Saya ada beberapa soalan. Saya ingin
bertanya mengenai solat Tarawih yang diwajibkan kepada orang Islam, jika kita
tak sempat nak buat adakah kita perlu ganti? Suami saya jenis bukan kaki masjid
dan beliau tidak galakkan saya ke masjid. Kalau suami saya tidak benarkan saya
ke masjid, bolehkah saya ingkar arahannya? Soalan akhir, saya lihat orang
perempuan di masjid suka bercakap-cakap, kadang-kadang menjadikan suasana agak
bising. Apakah hukumnya ustaz?
Rohani,
Rohani,
Ampang, Selangor.
Solat Tarawih tidak wajib atas lelaki
mahupun wanita. Solat Tarawih hukumnya sunat tetapi mempunyai kedudukan dan
pahala besar di sisi Allah SWT. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan
daripada Abu Hurairah yang menceritakan Rasulullah SAW menyuruh mereka
melakukan solat Tarawih dengan penuh semangat, kemudian Baginda SAW bersabda: “Barang siapa melaksanakan solat malam bulan
Ramadan (Tarawih) kerana iman dan mencari reda Allah, maka Allah akan
mengampuni dosanya yang lampau.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sesiapa melaksanakan solat Tarawih dengan khusyuk dan tumaninah kerana iman dan mencari reda Allah serta melaksanakan solat Subuh pada waktunya, maka dia sudah melaksanakan qiyam Ramadan (solat sunat pada malam Ramadan) dan berhak mendapat pahala sebagai orang yang telah melaksanakannya.
Ketentuan berkenaan meliputi pemuda dan wanita secara keseluruhan, akan tetapi solat wanita di rumahnya lebih utama daripada di masjid kecuali jika ia pergi untuk memperoleh faedah lain selain solat seperti mendengar pengajian, mempelajari ilmu atau mendengar al-Quran dari orang lain yang membacanya dengan khusyuk dan baik.
Maka pergi masjid dengan tujuan seperti ini lebih utama dan lebih baik. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, ketika sebahagian besar kaum lelaki tidak dapat dan tidak sempat memberikan pelajaran agama kepada isteri mereka. Atau mungkin mereka berkeinginan memberikan pelajaran agama tetapi mereka tidak memiliki kemampuan untuk itu.
Maka tidak ada lagi tempat sesuai selain masjid kerana itu sudah sepatutnya wanita diberi kesempatan untuk melaksanakan hal ini dan jangan diberi dinding antara mereka dengan rumah Allah.
Apalagi jika tinggal di rumah kebanyakan wanita tidak mempunyai ghairah dan kemahuan melaksanakan solat Tarawih sendirian. Berbeza halnya apabila mereka melaksanakannya di masjid dan berjemaah.
Minta izin suami
Bagaimanapun, jika wanita hendak keluar dari rumah meskipun ke masjid, hendaklah meminta izin suami kerana suami orang yang diletakkan tanggungjawab dalam rumah tangga dan kelak akan diminta pertanggungjawaban mengenai keluarganya.
Sedangkan isteri dalam hal ini wajib mentaati suaminya selama ia tidak diperintahkan untuk meninggalkan kewajipan atau melakukan maksiat.
Seorang suami tidak berhak melarang kehendak isterinya pergi ke masjid apabila tidak ada halangan yang dapat dijadikan alasan menurut syarak. Imam Muslim meriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW: “Jangan kamu melarang hamba wanita Allah datang ke masjid Allah.”
Beberapa contoh yang dapat dijadikan alasan syarii yang melarang wanita pergi ke masjid, contohnya kerana si suami sakit sehingga isteri perlu menunggunya untuk merawatnya. Atau ia mempunyai anak kecil yang bila ditinggalkan sendirian di rumah akan mendapat mudarat selama melaksanakan solat, sedangkan beliau tidak mempunyai pembantu yang dapat menjaga anaknya. Atau uzur lain yang dapat diterima akal.
Adapun hukum bercakap-cakap yang dilakukan wanita dalam masjid sama halnya dengan lelaki, mereka tidak boleh mengeraskan suara tanpa ada keperluan, lebih-lebih lagi jika perbicaraan tersebut mengenai urusan keduniaan kerana masjid dibangun untuk tempat beribadat atau kepentingan keilmuan.
Oleh sebab itu, Muslimah yang mempunyai perhatian besar terhadap addin hendaklah bersikap tenang (diam) dalam rumah Allah SWT sehingga tidak mengganggu orang lain yang sedang solat atau sedang menuntut ilmu.
Jika perlu berbicara, hendaklah ia bercakap dengan suara perlahan dan seperlunya serta jangan keluar dari ketenangan dan kesopanan baik dalam hal berbicara.
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL
UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 300
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
|
Ibu Pejabat
|
|
No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
|
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com /
www.badalhaji2u.blogspot.com
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
|
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
|
Pengurus HQ
|
H/P : 013-212 7799
|
0 ulasan: on "Ramadhan : Suami tak berhak larang isteri ke masjid"
Catat Ulasan