Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 12 Julai 2013

Ramadhan : Puasa untuk Allah




Puasa merupakan ibadah yang tidak asing bagi seluruh umat Islam. Terdapat pelbagai bentuk ibadah puasa, namun puasa yang difardukan dalam bulan Ramadan istimewa di hati umat Islam.

Allah SWT telah memfardukan kepada hamba-Nya agar berpuasa dalam bulan Ramadan sebagaimana firman-Nya : Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa (Ramadan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)

Pada surah yang sama, ayat ke 185 pula Allah berfirman : Sesiapa antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.

Bulan Ramadan juga merupakan bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT kerana di dalam bulan inilah al-Quran diturunkan sehinggakan ia dikenali sebagai bulan al-Quran.

Dalam bulan Ramadan, malaikat Jibril akan membacakan al-Quran dan menyemak bacaan Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dalam kitab sahihnya.

Kelebihan bulan Ramadan yang tidak ada pada bulan yang lain ialah dibelenggunya syaitan, dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Rasulullah SAW bersabda : Apabila datang bulan Ramadan pintu-pintu syurga dibuka sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Sementara dalam riwayat lain terdapat tambahan lafaz: "Maka Allah membebaskan orang-orang dari neraka dan ia berlangsung setiap malam (dalam Ramadan)." (riwayat Ibnu Majah, Al-Tirmizi dan Ibnu Khuzaimah)

Malam Lailatulqadar turut berada dalam bulan Ramadan. Allah SWT telah memilih malam ini untuk diturunkan al-Quran serta malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Allah SWT berfirman : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatulqadar dan adakah engkau mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatulqadar itu? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. (al-Qadr: 1-3)

Disebabkan itu Rasulullah menekankan umatnya untuk mencari malam Lailatulqadar dengan memperbanyakkan amalan pada sepuluh malam atau tujuh terutama pada malam yang ganjil terakhir sebagaimana yang terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Di malam tersebut umat Islam dituntut untuk memperbanyakkan ibadah terutama solat di malam hari.

Puasa bertindak sebagai benteng seorang Muslim terhadap ujian nafsu dan syahwat. Disebabkan itu mereka yang tidak mampu untuk berkahwin digalakkan memperbanyakkan puasa. Rasulullah SAW bersabda: "Wahai sekalian anak muda, barang siapa di antara kalian mampu, hendaklah dia menikah kerana sesungguhnya itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barang siapa tidak mampu hendaklah dia berpuasa kerana puasa mampu menjadi benteng baginya." (riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Puasa memberikan ganjaran yang besar di sisi Allah. Mulut orang yang berpuasa pula di sisi Allah SWT lebih harum daripada minyak misk (kasturi). Rasulullah SAW bersabda : Sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada harumnya minyak misk (kasturi), (Allah SWT berfirman) kerana dia meninggalkan makanannya, minuman dan nafsu syahwatnya kerana Aku. Puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan membalasnya dan setiap satu kebaikan dibalas dengan 10 kebaikan yang serupa. (Muttafaq 'alaihi).

Kelebihan orang yang berpuasa yang tidak diterima oleh orang lain ialah ganjaran syurga yang akan dimasuki melalui sebuah pintu yang digelar Al-Rayyan. Pintu syurga ini hanya akan dilalui oleh orang yang berpuasa dan akan ditutup selepas mereka melaluinya.

Rasulullah SAW bersabda : Di dalam syurga ada satu pintu yang disebut dengan Ar-Rayyan, yang pada hari Kiamat nanti tidak akan ada orang yang masuk ke syurga melalui pintu itu kecuali para soimun (orang-orang yang berpuasa). Tidak akan ada seorangpun yang masuk melalui pintu tersebut selain mereka. Lalu dikatakan kepada mereka; Mana para soimun? Maka para soimun berdiri menghadap. Tidak akan ada seorangpun yang masuk melalui pintu tersebut selain mereka. Apabila mereka telah masuk semuanya, maka pintu itu ditutup dan tidak akan ada seorangpun yang masuk melalui pintu tersebut. (riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Oleh MOHAMAD DHIYAUDDIN ABDUL KADIR
PENULIS dari Kuliyyah Islamiyyah 'Alamiyyah, Pusat Pengajian Islam Kontemporari, Gombak.

-----------------------------------------------------------

PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH

Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :

Klik disini Borang Upah Umrah Online

PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
Ibu Pejabat

No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline   : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog  : www.badalhaji1.blogspot.com /
                www.badalhaji2u.blogspot.com
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com

Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
Pengurus HQ              
H/P : 013-212 7799


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Ramadhan : Puasa untuk Allah"

Catat Ulasan