelepasan atau
pembatalan kontrak juga boleh dibuat atas alasan terjadinya kekecewaan kontrak.
Kekecewaan kontrak bermakna pihak-pihak yang
terbabit dalam sesuatu perkahwinan kecewa kerana perkahwinan itu (kontrak)
tidak dapat diteruskan. Mengapa perkahwinan tidak dapat diteruskan? Kalau dalam
istilah ilmiah, perkahwinan (kontrak) ini terpaksa dibatalkan kerana perkara
utama dalam kontrak tersebut telah musnah ataupun sudah tiada.
Dalam kes kahwin ini, perkara
utamanya merujuk kepada suami atau isteri yang sudah tiada kerana telah
lari daripada perkahwinan mereka.
Seksyen 57(b) Akta Kontrak 1950
menjelaskan, jika kontrak batal kerana berlaku kematian atau ketidakupayaan
mana-mana pihak yang berkontrak misalnya, Aziah dan Badri berkontrak untuk
berkahwin. Sebelum hari perkahwinan Badri menjadi gila, kontrak ini menjadi
batal kerana Badri menjadi tidak upaya dan ini mengecewakan Aziah dan Badri
untuk meneruskan kontrak perkahwinan mereka.
Seksyen 57(1) menegaskan bahawa
mana-mana perjanjian untuk melakukan perbuatan yang mustahil adalah batal. Ini
bermakna, kekecewaan menjadikan sesuatu kontrak itu sebagai batal dari mula
lagi.
Terdapat beberapa kesan yang
wujud bila kontrak perkahwinan dibatalkan. Mahar (mas kahwin) ialah pemberian
yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya
jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan
separuh daripadanya.
Jika isteri meminta fasakh,
mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib
membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah
mahar tersebut.
Selain itu, dalam Akta Relief
Spesifik 1950 juga terdapat peruntukan yang membincangkan mengenai pengembalian
faedah yang diterima dari satu kontrak yang dibatalkan, iaitu prinsip atau
kaedah restitusi.
Peruntukan ini lebih kepada
memberikan budi bicara kepada hakim untuk mengarahkan sama ada sesuatu faedah
perlu dipulangkan ataupun tidak demi keadilan.
Mengikut seksyen 37 akta
tersebut: "apabila memutuskan penamatan kontrak, mahkamah boleh meminta
pihak kepada siapa relief itu diberi untuk membuat apa jua pampasan yang
diperlukan demi keadilan."
Pengembalian faedah yang
diterima dari satu kontrak yang dibatalkan dinamakan prinsip atau kaedah
restitusi. Contohnya Zali membayar Amirul RM10,000 dengan syarat Amirul
berjanji untuk mengahwini Nina iaitu anak perempuan Zali. Nina meninggal dunia
selepas perjanjian tersebut dilakukan. Perjanjian itu adalah batal dan Amirul
hendaklah memulangkan RM10,000 kepada Zali.
Jika setiap kita menepati janji
yang kita sendiri buat, tidak akan wujud perbalahan dan pertikaian. Berjanji
untuk berkahwin dan kemudiannya memungkiri janji itu hanya mengundang masalah
yang melibatkan maruah keluarga.
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL
UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 300
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan
sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
(NS0103441-W)
|
IBU PEJABAT
|
|
No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
|
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com /
www.badalhaji2u.blogspot.com
Email :
raudhah.umrahajj@gmail.com
|
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
|
Pengurus HQ
|
H/P : 013-212 7799
|
|
CAWANGAN WP (SELANGOR, K. LUMPUR, PUTRAJAYA)
|
|
A-3-32, Apt
Teratai,
Jalan Bunga Raya
3,
Taman Bunga Raya,
Bukit Beruntung,
48300 Rawang,
Selangor.
|
Abdul Rahim Ghazali
|
Pengurus Cawangan
|
H/P : 013-212 5577
|
|
CAWANGAN UTARA (KEDAH, PERLIS,
PULAU PINANG)
|
|
No. 35, Lorong Baiduri 1/2,
Taman Teluk Baiduri,
Teluk Wang Kecil,
08000 Sungai Petani, Kedah.
|
Pn. Hazriza Binti Harun
|
Pengurus Cawangan
|
H/P : 019-593 6046
|
|
CAWANGAN JOHOR
|
|
No. 10, Felda Redong 1,
85000 Segamat, Johor.
|
Pn. Aisha Binti Rahmat
|
Pengurus Cawangan
|
H/P : 012-740 6045
|
0 ulasan: on "Padah lari lepas kahwin"
Catat Ulasan