MENYEKUTUKAN Allah SWT dengan tuhan lain sebagai sembahan, objek
pemujaan dan tempat menggantungkan harapan dinamakan syirik.
Kata syirik berasal daripada bahasa Arab syarika-yusyriku-syirik, yang bermaksud
'sekutu' atau 'persekutuan'.
Syirik digolongkan dalam kategori kufur kerana perbuatan itu mengingkari
keesaan Allah, yang bermaksud mengingkari kemahakuasaan dan
kemahasempurnaan-Nya.
Dalam al-Quran, istilah 'kafir' kadang-kadang digunakan untuk orang
musyrik (pelaku syirik) di samping istilah 'musyrik'.
Riak dan berhala
Syirik kecil (al-syirk al- asghar) disebut juga riak (riya). Riak
dikategorikan sebagai syirik berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW bahawa syirik
tersembunyi (al-syirik al-kahfi) ialah melakukan pekerjaan supaya
dilihat atau dipuji orang.
Asas adanya syirik kecil dalam erti riak terdapat dalam surah al-kahfi
ayat 10. Menurut para musafir, istilah 'syirik' dalam ayat tersebut merujuk
kepada erti syirik dalam bentuk riak.
Yang banyak disoroti dalam al-Quran ialah syirik besar (al-syirik
al-akbar) khususnya penyembahan berhala yang disebut juga syirik
terang-terangan (al-syirik al-jail).
Daripada al-Quran diketahui bahawa lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad
SAW, manusia telah menganut fahaman berhala. Para rasul yang diutuskan ke dunia,
daripada Nabi Nuh AS hingga Nabi Muhammad SAW umumnya berhadapan dengan
masyarakat penyembah berhala.
Orang musyrik yang menyembah patung berhala yakin bahawa sembahan patung
berhala itu memiliki ciri ketuhanan.
Tuhan kecil
Kemusyrikan dalam bentuk berhala merupakan ciri masyarakat tradisi,
seperti halnya masyarakat pada zaman para nabi. Berhala, baik dalam bentuk
patung mahupun bentuk lain dijadikan objek sembahan kerana dianggap dapat
mendatangkan manfaat serta menolak bahaya.
Berhala itu berfungsi sebagai Tuhan kecil (alihan) kerana disembah dan
dipuja. Orang musyrik menjadikan Tuhan kecil ini sekutu dan tandingan bagi
Allah SWT.
Kaum musyrik
Pada era pertama kerasulan baginda SAW hingga lebih separuh tempoh
perjuangannya, Nabi Muhammad SAW sendiri menghadapi kaum penyembah berhala,
bahkan setelah berhijrah ke Madinah.
Kaum musyrikin merupakan musuh utama yang dihadapinya. Penentangan
mereka dapat dipadamkan ketika umat Islam berjaya membebaskan Mekah pada tahun
8 Hijrah serta menghancurkan patung berhala di sekitar Kaabah.
Sejak itu, berakhirlah era pemujaan berhala di tempat suci itu.
Dakwah nabi
Dakwah utama para rasul adalah untuk menanam akidah tauhid dan mengikis
fahaman keberhalaan. Umat Nabi Nuh AS memuja berhala. Dalam al-Quran disebut
nama berhala, antaranya Wadd, Suwaa, Yaghuth, Y'uuqdan Nasr (rujuk Nuh: 23)
Nabi Hud AS pula mendapati bahawa kaumnya ('Ad) menyembah banyak tuhan.
Ketika Nabi Hud AS menyeru kepada tauhid, mereka menjawab: Wahai Hud, engkau
tidak membawa kepada kami sebarang keterangan yang membuktikan kebenaranmu dan
kami tidak akan meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan kami dengan sebab
kata-katamu itu! (Hud: 53 )
Dosa terbesar
Berhala sembahan dianggap sebagai tandingan bagi Allah SWT kerana orang
musyrik yang menyembah patung berhala yakin bahawa sembahan patung itu memiliki
ciri ketuhanan.
Dosa syirik ini sangat dilarang dan tidak akan diampuni Allah SWT.
Justeru inilah yang sangat dilarang oleh Allah SWT. Maka sangat wajarlah
jika syirik merupakan dosa paling berat antara semua dosa dan kejahatan.
Al-Quran menegaskan bahawa Allah SWT tidak akan mengampuni dosa syirik
dan perbuatan syirik ialah dosa yang sangat besar.
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL
UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 300
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
|
Ibu Pejabat
|
|
No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
|
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com /
www.badalhaji2u.blogspot.com
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
|
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
|
Pengurus HQ
|
H/P : 013-212 7799
|
0 ulasan: on "Tazkirah Ramadhan : Bahaya Syirik"
Catat Ulasan