SEBAGAI ibu bapa Muslim, mereka wajib
memberikan penerangan dan penjelasan tentang puasa Ramadan kepada anak-anak
yang baharu hendak memulakan ibadah puasa.
Penerangan dan penjelasan ini penting
kepada anak-anak sebagai asas ilmu pengetahuan mereka tentang ibadah puasa di
bulan Ramadan.
Disebabkan ibu bapa mengambil mudah dan
merasakan penerangan dan penjelasan tentang puasa Ramadan dan puasa-puasa yang
lain tidak penting, banyak kalangan anak-anak tidak mengetahui tentang definisi
dan hikmah yang tersirat dalam amalan berpuasa.
Jelaskan kepada mereka tentang definisi
puasa iaitu puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri daripada sesuatu.
Daripada istilah syarak pula bermaksud
menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari
terbit fajar sehingga terbenam matahari yang disertakan dengan niat.
Puasa merupakan satu daripada rukun
Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim pada bulan Ramadan.
Disebutkan dalam sebuah hadis Nabi
Muhammad SAW daripada Thalhah bin 'Ubaidillah, sesungguhnya apabila Nabi
Muhammad SAW melihat anak bulan. baginda berdoa: "Wahai tuhan yang telah menampakkan awal bulan kepada kami dengan
aman dan iman, dengan selamat dan Islam. tuhanku dan tuhanmu ialah Allah, bulan
yang benar dan baik." (Riwayat
Tirmizi).
Setiap kali Rasulullah SAW menyaksikan
terbitnya anak bulan Ramadan yang disebut hilal, baginda mengucapkan doa
seperti yang disebutkan di atas.
Doa ini tidak hanya diucapkan baginda
ketika hilal bulan Ramadan, tetapi juga pada bulan-bulan lain.
Disebutkan doa ini dalam amaliah
Ramadan adalah untuk menyempurnakan sambutan Ramadan.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud: "Daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan dan berbukalah kamu dengan
melihatnya. Jika awan menutup anak bulan, maka sempurnakan hitungan bulan
Syaaban 30 hari." (riwayat
Bukhari dan Muslim)
Jelaskan kepada anak-anak tentang rukun
puasa. Puasa mempunyai dua rukun sahaja, iaitu niat, menahan diri.
Iaitu menahan diri daripada melakukan
perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seperti makan dan minum bermula
dari terbit fajar (Subuh) sehinggalah terbenam matahari (Maghrib).
Puasa terbahagi kepada beberapa jenis,
iaitu sama ada wajib sunat makruh atau haram. Puasa wajib adalah seperti puasa
Ramadan, puasa qada, puasa nazar dan puasa kafarah.
Puasa sunat pula ialah puasa Arafah (9
Zulhijjah) bagi orang yang tidak mengerjakan ibadat
haji. Puasa pada 9 dan 10 Muharam. Puasa pada hari Isnin dan Khamis. Puasa enam hari dalam bulan Syawal. Puasa pada tiga hari pertengahan
bulan, iaitu 13,14 dan 15 hari bulan pada setiap bulan Hijrah.
Puasa makruh ialah puasa sunat pada hari Jumaat atau
Sabtu dan puasa sepanjang tahun. Yang haram pula ialah puasa pada hari raya,
sama ada Aidilfitri atau Aidiladha. Puasa pada hari-hari tasyrik, iaitu pada
11, 12 dan 13 Zulhijah. Puasa pada hari syak, iaitu pada 30 Syaaban.
Perlu dijelaskan akibat buruk tidak
berpuasa. Antaranya, mendapat kemurkaan daripada Allah SWT, kehidupan menjadi
tidak tenteram, mudah berputus asa, dibenci dan dipinggirkan oleh masyarakat
seterusnya tidak menyumbang kepada kemakmuran negara.
Golongan orang yang harus berbuka puasa
juga patut dijelaskan. Islam agama yang sesuai dengan fitrah dan tidak
membebankan.
Antara golongan yang harus berbuka puasa
ialah orang yang menghidap penyakit yang memudaratkan.
Orang yang sakit tenat. Orang yang
bermusafir melebihi dua marhalah. Orang yang terlalu lapar. Orang tua yang
tidak mampu berpuasa. Perempuan mengandung atau menyusukan anak.
Puasa menjana keperibadian Muslim. Bulan
puasa iaitu bulan Ramadan akan dapat mendidik amal, iman dan ketakwaan kepada
setiap Muslim. Selain berpuasa menahan lapar dan dahaga umat Islam juga diminta
menjauhi dusta, fitnah, mengumpat dan melihat perkara yang haram.
Tidaklah sempurna puasa dengan
semata-mata meninggalkan makan dan minum, bahkan sesungguhnya puasa adalah
disertai dengan meninggalkan atau mendengar perkataan yang sia-sia pada siang
hari.
Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh
rahmat, berkat, pengampunan dan pembebasan diri daripada azab neraka. Pada
bulan ini Allah SWT menurunkan Lailatulqadar iaitu malam kemuliaan yang lebih
baik daripada 1,000 bulan. Di dalamnya penuh keberkatan dan kesejahteraan
sampai terbit fajar.
Ada lima keistimewaan bagi
umat Nabi Muhammad SAW pada bulan Ramadan.
Pertama, Allah SWT datang melihat mereka, jika
ini yang terjadi maka untuk selamanya dia tidak disentuh azab.
Kedua, bau mulut mereka yang berpuasa
bagaikan minyak kesturi.
Ketiga, para malaikat memohon keampunan siang
dan malam untuknya.
Keempat, Allah SWT menyuruh syurga menghiasi
keadaannya sebagai balasan orang yang berpuasa.
Kelima, pada akhir bulan Ramadan Allah SWT
mengampunkan dosa mereka semua.
Oleh DR. AMINUDIN MANSOR
PENULIS ialah bekas pendidik berkelulusan Ijazah Kedoktoran Persuratan Melayu, UKM.
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL
UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 300
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
|
Ibu Pejabat
|
|
No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
|
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com /
www.badalhaji2u.blogspot.com
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
|
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
|
Pengurus HQ
|
H/P : 013-212 7799
|
0 ulasan: on "Puasa menjana peribadi Muslim"
Catat Ulasan